Memartabatkan Warisan Seni Loyang

SPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi. Seni loyang merupakan warisan turun temurun kita yang perlu dimartabatkan supaya generasi masa depan tidak akan melupakan khazanah ini. Sepanjang tahun 2020, PRIHATIN akan memaparkan artifak-artifak loyang terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Keluaran kali ini mengetengahkan kebak laksa, ketur dan kendi basuh tangan, serta set anak kangsa.

1) KEBAK LAKSA – PERKAKASAN KULINARI

Kebak Laksa
Kebak Laksa

Kebak laksa merupakan salah satu alat tradisional yang terkenal pada tahun 50an dalam kalangan masyarakat sebagai alat memasak. Ia diperbuat daripada tembaga dengan teknik-teknik terperinci. Alat ini adalah acuan bagi menghasilkan sejenis makanan tradisi terkenal di Malaysia iaitu laksa.

Terdapat dua bahagian daripada kebak laksa di mana satu ialah badannya yang berbentuk silinder, pemampat doh yang mempunyai skru yang boleh diputar dan dilaras. Seterusnya bahagian atas kebak perlu diputar untuk menghasilkan tekanan supaya ia dapat membentuk urat laksa melalui lubang kecil.

Urat laksa ditadah masuk ke dalam belanga air mendidih dan dimasak. Antara komponen yang terdapat dalam kebak laksa ialah kebak (silinder), alang, ala, pemekup dan cermin.

2) KETUR DAN KENDI BASUH TANGAN – ESTETIKA HIDANGAN

KETUR DAN KENDI
Ketur dan Kendi

Ketur dan kendi basuh tangan berfungsi sebagai alat perkakasan untuk membasuh tangan di sisi tempat makan. Ia berbentuk seperti labu di mana bahagian atas atau mulutnya agak lebar, bahagian tengah berkeluk-keluk atau bulat dan berpundi di bahagian perutnya.

Diperbuat daripada ayan iaitu zink atau timah sari, kendi digunakan sebagai alat untuk menyimpan air bagi tujuan minum, membasuh tangan dan sebagainya.

3) SET ANAK KANGSA – AKSESORI PERKAHWINAN

Set Anak Kangsa

Anak kangsa secara tradisi merupakan bekas yang digunakan untuk menyaji makanan atau buah-buahan. Ia boleh disusun secara bertingkat terutamanya apabila menghidangkan kuih-muih atau manisan. Perkakas ini juga turut digunakan secara meluas sebagai bekas hantaran dalam majlis seperti majlis persandingan, meminang dan pertunangan. Set anak kangsa dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

ASAL USUL LOYANG

Bahan logam terkenal sejak zaman prasejarah dan tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh manusia. Berdasarkan kajian, peralatan berasaskan tembaga telah dibawa masuk oleh masyarakat Funan semasa proses penghijrahan mereka pada zaman Dong Sun.

Negeri Terengganu terkenal dengan hasil seni loyang dan sehingga kini ia diwarisi oleh anak-anak muda. Penemuan gong tembaga di negeri Terengganu menjadi bukti pertama kewujudan tembaga dan kemudian ia berkembang sehingga masyarakat mula belajar karya seni loyang sehingga kini. Penghasilan kraf tembaga dengan reka bentuk kreatif yang mempunyai motif dan corak adalah bagi menggambarkan keharmonian dan tatatertib dalam sesebuah peradaban.

Ia terdiri daripada tiga jenis campuran tembaga yang terdiri daripada tembaga putih, zink dan kuning di mana ia dipanaskan dalam relau pada suhu tertentu. Sebelum dipanaskan dalam relau, secara tradisinya proses membuat tembaga bermula dengan menggabungkan acuan tanah liat dan lilin. Kebanyakan proses untuk menghasilkan tembaga masih menggunakan tangan dengan kaedah campuran tembaga bersama aloi tertentu.

Beberapa alat digunakan dalam pembuatan tembaga iaitu gunting, pemukul kayu, alat pengukir, penggilap dan cat gelap. Kemudian proses pembentukan tembaga selepas kering dilakukan dengan reka corak, menekap atas kertas lukisan, memahat, menukul dan mengecat gelap pada seluruh permukaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!