Bermula dengan 2,200 kenderaan pada tahun 1994, fleet yang diuruskan oleh SPANCO ketika ini telah mencecah hampir 13,000 kenderaan. Sepanjang tempoh itu, pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi. Namun, ia terus menguatkan keazaman SPANCO untuk terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan kami. Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sejak SPANCO memulakan operasi.
Tahun | Peristiwa Penting | Unit |
---|---|---|
1994 | SPANCO memulakan operasi membekal dan menyenggara kenderaan Saloon Kerajaan Persekutuan. | 2,264 |
1996 | Sistem MIMS Open Enterprise (SIKOM) dilaksanakan. | 3,912 |
1999 | Pusat Servis Wilayah di Puchong, Selangor telah dibuka. Sijil ISO 9002:1994 dianugerahkan kepada SPANCO Services Sdn. Bhd. |
3,922 |
2000 | Sijil kualiti ISO dinaik taraf kepada ISO 9001:2000 | 4,540 |
2003 | Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. | 4,750 |
2004 | Perjanjian Tambahan Konsesi dimeterai di Putrajaya. | 4,951 |
2005 | Pelancaran Pusat Servis Wilayah baharu di Batu Caves, Selangor. | 5,089 |
2007 | Sistem pengurusan fleet T9 dilancarkan. | 5,890 |
2008 | Kelulusan Servis dalam talian dilaksanakan. | 8,702 |
2009 | Operasi papan pemuka (management dashboard) dilaksanakan. | 9,253 |
2011 | SPANCO menerima anugerah BrandLaureate untuk penjenamaan syarikat korporat terbaik dalam pengurusan fleet. | 9,559 |
2012 | Pelancaran Pusat Servis Wilayah baharu di Bangi, Selangor. Pelancaran sistem pengurusan fleet baru (Fleet Management System) FMS. |
9,737 |
2014 | Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. | 10,227 |
2015 | SPANCO memperoleh kontrak untuk membekalkan dan menguruskan 1,200 kereta peronda baharu (Mobile Patrol Vehicles) untuk Polis Diraja Malaysia. | 11,092 |
2016 | Pelancaran Aplikasi Mobil SPANCO, Job Status Screen dan Service Status Board. Kereta baharu Proton Perdana 2.0L diperkenalkan untuk menggantikan Proton Perdana 2.0. |
11,808 |
2017 | Penyerahan 4 buah kereta Proton Preve sebagai Lead Car kepada Jabatan Penjara Malaysia. Memperluaskan Sistem Temu Janji Servis (Service Appointment System) kepada seluruh Pusat Servis diiktiraf (PSD). |
12,330 |
2018 | Portal fleet berwajah baharu dari segi reka bentuk, informasi dan pemberitahuan segera (push notification). Pelaksanaan Skim Perantisan SPANCO di bawah program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). |
12,400 |
2019 | Penyerahan kereta Volvo S90 (kenderaan pendahulu) dan Volvo XC90 (kenderaan pengiring) kepada Istana Negara. Portal dalam talian PRIHATIN SPANCO dilancarkan. |
12,800 |
SPANCO terus komited dalam meningkatkan piawaian dan kualiti perkhidmatan demi kepuasan pelanggan.