Utama Santai Tempat Makan Seisi Keluarga

Tempat Makan Seisi Keluarga

Stiq

Pengusahanya menggunakan teknik masakan mewah sous vide untuk hasil hidangan setaraf restoran 5 bintang tetapi pada harga jauh lebih murah! Antara yang disajikan ialah daging lembu lembut, daging kambing dimasak perlahan bersama sos BBQ selama 22 jam, peri-peri chicken yang dihasilkan dengan teknik sous vide selama 12 jam dan banyak lagi hidangan premium lain.

Jalan 4/27A, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Restoran Cheese Banjir

Serba besar dan lazat – demikian rumusan mudah mengenai makanan yang dihidangkan di restoran ini daripada burger, spaghetti, chicken chop dan meatball hinggalah kepada lamb pizza sekaligus menjanjikan kenyang yang maksimum. Jika menggemari cheese, anda boleh mendapatkan cheese tambahan dan itulah yang diistilahkan sebagai ‘cheese banjir’. Yang pasti, kejunya cukup istimewa dan tidak memuakkan. Asam pedas dan nasi goreng turut disajikan.

Lot 19, G-Village, Jalan 1/76, Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Ada tujuh cawangan ini di Malaysia yang diasaskan seorang Cina Muslim dari China dengan menu signature ‘mee soup with braised beef’ dan minuman ‘china ba bao tea.’ Sementara menunggu hidangan, anda boleh menyaksikan ‘demonstrasi’ penyediaan mee tersebut.

No 51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Jaslyn Cakes

Memasuki kafe Jaslyn Cakes, anda akan terhidu aroma menenangkan kopi, coklat dan vanilla daripada kek serta pastri gebu yang tersusun kemas di meja seperti kek pistachio, salted chocolate brownies, ganache chocolate cake, vanilla bean cheesecake, victoria sponge, peanut butter dan banyak lagi. Pilihan lain ialah cookies, madeleine dan scone.

7A, Jalan Telawi 2, Bangsar, Kuala Lumpur.

Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

Anda boleh cuba set nasi ayam goreng kunyit dengan teh o ais. Ayamnya cukup segar! Sambal yang dihidangkan juga sedap. Hidangan menarik lain yang mesti dipesan ialah sotong goreng kunyit yang rangup.

No 15, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Sate Zainah Ismail

Sate legend yang mesti anda cuba terletak tidak jauh dari Stesen LRT Damai yang dibuka pada lewat petang ini. Rahsia kelazatan sate ini dikatakan terletak pada rempah yang digunakan untuk memerap daging sate yang saiznya besar-besar belaka.

1077, Lorong Kiri 20, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Sup Tulang Janda Baik

Kunjungi restoran di Pudu ini bagi menikmati sup tulangnya yang mungkin sukar ditandingi enaknya. Selain sup tulang yang enak, jangan lupa memesan nasi ayamnya yang juga menyelerakan! Saiz ayam yang dihidangkan juga agak besar untuk harga yang begitu murah.

Jalan 1/78, Pudu, 50460 Kuala Lumpur.

Mansion Tea Stall

Lokasi terbaik menikmati sarapan di sekitar kawasan Masjid India ialah Mansion Tea Stall. Ia popular dengan roti canai banjir dan teh tariknya yang sungguh sedap. Tidak boleh digambarkan sedapnya kuah dal, kari, sambal dan telur separuh masak di atas roti canai. Aromanya memang menyelerakan.

Selangor Mansion, Lorong Bunus Satu off Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Restoran Patatimo

Menggemari nasi kerabu, nasi goreng, nasi lemak, nasi dagang dan bermacam jenis nasi berlauk mengikut selera Pantai Timur? Kunjungi Restoran Patatimo (dialek Kelantan yang bermaksud Pantai Timur). Nikmati hidangan dengan teh ais jumbo sambil melayan mata menyaksikan keindahan pemandangan bukit yang menghijau.

D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

SPANCO Memartabatkan Warisan Sejagat

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik kerana mempunyai banyak kaum, budaya, bahasa, agama dan adat resam. Kewujudan pelbagai kaum dan budaya sentiasa memberi...

Budaya Kualiti dan Amalan Penambahbaikan Berterusan

Ruangan Perspektif kali ini memberi fokus mengenai pengukuhan budaya kualiti serta amalan penambahbaikan secara berterusan di SPANCO. Untuk itu, Encik Irwan Iskandar Haji Ismail,...

MaaS hubungkan semua sumber pengangkutan masa depan

TEKNOLOGI tidak akan terhenti sebaliknya terus berkembang menerusi inovasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) mahupun penambahbaikan dalam segenap aspek. Ketika mana perkhidmatan menerusi pelbagai aplikasi...

Penjagaan Sistem Brek

Pemanduan yang agresif seperti memecut dan membrek secara mengejut selain kerap terperangkap dalam kesesakan jalan raya adalah antara faktor yang mempercepatkan kehausan brek, demikian...

Imbasan 2019

Berikut adalah imbasan peristiwa yang berlaku sepanjang 2019. Februari 2019 – 10 perantis jalani Program SLDN Perantis program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) memulakan latihan praktikal...