MaaS hubungkan semua sumber pengangkutan masa depan

TEKNOLOGI tidak akan terhenti sebaliknya terus berkembang menerusi inovasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) mahupun penambahbaikan dalam segenap aspek. Ketika mana perkhidmatan menerusi pelbagai aplikasi maya dan digital kian menguasai kehidupan kita sekarang, muncul satu lagi servis yang dikenali sebagai Mobiliti sebagai Perkhidmatan atau singkatannya MaaS (Mobility-as-a-Service). Ia adalah penyepaduan pelbagai bentuk khidmat pengangkutan ke dalam satu perkhidmatan mobiliti tunggal yang dapat diakses pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Konsep utama di belakang MaaS ialah menawarkan penyelesaian pergerakan penumpang dan pengguna berdasarkan keperluan perjalanan. Ia menggabungkan perkhidmatan pengangkutan pelbagai model di atas satu platform yang boleh membantu pengguna melalui peranti peribadi untuk menentukan laluan paling cekap, terpantas dan termurah.

Melalui aplikasi perancang perjalanan, pengguna akan disyorkan cara untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju. Pengguna kemudian boleh membuat pilihan berdasarkan kos dan yang mana paling cepat serta mudah. Urusan seperti menghubungi teksi, membeli tiket bas atau menempah tempat duduk kereta api akan dilaksanakan secara bersepadu sebagai satu transaksi.

Ringkasnya MaaS adalah platform atau aplikasi transit semua dalam satu yang mengalihkan  kebergantungan terhadap mod pengangkutan peribadi atau persendirian kepada mobiliti yang disediakan sebagai sebuah perkhidmatan.

Manfaat

  • Membenarkan pengguna dan penumpang merancang perjalanan serta membuat pembayaran untuk pelbagai khidmat pengangkutan hanya melalui satu akaun yang disatukan.
  • Menggabungkan perkhidmatan ‘ride sourcing’, ‘ride sharing’ dan ‘e-hailing’ serta perancang perjalanan dan pembelian tiket secara bersepadu.
  • Pengguna boleh mencuba pelbagai model pengangkutan yang inovatif di samping membayar yuran bulanan melalui hanya satu aplikasi untuk bergerak ke mana sahaja tanpa had.
  • Mewujudkan ruang untuk inovasi dan menggalakkan persaingan dalam industri perkhidmatan pengangkutan.
  • Mengalihkan permintaan daripada pemilikan kereta peribadi atau persendirian kepada perkhidmatan pengangkutan awam sekaligus akan mengurangkan kesesakan jalan raya dan meningkatkan kualiti hidup komuniti bandar.

Trend ke arah MaaS

MaaS berpotensi besar untuk dibangunkan kerana empat ciri berikut:

  • Konsep pintu ke pintu yang dapat meningkatkan pengalaman perjalanan pengguna.
  • Pemanduan autonomi dalam semua mod pengangkutan boleh meningkatkan produktiviti harian pengguna.
  • Menghubungkan semua mod pengangkutan dengan lancar memberi impak besar kepada keseluruhan ekosistem perjalanan.
  • Mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran mampu melestarikan alam sekitar dan mobiliti dalam pelbagai cara, terutamanya aspek ekonomi.

Perkembangan MaaS boleh disokong para penyedia perkhidmatan mobiliti baharu yang inovatif seperti Grab, Socar, GoCar, EzCab dan MyCar di samping program berkongsi basikal, skuter dan perkhidmatan bas secara permintaan.

Dari sudut lain, trend ini turut didorong oleh pembangunan kereta autonomi yang dijangka menjadikan kos ‘e-hailing’ iaitu bayar hanya bila diperlukan, jauh lebih murah berbanding memiliki kereta peribadi.

Menerusi pelbagai mod pengangkutan, perjalanan dan pembayaran itu, data dikumpulkan untuk membantu mempertingkatkan lagi mutu sistem pengangkutan. Bagi pihak kerajaan pula, data sama membolehkan keputusan yang lebih tepat dibuat dalam membangunkan sistem transit serantau.

Untuk perancangan jangka pendek dan panjang itu, banyak data berkualiti tinggi yang relevan diperlukan. Sistem perancangan lalu lintas pintar akan memainkan peranan penting dalam menyampaikan data tersebut kepada orang ramai, serta memanfaatkan analisis bagi menghasilkan perkhidmatan transit yang responsif melalui data masa nyata seperti keadaan trafik, jadual dan permintaan.

Menurut tinjauan Pusat Pengajian Tadbir dan Pengajian Politik (Cent-GPS) yang dilakukan pada Oktober tahun ini, Malaysia mencatatkan peratusan yang tinggi untuk pemanduan ke tempat kerja dengan lebih 87% rakyatnya memandu sendirian.

Justeru, MaaS diharap mampu menangani masalah kesesakan dan akan menjadi pemangkin dalam mempertingkatkan sektor pengangkutan awam dalam masa yang terdekat ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!