Tempat Makan Seisi Keluarga

Stiq

Pengusahanya menggunakan teknik masakan mewah sous vide untuk hasil hidangan setaraf restoran 5 bintang tetapi pada harga jauh lebih murah! Antara yang disajikan ialah daging lembu lembut, daging kambing dimasak perlahan bersama sos BBQ selama 22 jam, peri-peri chicken yang dihasilkan dengan teknik sous vide selama 12 jam dan banyak lagi hidangan premium lain.

Jalan 4/27A, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Restoran Cheese Banjir

Serba besar dan lazat – demikian rumusan mudah mengenai makanan yang dihidangkan di restoran ini daripada burger, spaghetti, chicken chop dan meatball hinggalah kepada lamb pizza sekaligus menjanjikan kenyang yang maksimum. Jika menggemari cheese, anda boleh mendapatkan cheese tambahan dan itulah yang diistilahkan sebagai ‘cheese banjir’. Yang pasti, kejunya cukup istimewa dan tidak memuakkan. Asam pedas dan nasi goreng turut disajikan.

Lot 19, G-Village, Jalan 1/76, Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Ada tujuh cawangan ini di Malaysia yang diasaskan seorang Cina Muslim dari China dengan menu signature ‘mee soup with braised beef’ dan minuman ‘china ba bao tea.’ Sementara menunggu hidangan, anda boleh menyaksikan ‘demonstrasi’ penyediaan mee tersebut.

No 51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Jaslyn Cakes

Memasuki kafe Jaslyn Cakes, anda akan terhidu aroma menenangkan kopi, coklat dan vanilla daripada kek serta pastri gebu yang tersusun kemas di meja seperti kek pistachio, salted chocolate brownies, ganache chocolate cake, vanilla bean cheesecake, victoria sponge, peanut butter dan banyak lagi. Pilihan lain ialah cookies, madeleine dan scone.

7A, Jalan Telawi 2, Bangsar, Kuala Lumpur.

Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

Anda boleh cuba set nasi ayam goreng kunyit dengan teh o ais. Ayamnya cukup segar! Sambal yang dihidangkan juga sedap. Hidangan menarik lain yang mesti dipesan ialah sotong goreng kunyit yang rangup.

No 15, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Sate Zainah Ismail

Sate legend yang mesti anda cuba terletak tidak jauh dari Stesen LRT Damai yang dibuka pada lewat petang ini. Rahsia kelazatan sate ini dikatakan terletak pada rempah yang digunakan untuk memerap daging sate yang saiznya besar-besar belaka.

1077, Lorong Kiri 20, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Sup Tulang Janda Baik

Kunjungi restoran di Pudu ini bagi menikmati sup tulangnya yang mungkin sukar ditandingi enaknya. Selain sup tulang yang enak, jangan lupa memesan nasi ayamnya yang juga menyelerakan! Saiz ayam yang dihidangkan juga agak besar untuk harga yang begitu murah.

Jalan 1/78, Pudu, 50460 Kuala Lumpur.

Mansion Tea Stall

Lokasi terbaik menikmati sarapan di sekitar kawasan Masjid India ialah Mansion Tea Stall. Ia popular dengan roti canai banjir dan teh tariknya yang sungguh sedap. Tidak boleh digambarkan sedapnya kuah dal, kari, sambal dan telur separuh masak di atas roti canai. Aromanya memang menyelerakan.

Selangor Mansion, Lorong Bunus Satu off Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Restoran Patatimo

Menggemari nasi kerabu, nasi goreng, nasi lemak, nasi dagang dan bermacam jenis nasi berlauk mengikut selera Pantai Timur? Kunjungi Restoran Patatimo (dialek Kelantan yang bermaksud Pantai Timur). Nikmati hidangan dengan teh ais jumbo sambil melayan mata menyaksikan keindahan pemandangan bukit yang menghijau.

D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Cara Pemanduan Yang Memendekkan Jangka Hayat Kenderaan

Tahukah anda cara pemanduan yang salah boleh memendekkan jangka hayat kenderaan? Memandu dengan mengabaikan beberapa tanda amaran boleh merosakkan komponen kereta sekaligus mengurangkan jangka...

Pastikan Kenderaan Sentiasa Bersih Dengan Tips Ini

Penjagaan kebersihan kenderaan adalah sangat penting. Selain menghantar kenderaan ke pusat cuci kereta yang menelan belanja yang tinggi, anda boleh melakukan pembersihan secara cepat...

Hayati Warisan Tanjak Pucuk Rebung

Dalam usaha mengangkat, menyuburkan dan memartabatkan warisan destar ke persada lebih tinggi, SPANCO menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor, bagi melaksanakan inisiatif...

5 Tempat Berkayak Menarik Di Lembah Klang

Ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi? Lakukan aktiviti berkayak yang memberi peluang untuk anda melihat pemandangan alam sekitar yang mengasyikkan sambil mencabar diri...

Patuhi Jadual Servis Kenderaan Dan Elakkan Kemalangan

Penyenggaraan kenderaan adalah penting untuk memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai tahap operasi optimum. Kegagalan menghantar kenderaan untuk menjalani servis...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!