Utama Santai Tujuh Makanan Ringan Sihat

Tujuh Makanan Ringan Sihat

Makanan ringan sama ada snack foods ataupun junk foods adalah makanan mudah disediakan atau dimakan yang termasuk dalam kategori makanan segera. Walaupun makanan ringan sering dikaitkan dengan makanan yang tidak berkhasiat malah memudaratkan, namun masih banyak makanan ringan yang menyihatkan.

  • Kacang

Menikmati segenggam kacang tanah rebus, badam atau pelbagai jenis kacang lain dalam sehari tidak akan menggemukkan. Kacang tanah mengandungi zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, fosforus dan protein yang tinggi. Selain menjadi alas perut, makan segenggam kacang tanah setiap hari terutama bagi pesakit kencing manis dapat membantu menampung kekurangan zat dalam badan.

  • Ayam Goreng

Ayam goreng mengandungi protein serta lemak yang tinggi iaitu 16% dan 15% selain vitamin A, B1, B2, niasin, kalsium dan zat besi. Sekiranya minyak yang digunakan untuk menggoreng adalah berkualiti maka ayam goreng boleh menjadi sumber makanan yang baik.

  • Telur

Telur sering dikaitkan dengan gemuk dan kolesterol yang tinggi. Bagaimanapun, hidangan yang berasaskan telur adalah hidangan yang sihat kerana manfaat telur lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya iaitu kaya vitamin dan mineral selain sumber protein yang tinggi dan boleh membuat kita berasa kenyang lebih lama.

  • Bertih Jagung

Bertih jagung memang pilihan snek lewat malam yang sesuai, asalkan tidak disalut mentega atau karamel. Namun ini tidak bermakna bertih jagung anda tidak ada sebarang rasa, sebaliknya anda boleh tabur sedikit serbuk kulit kayu manis, paprika, ataupun rempah yang menambah selera.

  • Cendawan

Cendawan adalah makanan rendah kalori dan berserat yang boleh membuat kita berasa kenyang lebih lama. Ia bukan sahaja mampu merendahkan paras kolesterol dan tekanan darah, malah meningkatkan sistem ketahanan badan. Makan semangkuk sup cendawan lebih elok berbanding mengunyah sepotong piza atau sepinggan mee segera.

  • Roti Gandum

Bagi yang sedang diet, pengambilan nasi sebagai makanan ruji boleh diganti dengan roti gandum yang mempunyai kelebihan tersendiri. Roti gandum daripada bijirin penuh (whole grain) adalah hidangan ringan yang kaya vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti-oksida yang memberikan rasa kenyang lebih lama.

  • Avokado

Avokado kaya lemak tidak tepu dan boleh mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Mengambil avokado setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan kolesterol ke tahap rendah. Selain dijadikan jus atau salad, avokado juga enak dijadikan inti sandwich atau dimakan bersama sushi.


4 Snek Untuk Dimakan Sebelum Tidur

Kita kerap berasa lapar pada waktu tengah malam tetapi tidak tahu apakah yang hendak dimakan. Pastinya, makan nasi, pasta, mee, roti dan sebagainya adalah sangat tidak digalakkan sebelum tidur kerana ianya sukar untuk dihadamkan. Namun kami cadangkan snek berikut:


Bijirin (cereal)

Semangkuk bijirin yang kaya khasiat gandum ini pasti akan membuatkan anda rasa kenyang dan tidur lena. Bukan sahaja mudah dihadam, snek ini juga mengandungi jumlah kalori yang amat rendah.

 


Sebiji Epal dan Mentega Kacang

Pernahkah anda mencuba kombinasi unik ini? Sebiji epal yang kaya serat akan membuatkan perut anda berasa kenyang, selain kacang dan mentega yang kaya protein akan membantu anda tidur lebih lena.

 


Yogurt Rendah Lemak

Snek ini amat popular di kalangan mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Dengan kandungan kalori serendah 100 hingga 150, kajian mendapati yogurt dapat membantu melegakan perut anda daripada masalah makanan tidak hadam.

 


Pisang

Buah ini terkenal dengan pelbagai khasiat termasuk mengandungi asid tryptophan yang membantu anda tidur lena. Selain rasanya yang sedap, pisang juga amat mudah didapati.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

SPANCO Memartabatkan Warisan Sejagat

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik kerana mempunyai banyak kaum, budaya, bahasa, agama dan adat resam. Kewujudan pelbagai kaum dan budaya sentiasa memberi...

Budaya Kualiti dan Amalan Penambahbaikan Berterusan

Ruangan Perspektif kali ini memberi fokus mengenai pengukuhan budaya kualiti serta amalan penambahbaikan secara berterusan di SPANCO. Untuk itu, Encik Irwan Iskandar Haji Ismail,...

MaaS hubungkan semua sumber pengangkutan masa depan

TEKNOLOGI tidak akan terhenti sebaliknya terus berkembang menerusi inovasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) mahupun penambahbaikan dalam segenap aspek. Ketika mana perkhidmatan menerusi pelbagai aplikasi...

Penjagaan Sistem Brek

Pemanduan yang agresif seperti memecut dan membrek secara mengejut selain kerap terperangkap dalam kesesakan jalan raya adalah antara faktor yang mempercepatkan kehausan brek, demikian...

Imbasan 2019

Berikut adalah imbasan peristiwa yang berlaku sepanjang 2019. Februari 2019 – 10 perantis jalani Program SLDN Perantis program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) memulakan latihan praktikal...