Utama Santai Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

Putrajaya sememangnya tidak asing lagi kerana statusnya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Putrajaya juga merupakan antara pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati di negara ini. Sesuai dengan jolokan Bandar Pintar Dalam Taman, kira-kira 40 peratus kawasan atau seluas 4,500 hektar telah dikhususkan untuk dijadikan taman dan kawasan hijau. Sebuah bandar futuristik dengan daya tarikan tersendiri, ia wajib dilawati oleh warga tempatan mahupun pelancong asing.

Taman Putra Perdana

Terletak di tengah-tengah bulatan utama dan di puncak tertinggi Putrajaya di Presint 1 yang ditanda dengan Plaza Mercu Tanda yang didirikan bagi merasmikan pembangunan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Di sini juga terdapat Kapsul Masa yang mengandungi beberapa dokumen penting mengenai sejarah dan perkembangan Putrajaya.

Persiaran Sultan Sallahuddin, Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Astaka Morocco

Nikmati keindahan seni bina Maghribi apabila menjejakkan kaki ke Astaka Morocco. Saksikan binaan replika istana Morocco yang dihasilkan dengan penuh ketelitian yang mana dindingnya dihiasi dengan motif ukiran yang indah termasuk khat ayat al-Quran.

Astaka Morocco, Taman Botani Putrajaya, Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya

Taman Saujana Hijau Putrajaya

Taman ini pastinya memukau pengunjung kerana menjadi lokasi pemuliharaan flora dan fauna yang menampilkan tiga konsep iaitu European Garden, Oriental Garden dan English Garden. Ketiga-tiga konsep ini ditampilkan di kawasan yang berkeluasan 40 hektar.

Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya

Taman Wetland Putrajaya

Taman Wetland Putrajaya menjanjikan keindahan flora dan fauna yang sukar untuk ditemui  sekiranya berada di sesebuah kota raya kecuali di Putrajaya. Keindahan taman ini menyaksikan gabungan unsur alam semula jadi dengan struktur binaan manusia yang saling melengkapi dan memberi ketenangan serta penghayatan sebagai sebuah destinasi pelancongan.

Taman Wetland Putrajaya, Presint 13, 62000 Putrajaya

My Balloon Adventure

Satu lagi lokasi yang mesti dikunjungi di Putrajaya iaitu My Balloon Adventure yang pastinya akan memberi pengalaman yang hebat dan luar biasa. Melihat pemandangan Putrajaya daripada sudut pandangan dari atas pasti menawarkan perasaan berbeza dan akan melakar kenangan indah kepada pengunjung.

Putrajaya Presint 2, di depan Skyride Festival Park

Muzium Alam Semula Jadi

Muzium Alam Semula Jadi Putrajaya menawarkan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung apabila kesemua artifak alam semula jadi yang berada ini sini merupakan kehidupan sebenar yang diawetkan untuk tatapan pengunjung.

Jalan P5/5, Presint 1, 62000 Putrajaya

Taman Botani Putrajaya

Keunikan Taman Botani Putrajaya diakui dunia apabila diiktiraf sebagai satu daripada empat puluh  taman yang tercantik di Asia dengan menempatkan tiga belas taman tema dan mempunyai lebih 700 jenis tumbuhan daripada pelbagai benua di dunia.

Taman Botani Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

Mengimbau Sejarah CSR SPANCO

Melunaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) merupakan antara objektif teras SPANCO sejak ditubuhkan. Berikut serba sedikit inisiatif yang dilaksanakan: Ogos 1997 Menganjurkan seminar...

Panduan Servis Berjadual dan Pembaikan

Servis berjadual adalah rutin yang amat penting bagi mengekalkan prestasi kereta berada pada tahap terbaik. Mengabaikan penyenggaraan akan mengakibatkan kerosakan yang lebih serius berlaku...

Inisiatif Budaya Hijau SPANCO Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

Setiap individu dan organisasi perlu mempunyai komitmen untuk menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar. SPANCO tidak terkecuali untuk terpanggil dan melaksanakan tanggungjawab korporat menerusi...

Aplikasi Mobil SPANCO: Fungsi Ditambah, Dinaiktaraf

Seiring perkembangan teknologi, SPANCO pada Januari 2017 melancarkan Aplikasi Mobil SPANCO dari Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk iOS. Menerusi aplikasi...

Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

Putrajaya sememangnya tidak asing lagi kerana statusnya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Putrajaya juga merupakan antara pusat pelancongan yang menarik untuk...