Utama Santai SAGA 2019 Penggayaan & Prestasi Baharu

SAGA 2019 Penggayaan & Prestasi Baharu

Proton Saga begitu sinonim dengan jenama PROTON, mengimbau kembali sejarah 34 tahun dan tiga perubahan sepenuhnya dilakukan pada model tersebut. Kini, dengan pelancaran Saga 2019 menerusi model Standard MT dan Premium AT baru-baru ini, meletakkan ia selari dengan model-model Proton yang lain.

Versi terbaharu model ikonik dan terlaris PROTON itu dilengkapi gaya baharu, kotak gear automatik empat kelajuan dan ciri pintar pertama di dalam kelasnya sekaligus membezakan ia daripada pesaing selain meningkatkan nilai.

PROTON turut mengenal pasti proposisi penjualan unik (Unique Selling Propositions – USP) model ini yang apabila digabungkan, menghasilkan slogan Pilihan Yang Pintar (An Intelligent Proposition). Tiga USP tersebut ialah Gaya Mengujakan, Penjimatan Bijak dan Kestabilan Mantap.

Kekalkan Identiti

Saga 2019 diberikan rekaan terkini yang masih mengekalkan identitinya. Bahagian luar dipasang bampar hadapan baharu dan lebih agresif yang bersepadu dengan lampu nyalaan siang. Pada bahagian gril turut mempunyai corak infinite weave.

Bampar belakang yang sama menonjol sepadan dengan bahagian hadapan dan rekaan di belakang dilengkapi spoiler belakang bersepadu baharu dan nama PROTON terletak pada penutup but.  Set roda aloi bersaiz 15 inci  dengan rekaan baharu, menyerikan lagi sentuhan akhir pada varian premium.

Perubahan paling ketara di bahagian dalaman adalah monitor skrin sesentuh 7-inci terapung (floating touchscreen) pada model premium. Digunakan untuk mengawal sistem infotainmen, kemudahan ini mempunyai sambungan Bluetooth, kapasiti penyimpanan dalaman 16GB dan sambungan telefon pintar untuk Android.

Perubahan lain ialah upholsteri tempat duduk, panel tengah dan paparan kombinasi meter dengan Bantuan Pemanduan Eco yang setiap satunya baharu yang turut dilengkapi sehingga 3 tempat cucuk USB.

Kemudahan lain dalam Saga 2019 ini termasuk kunci pembuka but, pelindung matahari dengan pemegang kad dan cermin muka, lampu peta LED dan pemegang genggaman baharu untuk disepadankan dengan bahan kemasan dalaman kereta.

Transmisi Baharu

Secara mekanikal, perubahan paling besar adalah transmisi automatik empat kelajuan baharu menggantikan CVT yang digunakan sebelum ini. Barisan jurutera PROTON telah membuat peningkatan pada prestasi brek, tahap kebisingan, getaran dan kekasaran NVH (Noise, vibration, and harshness) serta keseimbangan pemanduan dan pengendalian di samping menambah tahap keselamatan berkelas dunia.

Penggunaan kotak gear automatik empat kelajuan baharu memberikan pemandu kebebasan bagi kawalan yang lebih baik ketika memandu dengan penuh tenaga. Ciri-ciri keselamatan pada model ini terdiri daripada Brek Anti Kekunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) untuk ketiga-tiga varian yang turut dilengkapi beg udara depan, sensor tempat letak kereta belakang dan titik penahan ISOFIX dengan top tethers.

ESC dan TCS

Tambahan pada varian Premium adalah Bantuan Kawalan Cerun, sensor tempat letak kereta hadapan, kamera undur dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS). Dengan pertambahan ciri-ciri keselamatan ini, Saga 2019 menjadi satu-satunya kereta pada kelasnya yang dilengkapi ESC dan TCS.

Proton Saga 2019 bakal menyertai fleet SPANCO sebagai salah satu kereta jabatan (KJ) yang akan digunakan oleh kakitangan-kakitangan kerajaan untuk melaksanakan tugasan jabatan mereka.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

SPANCO Memartabatkan Warisan Sejagat

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik kerana mempunyai banyak kaum, budaya, bahasa, agama dan adat resam. Kewujudan pelbagai kaum dan budaya sentiasa memberi...

Budaya Kualiti dan Amalan Penambahbaikan Berterusan

Ruangan Perspektif kali ini memberi fokus mengenai pengukuhan budaya kualiti serta amalan penambahbaikan secara berterusan di SPANCO. Untuk itu, Encik Irwan Iskandar Haji Ismail,...

MaaS hubungkan semua sumber pengangkutan masa depan

TEKNOLOGI tidak akan terhenti sebaliknya terus berkembang menerusi inovasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) mahupun penambahbaikan dalam segenap aspek. Ketika mana perkhidmatan menerusi pelbagai aplikasi...

Penjagaan Sistem Brek

Pemanduan yang agresif seperti memecut dan membrek secara mengejut selain kerap terperangkap dalam kesesakan jalan raya adalah antara faktor yang mempercepatkan kehausan brek, demikian...

Imbasan 2019

Berikut adalah imbasan peristiwa yang berlaku sepanjang 2019. Februari 2019 – 10 perantis jalani Program SLDN Perantis program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) memulakan latihan praktikal...