Utama Servis Panduan Servis Berjadual dan Pembaikan

Panduan Servis Berjadual dan Pembaikan

Servis berjadual adalah rutin yang amat penting bagi mengekalkan prestasi kereta berada pada tahap terbaik. Mengabaikan penyenggaraan akan mengakibatkan kerosakan yang lebih serius berlaku kepada kereta.

Bagaimanapun, sebelum menghantar kereta ke pusat servis, sila lakukan sedikit persediaan yang bakal memudahkan penjadualan  tugas dan perancangan di pusat servis malah dapat melancarkan jadual harian anda.

Kini, menerusi  Aplikasi Mobil SPANCO, anda boleh menempah temu janji servis dengan pantas dan mudah. Ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Kemudahan ini ternyata menjimatkan masa menunggu, bermula daripada  proses kereta dihantar ke pusat servis sehingga kereta diserahkan semula kepada anda.

Justeru, ikuti panduan mudah berikut sebelum menghantar kereta ke pusat servis pilihan untuk menjalani servis berjadual seterusnya:

Menempah Temu Janji Servis

  • Buat tempahan servis atau pembaikan terlebih dahulu.
  • Pelanggan SPANCO boleh memuat turun Aplikasi Mobil SPANCO dari Google Play dan App Store.
  • Atau, telefon Pusat Panggilan di Talian Bebas Tol 24 jam 1-800-88-6999 untuk membuat  temu janji servis.
  • Tempahan juga boleh dibuat menerusi  laman web SPANCO di https://www.spanco.com.my/service-centers/service-appointment-booking/ iaitu dengan memilih menu ‘SERVICE CENTRES’ dan seterusnya sub-menu ‘SERVICE APPOINMENT’.
  • Tempahan temu janji servis di Pusat Servis Diiktiraf (PSD) boleh dilakukan selewat-lewatnya tiga hari sebelum, bagi membolehkan PSD melakukan perancangan dan persediaan awal.

Menghantar Kereta

  • Untuk kemudahan pelanggan, Sistem Perkhidmatan Kiosk di PSW Batu Caves dan PSW Bangi disediakan bermula 2015 bertujuan mempercepatkan proses pendaftaran di kaunter perkhidmatan dan mendapatkan maklum balas pelanggan mengenai servis dan pembaikan yang dilakukan.
  • Sebelum menghantar ke pusat servis, teliti semula sejarah penyenggaraan kereta anda.
  • Ketahui jenis penyenggaraan bagi perbatuan atau tempoh yang tertentu. Misalnya, servis rutin setiap 10,000km dan servis utama pada 40,000km dan 100,000km.
  • Bagi pelanggan SPANCO, anda harus mematuhi jadual servis yang disyorkan iaitu bagi kereta Proton Perdana Standard 2.0 dan 2.4 adalah setiap 5,000km atau 3 bulan yang mana dahulu. Bagi kereta yang lain adalah setiap 10,000km atau 6 bulan yang mana dahulu.

  • Sebelum menyerahkan kepada pusat servis, keluarkan barangan berharga dari kereta anda terlebih dahulu.
  • Pastikan anda memahami senarai tugas yang hendak dilakukan.
  • Minta penasihat servis menerangkan kepada anda satu per satu mengenai apa juga penyenggaraan dan pembaikan yang bakal dilaksanakan.

Mengambil Semula Kereta Yang Siap Diservis atau dibaiki

  • Bagi pelanggan SPANCO yang menghantar kereta ke PSW Batu Caves atau PSW Bangi, anda akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (sms) apabila kereta siap diservis atau dibaiki.
  • Ketika mengambil semula kereta, pastikan semua tugasan yang disenaraikan telah dilakukan dengan sempurna dan memuaskan.
  • Sebagai pengguna, anda berhak untuk memaklumkan petugas jika merasakan terdapat percanggahan antara kerja yang telah dilakukan dengan apa yang disenaraikan dalam helaian tugas.
  • Jika tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi, adukan terus kepada SPANCO melalui Aplikasi Mobil SPANCO atau Talian Bebas Tol 1-800-88-6999.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

SPANCO Memartabatkan Warisan Sejagat

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik kerana mempunyai banyak kaum, budaya, bahasa, agama dan adat resam. Kewujudan pelbagai kaum dan budaya sentiasa memberi...

Budaya Kualiti dan Amalan Penambahbaikan Berterusan

Ruangan Perspektif kali ini memberi fokus mengenai pengukuhan budaya kualiti serta amalan penambahbaikan secara berterusan di SPANCO. Untuk itu, Encik Irwan Iskandar Haji Ismail,...

MaaS hubungkan semua sumber pengangkutan masa depan

TEKNOLOGI tidak akan terhenti sebaliknya terus berkembang menerusi inovasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) mahupun penambahbaikan dalam segenap aspek. Ketika mana perkhidmatan menerusi pelbagai aplikasi...

Penjagaan Sistem Brek

Pemanduan yang agresif seperti memecut dan membrek secara mengejut selain kerap terperangkap dalam kesesakan jalan raya adalah antara faktor yang mempercepatkan kehausan brek, demikian...

Imbasan 2019

Berikut adalah imbasan peristiwa yang berlaku sepanjang 2019. Februari 2019 – 10 perantis jalani Program SLDN Perantis program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) memulakan latihan praktikal...