Utama Berita Mengimbau Sejarah CSR SPANCO

Mengimbau Sejarah CSR SPANCO

Melunaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) merupakan antara objektif teras SPANCO sejak ditubuhkan. Berikut serba sedikit inisiatif yang dilaksanakan:

Ogos 1997

Menganjurkan seminar ‘Ke Arah Kecemerlangan Budaya Kerja’ dengan kerjasama Perbendaharaan Malaysia di Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan yang mendapat sambutan positif dari kalangan pemandu kenderaan kerajaan. Susulan kejayaan itu, banyak lagi siri seminar seumpamanya dianjurkan pada tahun-tahun berikutnya.

Januari 1998

Edisi sulung majalah PRIHATIN – Berita SPANCO diterbitkan sebagai saluran perkongsian maklumat dan manfaat dengan ‘stakeholder’ dalam usaha mempertingkatkan jalinan perhubungan. Komitmen penerbitan itu masih diteruskan hingga kini.

April 1998

Kelab Sukan SPANCO mengadakan kunjungan ke Rumah Sejahtera Jenjarom untuk meluangkan masa mendampingi dan beramah mesra dengan penghuni warga emas di situ.

Ogos 1998

SPANCO menyumbang RM500,000 bagi mengisi Tabung Danaharta susulan kegawatan ekonomi, selain dua unit bas kepada Dana Khas Negara.

Januari 1999

Melawat Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Khairiah, Kelang di mana wakil SPANCO turut menyerahkan sumbangan berupa wang tunai dan makanan bagi membantu meringankan perbelanjaan.

Disember 2000

Melawat Tasputra Perkim, Kuala Lumpur untuk beramah mesra dengan kanak-kanak istimewa yang menjalani pembelajaran di situ. Rombongan diketuai Pengerusi Mej. Jen. (B) Dato’ Osman Mohd Zain.

April 2001

SPANCO bersama beberapa agensi swasta yang lain bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara untuk menganjurkan Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan dan Pertandingan Fotografi Perpaduan 2001.

September 2001

Dalam sama-sama memeriahkan SUKAN SEA ke-21 di Kuala Lumpur, larian obor diadakan bagi kawasan Segambut pada 4 dan 5 September yang turut disertai oleh pasukan SPANCO.

Ogos 2003

Membantu menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengedarkan 1,500 naskhah majalah PRIHATIN EDISI KHAS MERDEKA kepada sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Disember 2004

Menghulurkan bantuan berjumlah RM100,000 untuk diisi dalam dana Program Bantuan Ehsan Mangsa Tsunami Luar Negara.

Ogos 2013

Meraikan anak-anak yatim yang menghuni Rumah Siraman Kasih pada Majlis Aidilfitri di Pusat Servis Wilayah Batu Caves. Menjemput anak-anak yatim untuk diraikan sempena sambutan Hari Raya sudah menjadi amalan sejak sekian lama.

Oktober 2014

Menyumbangkan kereta Proton Waja kepada pertubuhan The Divine Life Society untuk kegiatan aktiviti mereka.

Disember 2014

SPANCO menyerahkan sumbangan makanan dan keperluan harian kepada mangsa banjir menerusi Misi Bantuan Mangsa Banjir bertempat di Pangkalan Udara Subang, Selangor.

Februari 2015

Dalam usaha menyokong Persidangan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Kota Bharu, Kelantan, Perbendaharaan Malaysia dengan kerjasama SPANCO mengambil inisiatif menyediakan kenderaan untuk keperluan delegasi. Selain menzahirkan sokongan kepada Kerajaan sebagai tuan rumah, penyertaan itu turut berjaya memperkenalkan kereta Proton kepada delegasi.

Februari 2016

Menyerahkan sumbangan kereta kepada Kelab Anak Wawasan Pekan, Pahang (KAWAN).

Ogos 2016

Menganjurkan Kursus Pemanduan Defensif SPANCO 2016 di MAEPS, Serdang, Selangor. Program dikhususkan untuk pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pengendalian kenderaan rasmi jawatan (KRJ) dan kenderaan jabatan (KJ).

Oktober 2016

Kejohanan Futsal SPANCO 2016 dianjurkan sempena Hari Sukan Negara.

Jun 2017

Menyumbang RM500,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Projek Pengagihan Mesin Hemodialisis Di Hospital-Hospital Kerajaan Terpilih. Menerusi sumbangan itu, 15 unit mesin hemodialisis telah dibeli dan diagihkan.

Julai 2017

Melaksanakan Program SPANCO Peneraju Skil Iltizam Automotif dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB). Sejumlah RM400,000 disalurkan bagi membiayai keperluan latihan melibatkan 75 peserta di Akademi Latihan Pendidikan Vokasional (VETA).

Ogos 2017

Peserta SPANCO menyertai Larian Obor Sukan SEA ke-29 Daerah Gombak.

Ogos 2017

Melancarkan Tabung Pembinaan Bangunan Rumah Penyayang Ulin Nuha di Jalan Kebun, Klang sekali gus menjadikan rumah anak yatim tersebut sebagai anak angkat.

Oktober 2017

Menganjurkan pertandingan Bola Keranjang 3×3 SPANCO bersempena Hari Sukan Negara 2017 di Kompleks Sukan Negara.

Februari 2018

Menyertai program CSR anjuran Kementerian Kewangan dengan melaksanakan kegiatan antaranya, mengecat dan membaik pulih Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan, Pahang serta menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

Mac 2018

Menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada kakitangan Kerajaan sempena Hari Bersama Pelanggan SPANCO 2018.

Jun 2018

Menyerahkan sumbangan RM1 Juta kepada Tabung Harapan Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hamzah Mohd Salleh, kepada pegawai Kementerian Kewangan Malaysia.

Oktober 2018

SPANCO menaja Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara Dugong All Stars dan Pilihan YB Syed Saddiq sempena Hari Sukan Negara 2018. Sebuah motosikal turut disumbangkan untuk acara cabutan bertuah.

Disember 2018

Sebanyak 40 kerusi roda diserahkan kepada pesakit di Hospital Selayang dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sebagai sumbangan ikhlas bagi mengurangkan beban pesakit serta keluarga mereka.

MAC 2019

Portal PRIHATIN merupakan satu lagi inovasi SPANCO bagi meningkatkan jangkauan sebaran maklumat kepada lebih ramai pembaca yang kini lebih menjurus kepada media digital untuk mendapatkan pelbagai maklumat mahupun berita.


Sumbangan Diteruskan

Amal bakti SPANCO bersama masyarakat tidak pernah berhenti. Pelbagai kegiatan dianjurkan dan sumbangan diserahkan kepada komuniti yang perlu dibantu sepanjang tahun. Antaranya ialah mengagihkan bubur lambuk pada bulan Ramadan dan sumbangan untuk Tabung Angkatan Tentera Malaysia sempena Aidilfitri.

Turut dianjurkan setiap tahun ialah Kempen Derma Darah dan Hari Bersama Pelanggan SPANCO yang menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada penjawat awam sempena musim perayaan.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

Mengimbau Sejarah CSR SPANCO

Melunaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) merupakan antara objektif teras SPANCO sejak ditubuhkan. Berikut serba sedikit inisiatif yang dilaksanakan: Ogos 1997 Menganjurkan seminar...

Panduan Servis Berjadual dan Pembaikan

Servis berjadual adalah rutin yang amat penting bagi mengekalkan prestasi kereta berada pada tahap terbaik. Mengabaikan penyenggaraan akan mengakibatkan kerosakan yang lebih serius berlaku...

Inisiatif Budaya Hijau SPANCO Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

Setiap individu dan organisasi perlu mempunyai komitmen untuk menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar. SPANCO tidak terkecuali untuk terpanggil dan melaksanakan tanggungjawab korporat menerusi...

Aplikasi Mobil SPANCO: Fungsi Ditambah, Dinaiktaraf

Seiring perkembangan teknologi, SPANCO pada Januari 2017 melancarkan Aplikasi Mobil SPANCO dari Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk iOS. Menerusi aplikasi...

Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

Putrajaya sememangnya tidak asing lagi kerana statusnya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Putrajaya juga merupakan antara pusat pelancongan yang menarik untuk...