10 Cara Menjaga Transmisi Automatik

Mencegah lebih baik daripada merawat

Lazimnya rawatan menelan kos yang tinggi tetapi belum tentu ada jaminan masalah akan pulih 100 peratus. Begitu juga, elakkan kerosakan transmisi yang merumitkan jadual tugas anda dengan mengikuti 10 tip PRIHATIN berikut untuk memastikan kereta transmisi automatik sentiasa dalam keadaan sempurna.

Kadangkala, mustahil kita boleh mencegah sepenuhnya daripada berlakunya sebarang kerosakan. Namun ada perkara yang kita boleh amalkan untuk memanjangkan hayat transmisi automatik dan menghindari kegagalan transmisi.

Periksa bendalir transmisi automatik (ATF) secara berjadual. Bagi kebanyakan kereta, memeriksa bendalir transmisi semudah memeriksa minyak hitam – selepas matikan enjin, tarik dipstick, kesat dan celup kembali. Tunggu sebentar dan keluarkan semula dipstick untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Warna pada dipstick mesti merah cerah, jernih dan berbau harum. Jika minyak kelihatan keruh dan berwarna hitam, atau berbau busuk, bawa kereta anda kepada pakar pembaikan transmisi untuk pemeriksaan.

Gunakan bendalir transmisi yang disyorkan. Sentiasa rujuk manual kereta yang dibekalkan bagi mengenal pasti jenis bendalir transmisi yang betul. Sekiranya anda masih tidak yakin, sila dapatkan nasihat profesional.

Pastikan sistem penyejuk enjin juga diperiksa. Sistem penyejuk membantu menghindarkan enjin daripada terlampau panas. Bagaimanapun ia turut memastikan bendalir transmisi yang dipam ke dalam kotak gear juga sejuk. Justeru, pastikan sistem penyejuk dalam kondisi yang optimal.

Pastikan transmisi dibersihkan (flush) secara berjadual. Menukar bendalir transmisi kereta biarlah dilakukan oleh pakar. Rujuk manual kereta, tetapi secara umumnya, transmisi kenderaan perlu dibersihkan sekali setahun. Berapa lama bendalir transmisi anda boleh bertahan bergantung kepada suhu operasi kenderaan dan kekerapan anda memandu.

Jangan tukar gear ketika kereta bergerak. Pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum menukar gear dari ‘drive’ kepada ‘reverse’ dan sebaliknya. Gagal untuk mematuhinya, akan meletakkan bebanan pada transmisi dan seterusnya menyebabkan masalah yang lebih serius.

Panaskan dulu enjin sebelum kereta dipandu terutama dalam cuaca sejuk. Ramai di antara kita yang masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin dan terus memandu – elakkan tabiat ini.

Elak memandu menggunakan tayar gantian untuk satu tempoh yang lama. Saiz tayar yang berbeza atau memandu menggunakan tayar gantian yang kecil bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada bahagian seperti penjajaran roda malah menyebabkan bebanan berlebihan pada transmisi untuk jangka panjang.

Tukar penapis transmisi. Ia bagi memastikan bendalir transmisi automatik sentiasa disaring dan bersih. Penapis ini bergantung kepada pembuatan dan model sesebuah kereta. Kebanyakan model baharu tidak mempunyai penapis bendalir transmisi tetapi bagi kebanyakan kereta Proton, penapis perlu ditukar setiap kali bendalir diganti.

Elakkan kereta anda menunda kenderaan lain. Menggunakan kereta untuk menunda muatan yang berat khususnya ketika cuaca panas, boleh menyebabkan bendalir transmisi teroksidasi atau hangus, yang boleh mendatangkan banyak kerosakan kepada transmisi.

Lakukan pemeriksaan transmisi setiap tahun. Dapatkan khidmat pakar pembaikan transmisi bertauliah untuk melakukan pemeriksaan diagnostik bagi kebocoran atau lain-lain ketidaklaziman transmisi sekurang-kurangnya sekali setahun. Di samping itu, sebagai pengguna, periksa juga paras bendalir transmisi, warna dan bau transmisi sebagai langkah pencegahan yang bijak.

Ternyata disiplin diperlukan di sini iaitu jangan lupa mematuhi servis berjadual seperti yang disarankan oleh pihak pengeluar. Ia dapat mengelakkan kenderaan dari mengalami kerosakan di masa akan datang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!