Aplikasi Mobil SPANCO: Fungsi Ditambah, Dinaiktaraf

Seiring perkembangan teknologi, SPANCO pada Januari 2017 melancarkan Aplikasi Mobil SPANCO dari Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk iOS. Menerusi aplikasi itu, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan lebih pantas serta menikmati pelbagai faedah seperti mendapatkan bantuan kerosakan, mengetahui status terkini bantuan yang diminta, memohon temu janji servis serta mengemaskinikan profil mereka.

Menerusi aplikasi tersebut juga, pelanggan boleh membuat temu janji servis di Pusat Servis Diiktiraf SPANCO (PSD) yang terpilih di seluruh negara.

Terbaharu, SPANCO telah menaiktaraf Aplikasi Mobil SPANCO dengan menyediakan empat ciri terkini iaitu pautan Pengumuman, Daftar Masuk, Maklum Balas serta Pertanyaan Umum.

  • PENGUMUMAN

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai SPANCO atau kenderaan mereka hanya dengan klik butang ini.

  • PROFIL

Pelanggan boleh mengemaskini nama, alamat emel, nombor telefon, model dan nombor pendaftaran kenderaan.

  • LAPOR KES

Maklumkan kes kerosakan atau kemalangan, nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit dan muat naik gambar kejadian serta lokasi.

  • SEMAK KES

Pelanggan boleh menyemak senarai dan butiran kes kerosakan, kemalangan, kecurian serta daftar masuk, seterusnya memberi penilaian terhadap perkhidmatan yang diterima.

  • TEMUJANJI SERVIS

Tempah temu janji servis di mana-mana pusat servis terpilih (seperti yang tersenarai dalam Aplikasi Mobil SPANCO) yang berdekatan dan tentukan jenis perkhidmatan yang diperlukan serta tarikh dan masa yang sesuai.

  • DAFTAR MASUK (Service Check-In)

Ciri terbaharu ini diperkenalkan di mana pelanggan dikehendaki untuk daftar masuk kenderaan apabila tiba di mana-mana PSD. Ia bertujuan untuk membolehkan pihak SPANCO mengetahui lokasi servis atau pembaikan kenderaan pelanggan dan seterusnya membuat susulan terhadap kerja yang dilakukan oleh PSD. Pada masa yang sama SPANCO juga bakal memperkenalkan sistem imbas kod QR sebagai salah satu pilihan untuk daftar masuk bagi tujuan yang sama.

  • MAKLUM BALAS

Pelanggan kini boleh memberi maklum balas atau aduan dengan menekan butang ini. Selain cuba untuk membantu menyelesaikan masalah anda, SPANCO juga dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada semua pelanggan.

  • PERTANYAAN UMUM

Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatan SPANCO, sila ajukan di sini. Kami sentiasa sedia membantu anda.

Menerangkan mengenai penambahbaikan tersebut, Pengurus Besar Khidmat Selepas Jualan SPANCO, Irwan Iskandar Haji Ismail berkata, tujuan menyedia dan mempertingkatkan fungsi aplikasi ini adalah untuk memudahkan lagi pelanggan menghubungi SPANCO seiring kemajuan teknologi dalam era digital dan supercomputer.

“Melalui ciri terbaharu Aplikasi Mobil SPANCO yang dipertingkatkan, akan mempermudah dan mempercepatkan lagi urusan pendaftaran di PSD selain menghindarkan kelewatan kerja-kerja servis mahupun pembaikan yang perlu dilaksanakan,” katanya yang memikul tanggungjawab memastikan kelancaran perkhidmatan servis dan pembaikan kereta-kereta fleet SPANCO.

“Untuk Bantuan Kerosakan pula, pelanggan SPANCO boleh memuat naik gambar kerosakan dalam masa sebenar bagi bantuan atau sokongan yang diperlukan di lokasi,” ujarnya yang berkelulusan Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dan berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang automotif.

Selain itu, pelanggan boleh mengetahui status terkini permohonan bantuan kerosakan dan pembaikan kemalangan.

“Anggaran masa trak tunda tiba di lokasi akan dimaklumkan terus ke telefon bimbit anda,” sambung beliau yang pernah berkhidmat di beberapa syarikat automotif terkemuka tanah air termasuk sebagai Ketua Bahagian Servis di Proton Edar, EON dan Perodua.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk menyalurkan maklum balas berkenaan dengan mutu servis yang diberikan oleh SPANCO dan PSD.

“Ini penting bagi membolehkan SPANCO menambahbaik mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Gambar kejadian pun boleh diambil dan dimuat naik bagi tujuan laporan,” jelasnya lagi.

Fleet Online Berwajah Baharu 1 November 2019

Portal Fleet Online bakal berwajah baharu bermula 1 November 2019. Untuk mengaksesnya, pelanggan boleh mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan masing-masing daripada Eksekutif Akaun SPANCO yang bertanggungjawab ke atas Kementerian mereka.

SPANCO melancarkan portal itu pada 2005 menerusi perkhidmatan berasaskan web bagi membolehkan pelanggan mengakses data berkaitan setiap kereta atau kumpulan kereta yang dipajak secara dalam talian. Antaranya, status pembaikan, tarikh jadual servis, jumlah saman tertunggak, status pesanan serta tahap ketersediaan dalam masa nyata.

Fleet Online penting kepada pelanggan SPANCO kerana mereka boleh memantau kereta fleet masing-masing dan boleh memuat turun semua maklumat yang diperlukan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!