Komited Pulihara Alam Sekitar Sejak Beroperasi

PUSAT Servis Wilayah (PSW) Segambut mengamalkan kaedah pelupusan sisa minyak buangan secara sistematik bagi menjaga kebersihan alam sekitar, demikian yang dilaporkan pada November 2000.

Jurutera QC dan Teknikal pada masa itu, Azwin Ahmed memberitahu, menerusi sistem tersebut, sisa buangan seperti minyak enjin yang sudah digunakan akan dimasukkan ke dalam tangki khas.

Begitu juga dengan penapis minyak yang sudah dipakai di mana lebihan sisa minyak yang terkandung di dalam penapis itu akan dikeluarkan terlebih dahulu dan disaring serta dimasukkan ke dalam bekas khas.

Sisa buangan kemudian dipam ke dalam tangki pengumpulan utama yang akan mengeluarkan isyarat jika penuh.

“Pihak kontraktor berlesen akan memungut sisa berkenaan dalam tempoh sebulan sekali untuk dilupuskan,” kata beliau.

Selain itu, alat pam pneumatik dan pengumpul sisa minyak automatik digunakan bagi mengalirkan minyak enjin yang sudah lupus ke dalam tangki pengumpul sisa.

Menerusi kaedah yang sistematik itu, risiko dan kejadian pencemaran seperti tumpahan dan pembuangan sisa yang tidak teratur, dapat dielakkan di pusat servis.

“Langkah untuk menjadikan operasi kami lebih mesra alam ini adalah seiring dengan aspirasi Kerajaan iaitu kerja sihat dalam persekitaran yang sihat,” kata Azwin.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!