Utama Berita SPANCO ke Arah Digitalisasi

SPANCO ke Arah Digitalisasi

Digitalisasi adalah proses pengubahan pelbagai data daripada format analog kepada digital supaya lebih mudah untuk dijana, dianalisis, disimpan dan diuruskan. Dengan bantuan Internet dan media sosial, maklumat teks, angka, audio mahupun visual dalam bentuk digital dapat diedar serta dikongsi dengan lebih cepat.

Di SPANCO, transformasi digital diterapkan sejak memulakan operasi pada 1994 apabila memperkenalkan sistem pengkomputeran dalam perkhidmatannya. Ia bermula dengan CFC, SIKOM, FMIS, Portal Fleet Online, Aplikasi Mobil dan terkini, portal PRIHATIN. Berikut adalah antara inisiatif SPANCO ke arah digitalisasi.

SIKOM – Sistem pengurusan aset dan fleet bersepadu dilaksanakan pada 1996. Ia menyatukan operasi kewangan, servis, insurans dan pajakan menggantikan sistem Car Fleet Control (CFC) berasaskan DOS yang digunakan sebelum itu.

FMIS – Selaras pertambahan kenderaan dan peningkatan penggunaan Internet, sistem perisian pengurusan fleet yang baharu diperkenalkan pada Mei 2007. Sistem ini berorientasikan perkhidmatan dan menggabungkan pelbagai kemudahan, ciri dan modul yang berintegrasi sepenuhnya. Ia turut mengalami beberapa peringkat pembaharuan dan naik taraf sejak mula digunakan.

Pada 2012, Fleet Management Information System (FMIS) yang lebih sistematik dilancarkan bagi menggantikan FMIS yang lama. FMIS disifatkan sistem data bersepadu kelas dunia yang dibangunkan secara dalaman oleh pasukan SPANCO hasil pengalaman menguruskan fleet Kerajaan Malaysia.

ASC e-approval – satu modul dalam FMIS yang menggabungkan data lengkap pengguna, kenderaan dan rekod penyenggaraan. Mula dilaksanakan pada 2008, ia membolehkan Pusat Servis Diiktiraf (PSD) dari seluruh negara memperolehi kod kelulusan secara dalam talian dalam masa sebenar.

Portal Fleet Online – Dilancarkan pada 2005 menerusi perkhidmatan berasaskan web dan membolehkan pelanggan mengakses data berkaitan setiap kereta atau kumpulan kereta yang dipajak secara dalam talian. Antaranya, status pembaikan, tarikh servis berikutnya, jumlah saman tertunggak, status pesanan dan tahap ketersediaan dalam masa nyata.

Segala data boleh dicapai pada bila-bila masa secara terperinci atau disaring mengikut keperluan pelanggan melalui pautan skrin ke skrin yang dihubungkan terus ke sumber pangkalan data.

Pada 2009, portal Fleet Online mengalami pembaharuan apabila Customer Dashboard, sebuah paparan grafik yang mesra pengguna, diperkenalkan.

Terbaharu, pemberitahuan segera (push notification) secara mingguan kepada pengguna fleet untuk memaklumkan status kereta dan memudahkan mereka memantau kenderaan mereka. Turut diperbaharui ialah pemaparan carta saman pada sudut yang jelas supaya pegawai berkaitan  boleh melihat status saman jabatan masing-masing dengan lebih mudah.

Aplikasi Mobil SPANCO – Dilancarkan pada Januari 2017, pelanggan boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Play, untuk platform Android dan App Store, untuk iOS. Ia membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dengan lebih pantas dan menikmati pelbagai faedah seperti mendapatkan bantuan kerosakan, mengetahui status terkini mengenai bantuan yang diminta, memohon temu janji servis serta mengemaskinikan profil mereka.

Menerusi Aplikasi Mobil SPANCO,  pelanggan kini boleh membuat temu janji servis di Pusat Servis Diiktiraf SPANCO di seluruh negara.

Portal PRIHATIN – Majalah PRIHATIN – Berita SPANCO yang diterbitkan sejak 1998, kini boleh dibaca melalui portal khusus — prihatinspanco.com.my yang dilancarkan pada Mac 2019. Portal ini satu lagi inovasi bagi meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan manfaat majalah PRIHATIN kepada lebih ramai pembaca yang kini cenderung kepada media digital untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

Kekalkan Prestasi Enjin Kereta Pada Kecekapan Tinggi

Enjin umpama jantung kenderaan yang perlu beroperasi dengan baik, justeru perlu dijaga dan diperiksa dengan kerap untuk memastikan ia berjalan lancar. Pemeriksaan umum boleh dilakukan...

Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal: Latar Belakang dan Sejarah

SATU pasukan iaitu Unit Kawalan Senggaraan ditubuhkan sebaik sahaja SPANCO memulakan operasi untuk mengambilalih pengurusan fleet Kerajaan Malaysia pada 1994 dan terus berkembang seiring...

Julang Negaraku Malaysia ke Podium Global

Merealisasikan aspirasi merdeka dengan menyumbang mengikut cara dan kemampuan sendiri bagi meletakkan nama baik Negara di persada kecemerlangan. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa...

VOLVO S90 T5 & XC90 T5

Syarikat Volvo memperkenalkan enjin petrol T5 terbaharu dalam keluarga model 90 terbesarnya iaitu S90, V90 dan XC90 berikutan langkah jenama Sweden itu untuk mengalihkan...

10 Lokasi Berbasikal Popular di Malaysia

Jauh perjalanan, luas pemandangan sekaligus riadah berbasikal adalah antara cara terbaik untuk mengenali sesuatu tempat – pemandangan alam, makanan istimewa mahupun ole-ole untuk dibawa...