Medan Selera Hipster

Kafe hipster berasal dari konsep minum kopi masyarakat Barat yang dinikmati secara santai. Premis ini mempunyai dekorasi yang unik, signature menu yang tersendiri, termasuk masakan dan cara dihidangkan. Lazimnya menu Barat adalah menu utama diiringi hidangan pelbagai jenis kopi sebagai minuman utama. Kafe konsep ini kini menjadi fenomena di Malaysia dan menjadikan premis itu tempat bertemu rakan atau menjamu selera sekeluarga dengan alunan muzik buskers atau live band, berswafoto dan muat naik bahan ke laman sosial. Kini terdapat medan selera yang menjual pelbagai jenis hidangan berkonsepkan kafe hipster.

The Garage KL, Selangor

Premis menjamu selera yang meriah dengan ruang dalam dan luar yang luas, deko yang cantik dan versatile, di samping terdapat kepelbagaian kedai. Ia menggabungkan konsep ruang kerja dalam bandar yang berinovasi dengan kafe, kedai, koleksi hobi, persembahan pentas serta pameran seni. Bangunan yang menempatkan gerai diperbuat daripada kontena, kayu dan besi serta  menggabungkan elemen barangan antik dengan koleksi filem Star Wars. Persembahan live band setiap malam dari Khamis hingga Ahad. Terdapat ruang berhawa dingin, zon merokok dan tidak merokok selain bilik khas untuk majlis keraian. Jangan lupa memesan Chicken Chop, Grilled Lamb Loin serta pasta seafood marinara.

> Dibuka 12 tengah hari hingga 12  malam Isnin-Jumaat dan 9 pagi-12 malam (Sabtu dan Ahad).

> 841, Jalan Hulu Kelang, Hillview, Ampang 68000, Selangor

Tapak Urban Street Dining, Kuala Lumpur

Lokasinya strategik – 500 meter atau tidak sampai 10 minit berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas. Anda juga boleh mengunjungi premis ini dengan menaiki LRT dan turun di Stesen KLCC. Menghimpunkan sekumpulan food truck dengan ruang terbuka di tengah untuk pelanggan bertemu dan menjamu selera menu masakan Asia, Timur Tengah dan Barat selain Mexico. Nikmati Churros dan Taco Dendeng iaitu juadah Mexico dengan sentuhan Melayu. Sambil menikmati juadah, pemuzik jalanan (buskers) mendendangkan lagu sekaligus suasana ini memberi pengalaman berbeza dan kelainan berbanding makan di restoran dan medan selera di sekitar ibu negara.

> Dibuka setiap hari – 6 petang hingga 12 tengah malam.

> 2 Persiaran Hampshire, Hampshire Park, Off Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Lepaking, Kuala Lumpur

Berkonsepkan kontena hipster dua tingkat dengan ruang terbuka. Terdapat 15 gerai  menawarkan menu masakan Melayu, Thai, Arab dan Barat dengan hidangan panas dan sejuk serta  dessert. Hirup minuman dalam kole besar atau ‘tower’ manakala bahagian makanannya agak besar. Antara menu popular – Ayo Fried Chicken dan Mixed Grill. Ada skrin besar untuk menonton perlawanan bolasepak dan sukan popular lain.  Persembahan band/buskers di tingkat 2 setiap malam. Terdapat lot gunting rambut, membaiki telefon bimbit, spa dan bilik VIP. Ruang solat disediakan.

> Dibuka 5 petang hingga 3 pagi setiap hari.

> Lot 8099 Batu 3 ½, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur

The Billboard KL, Kuala Lumpur

Nama kafe ini diambil  sempena lokasinya yang betul-betul di bawah papan iklan di tepi Lebuhraya Damansara Puchong berdekatan Bilik Pameran Honda Sungai Penchala. Terdapat tempat parkir yang banyak dan meja untuk sehingga 200 orang, ruang tertutup dan terbuka dengan deko nostalgia silam, sesuai untuk seisi keluarga dan tempahan majlis. Ramai yang gemar makan dan lepak di sini kerana makanannya enak serta suasana persekitaran yang mesra. Pelbagai menu disediakan – steak, pasta, burger, lamb shank, nasi goreng, menu sampingan, kek dan pai pada harga berpatutan. Anda boleh memesan Mr Beef Builder dengan himpunan beberapa jenis stek dalam satu dulang besar untuk hidangan 3 atau 4 orang.

> Dibuka 5 petang hingga 2 pagi setiap hari dengan persembahan live band pada Khamis hingga Ahad.

> Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Faktor Kerosakan Penyaman Udara Kereta

Penyaman udara dalam kereta memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan pemandu dan penumpang. Walau bagaimanapun, pengabaian terhadap fungsi penyaman udara boleh membawa kepada kerosakan...

Kenderaan Autonomi Generasi Baharu

Perkembangan teknologi semasa telah mendorong pengeluar kenderaan membangunkan pelbagai sistem baharu sebagai langkah menginovasikan industri automotif. Penciptaan kereta autonomi adalah antara pembaharuan pengeluar yang...

Warisan Loyang : Instrumen Persuratan

SPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih...

Destinasi Pelancongan Pulau Yang Menarik

Pulau-pulau di Malaysia kini menjadi tumpuan pelancong dan merupakan destinasi percutian utama kerana keindahan kawasan yang cantik dan mempesonakan. Setelah puas terperuk akibat pandemik...

Fleet SPANCO Mencecah 13,000 Kenderaan

SPANCO memulakan operasi pada Januari 1994 dengan 2,200 buah kenderaan. Setelah 27 tahun berlalu, Julai 2020 melakar sejarah baharu apabila fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!