Utama Servis Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal: Latar Belakang dan Sejarah

Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal: Latar Belakang dan Sejarah

SATU pasukan iaitu Unit Kawalan Senggaraan ditubuhkan sebaik sahaja SPANCO memulakan operasi untuk mengambilalih pengurusan fleet Kerajaan Malaysia pada 1994 dan terus berkembang seiring peningkatan saiz fleet sekaligus menjadi antara jabatan paling penting di SPANCO serta menjadi tulang belakang kepada pengurusan fleet.

Seiring dengan pembukaan Pusat Servis Wilayah yang baharu di Batu Caves, Selangor pada 2005, unit tersebut dinaiktaraf menjadi Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal sehingga kini dan menjadi antara jabatan di bawah Bahagian Khidmat Selepas Jualan SPANCO.

Jabatan dengan 17 kakitangan pakar itu diterajui oleh seorang pakar teknikal yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang automotif iaitu Hebat Azali Mat Jalid selaku Ketua Kawalan Senggaraan dan Pusat Servis Diiktiraf.

Selaras matlamat menyediakan khidmat berkesan dan berkualiti dalam servis serta pembaikan kenderaan, jabatan itu memantau perkhidmatan Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Bangi serta semua Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh Malaysia supaya sentiasa mematuhi tanda aras, mempunyai liputan yang meluas dan mudah dikunjungi serta menyediakan servis yang ramah, mesra lagi cekap.

Semua kriteria itu perlu ada bagi memastikan kehendak dan kepuasan pelanggan dapat dipenuhi sejajar dengan perjanjian tahap servis yang dipersetujui oleh SPANCO dengan Kerajaan Malaysia.

Fungsi Jabatan

  • Menaungi Unit Audit Fleet dan Pusat Servis Diiktiraf serta Unit Kawalan Senggaraan dan Teknikal.
  • Unit Audit Fleet dan Pusat Servis Diiktiraf berperanan menilai serta mengaudit kualiti kerja PSD di seluruh negara, memastikan kenderaan disenggara mengikut kelulusan pembaikan serta bertanggungjawab menyediakan laporan prestasi fleet dan PSD.
  • Unit Kawalan Senggaraan dan Teknikal pula bertanggungjawab terhadap operasi harian meliputi Pusat Panggilan 24 jam, kelulusan kerja-kerja senggaraan dan pembaikan yang dimohon serta pengurusan kenderaan kemalangan.
  • Menyelesaikan masalah teknikal pelanggan dan mengaturkan bantuan jika terdapat sebarang kerosakan.
  • Menyediakan Pusat Panggilan 1-800-88-6999 yang beroperasi 24/7 yang disokong oleh rangkaian khidmat trak tunda di seluruh negara.
  • Memastikan sistem teknologi maklumat sentiasa dipertingkatkan dan menggabungkan pelbagai modul perkhidmatan pengurusan fleet yang berintegrasi sepenuhnya.
  • Memberi lebih kemudahan kepada pelanggan menghubungi SPANCO untuk mendapatkan bantuan dengan menyediakan Aplikasi Mobil SPANCO dan Portal Fleet Online.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

Mengimbau Sejarah CSR SPANCO

Melunaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) merupakan antara objektif teras SPANCO sejak ditubuhkan. Berikut serba sedikit inisiatif yang dilaksanakan: Ogos 1997 Menganjurkan seminar...

Panduan Servis Berjadual dan Pembaikan

Servis berjadual adalah rutin yang amat penting bagi mengekalkan prestasi kereta berada pada tahap terbaik. Mengabaikan penyenggaraan akan mengakibatkan kerosakan yang lebih serius berlaku...

Inisiatif Budaya Hijau SPANCO Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

Setiap individu dan organisasi perlu mempunyai komitmen untuk menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar. SPANCO tidak terkecuali untuk terpanggil dan melaksanakan tanggungjawab korporat menerusi...

Aplikasi Mobil SPANCO: Fungsi Ditambah, Dinaiktaraf

Seiring perkembangan teknologi, SPANCO pada Januari 2017 melancarkan Aplikasi Mobil SPANCO dari Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk iOS. Menerusi aplikasi...

Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

Putrajaya sememangnya tidak asing lagi kerana statusnya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Putrajaya juga merupakan antara pusat pelancongan yang menarik untuk...