Utama Santai 10 Lokasi Berbasikal Popular di Malaysia

10 Lokasi Berbasikal Popular di Malaysia

Jauh perjalanan, luas pemandangan sekaligus riadah berbasikal adalah antara cara terbaik untuk mengenali sesuatu tempat – pemandangan alam, makanan istimewa mahupun ole-ole untuk dibawa pulang. Jika gemarkan cabaran, anda boleh mencuba trek yang jarang atau belum pernah dilalui oleh penunggang lain.

Putrajaya

Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang merupakan sebuah bandar pintar dalam taman. Ia umpama sebuah oasis yang dipenuhi dengan laluan basikal, tempat hijau dan pemandangan di tepi tasik serta lain-lain landskap menarik.

Sorotan: Masjid Putra, Jambatan Putra dan Tasik Putrajaya.

Hulu Langat, Selangor

Dengan melakukan perjalanan kira-kira sejam dari Kuala Lumpur, anda akan menemui bukit-bukau, sungai dan air terjun di kawasan perkampungan. Aktivis berbasikal gemar ke Hulu Langat kerana jalannya yang agak lengang dan persekitaran desa yang nyaman serta tenang.

Sorotan: Nasi Ambeng, Air Terjun Gabai, penempatan Orang Asli dan rumah tradisional Melayu.

Bandaraya Kuala Lumpur

Terdapat taman awam, zon pelancongan dan bangunan bersejarah di ibu negara. Pada hujung minggu pertama dan ketiga setiap bulan, sila sertai program KL Pagi Bebas Kenderaan di mana jalan raya akan dikhaskan untuk penunggang basikal, pelari dan pengunjung yang ingin bersiar-siar seawal jam 7 pagi hingga 9 pagi.

Sorotan: Bangunan warisan, Menara KL, Menara Berkembar Petronas, Dataran Merdeka serta taman rekreasi.

Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Lalui pengalaman berbasikal di sepanjang pesisiran pantai yang meriah dengan deretan resort dan restoran. Berbasikal ke Batu Ferringhi membawa anda menyusuri jalan yang berliku sambil dapat menikmati suasana tepi laut yang indah dan hening.

Sorotan: Pemandangan pantai, resort dan aktiviti pantai.

Genting Sempah, Selangor-Pahang

Banjaran gunung menjadi latar laluan di Genting Sempah, sebuah tempat persinggahan di sempadan Selangor dan Pahang yang popular di kalangan aktvis berbasikal. Anda boleh ke Genting Highlands dan ke Janda Baik dari sini untuk menikmati kedamaian alamnya.

Sorotan: Berdekatan Genting Highlands dan pemandangan di pergunungan.

Kuala Sangga dan Kuala Sepetang, Perak

Kuala Sangga, sebuah perkampungan nelayan terpencil terletak 30 minit perjalanan bot dari Kuala Sepetang. Kuala Sepetang dinamakan sempena tempoh ‘satu petang’ yang diperlukan untuk sampai dengan mengayuh basikal dari Taiping. Di kedua-dua kampung ini, anda dapat menyaksikan sendiri budaya dan kehidupan nelayan tempatan.

Sorotan: Kilang kayu arang, pembinaan bot, makanan laut dan memerhatikan burung helang serta kunang-kunang.

Gunung Jerai, Kedah

Sekiranya mahu berbasikal yang mencabar, berkayuh ke Gunung Jerai. Ia adalah pendakian 12km ke puncak! Suasana sejuk dan nyaman menanti anda di sana.

Sorotan: Puncak tertinggi di Kedah, kaya dengan cerita rakyat, Taman Rekreasi Titi Hayun dan Air Terjun Alor Naga.

Pasir Belanda, Kelantan

Suasana santai Pasir Belanda di pinggir Kota Bahru, menjadi permulaan yang ideal untuk mempelajari adat budaya masyarakat Kelantan. Anda dapat bertemu dengan pembuat layang-layang, patung wayang kulit, penenun songket dan bahkan kilang yang menghasilkan keropok ikan dan serunding.

Sorotan: Interaksi dengan penduduk tempatan, resort di kampung dan perusahaan tradisional.

Simpang Arang, Johor

Penunggang basikal yang gemar berinstagram  atau mahukan kelainan tentu menggemari Kampung Simpang Arang dekat Gelang Patah. Anda boleh menyaksikan perusahaan kayu arang tradisional dan melalui pengalaman meneroka sebuah perkampungan Orang Asli berdekatan.

Sorotan: Industri pembuatan arang kayu tradisional dan masyarakat perkampungan Orang Asli.

Kiulu, Sabah

Desa Kiulu sangat indah dan permai, memberikan inspirasi kepada pengunjungnya. Berbasikal ke sini memerlukan anda merentas empat jambatan gantung serta menokok pengalaman dengan adat budaya tempatan dan meneroka suasana desa perkampungan di Borneo.

Sorotan: Jambatan gantung, perkampungan pinggir sungai kaum Dusun dan pengalaman menoreh getah.

Artikel sebelum iniMedan Selera Hipster
Artikel seterusnyaVOLVO S90 T5 & XC90 T5

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

Kekalkan Prestasi Enjin Kereta Pada Kecekapan Tinggi

Enjin umpama jantung kenderaan yang perlu beroperasi dengan baik, justeru perlu dijaga dan diperiksa dengan kerap untuk memastikan ia berjalan lancar. Pemeriksaan umum boleh dilakukan...

Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal: Latar Belakang dan Sejarah

SATU pasukan iaitu Unit Kawalan Senggaraan ditubuhkan sebaik sahaja SPANCO memulakan operasi untuk mengambilalih pengurusan fleet Kerajaan Malaysia pada 1994 dan terus berkembang seiring...

Julang Negaraku Malaysia ke Podium Global

Merealisasikan aspirasi merdeka dengan menyumbang mengikut cara dan kemampuan sendiri bagi meletakkan nama baik Negara di persada kecemerlangan. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa...

VOLVO S90 T5 & XC90 T5

Syarikat Volvo memperkenalkan enjin petrol T5 terbaharu dalam keluarga model 90 terbesarnya iaitu S90, V90 dan XC90 berikutan langkah jenama Sweden itu untuk mengalihkan...

10 Lokasi Berbasikal Popular di Malaysia

Jauh perjalanan, luas pemandangan sekaligus riadah berbasikal adalah antara cara terbaik untuk mengenali sesuatu tempat – pemandangan alam, makanan istimewa mahupun ole-ole untuk dibawa...