Telematik Pantau Fleet Guna GPS

Teknologi telematik membantu mengoptimumkan penggunaan kenderaan dan meningkatkan keselamatan pemandu serta penumpang.

Telematik adalah kaedah pemantauan kenderaan menggunakan GPS dan sistem diagnostik yang terbina di dalam bagi merekodkan pergerakan melalui peta digital berkomputer.

Bayangkan sebuah komputer yang sangat pintar di dalam kenderaan anda dan melaporkan hampir setiap perincian dari kelajuan dan tempoh kenderaan berhenti sehingga kepada penggunaan bahan api, serta pelbagai lagi. Maklumat ini boleh menjimatkan kos penyelenggaraan melalui pemantauan yang lebih baik ke atas kenderaan. Ia juga mampu  meningkatkan kecekapan bahan api dengan mempelajari tabiat pemandu secara lebih berkesan. Semua ini terangkum dalam bidang telematik atau juga disebut penjejakan fleet melalui GPS.

Telematik dilahirkan daripada tiga penemuan teknologi era 1960-an iaitu Internet, GPS serta komunikasi ‘mesin-ke-mesin’ (M2M) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan ketenteraan Amerika Syarikat.

Menggabungkan telekomunikasi dan pemprosesan maklumat, telematik kemudian digunakan untuk merujuk kepada automasi dalam kenderaan. Komunikasi keselamatan tanpa wayar, navigasi GPS, telefon bimbit berintegrasi dan sistem bantuan memandu automatik adalah komponen yang merangkumi sistem telematik.

Bagaimana Telematik Berfungsi

Untuk mengesan sesebuah kenderaan, maklumat daripada kenderaan tersebut direkodkan melalui peranti kecil telematik. Kad SIM dan modem pada peranti membolehkan komunikasi melalui rangkaian selular.

Sejumlah besar data dikumpulkan melalui peranti telematik atau sensor lain yang berkaitan seperti maklumat kedudukan, kelajuan, jarak dilalui, waktu perjalanan dan rehat kenderaan, gaya pemberhentian serta pemanduan yang kasar. Ia turut merangkumi pemakaian tali pinggang keledar, tahap penggunaan bahan api, kerosakan kenderaan, voltan bateri dan data enjin yang lain.

Data ini boleh diakses dari mana-mana komputer atau peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Dengan menggunakan perisian telematik, pengguna dapat melihat dan mengeksport laporan serta memperoleh kelebihan dari segi pengurusan kenderaan seperti pemantauan had laju atau kereta yang terlepas jadual penyenggaraan.

Seiring perkembangan teknologi, telematik berpindah dari sistem tertutup kepada platform terbuka. Sistem telematik platform terbuka mampu diintegrasikan dengan pelbagai jenis aksesori peralatan, perisian dan aplikasi mudah alih lain untuk memberikan maklumat tambahan berguna dalam operasi fleet.

Masa Depan Telematik dan Pemantauan Fleet

Perkembangan telematik dengan lebih meluas pada masa hadapan, tidak dapat dibayangkan. Sama ada memandu kenderaan peribadi atau menguruskan fleet, berkomunikasi dengan kenderaan secara dalam talian kini mampu dilakukan menerusi telematik.

Bidang inovasi yang menarik berkaitan telematik termasuk analisis data besar (big data), ramalan trafik, penanda aras prestasi dan perancangan untuk bandar pintar.

Sistem pengesanan GPS akan menjadi lebih berintegrasi dengan sistem operasi lain dan terus maju selaras teknologi M2M yang semakin berkembang. Kemunculan Internet Kebendaan (IoT), membolehkan gabungan telematik dengan teknologi bandar dan komuniti pintar mampu direalisasikan, adalah contoh hebat evolusi pesat yang akan berlaku.

Manfaat Telematik

Telematik menjadi teknologi penting dalam mengawal selia operasi fleet dengan menyokong lima aspek teras ini:

  • Produktiviti dan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik menerusi pengesanan GPS dalam masa nyata, laporan perjalanan serta perkhidmatan menghantar dan menjadualkan laluan kenderaan.
  • Keselamatan menerusi latihan pemandu di atas jalan secara jarak jauh, laporan risiko dan tingkah laku pemandu, pemakluman kejadian kemalangan yang boleh direkod dan dimainkan semula, serta keupayaan mengesan kenderaan yang dicuri.
  • Penyenggaraan kenderaan yang optimum dengan kemampuan penyenggaraan cegahan dan diagnostik jarak jauh serta pengurusan bahan api yang lebih baik dengan mengamati tabiat enjin melahu (kereta tidak bergerak) dan pembaziran lain.
  • Pematuhan terhadap syarat ditetapkan pihak berkuasa untuk pemeriksaan kenderaan serta rekod waktu perjalanan secara elektronik selain tempoh beroperasi.
  • Integrasi sistem perisian lain seperti teknologi kamera yang terbina di dalam atau perisian CRM (Pengurusan Hubungan Pelanggan).

Telematik dalam industri insurans juga semakin popular. Data keselamatan dikongsi syarikat insurans fleet dengan matlamat menurunkan premium di mana tabiat pemanduan yang selamat boleh dibuktikan. Pada asasnya, telematik membantu syarikat insurans menentukan tahap risiko dengan lebih berkesan.

Keupayaan meningkatkan keselamatan kenderaan juga semakin popular dengan mengintegrasikan sensor pengenalan di dalam kenderaan. Ini membolehkan pengendali fleet mengesahkan identiti pemandu sebelum dapat menghidup enjin.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!