Utama Mekanika Cara Menukar Tayar Pancit

Cara Menukar Tayar Pancit

Jika tayar kereta pancit atau bocor ketika sedang memandu,  anda perlu bertenang  –  kawal stereng dengan kemas dan brek perlahan-lahan. Pandu kereta ke tepi  jalan raya pada jarak yang selamat dari pergerakan lalu lintas. Ikuti panduan langkah demi langkah berikut untuk menukar tayar yang pancit.

01 – Cari kawasan yang selamat, rata dan stabil. Ini untuk mengelakkan badan kereta  tidak menggelongsor dan dapat ditampung serta dijongketkan oleh alat tuas.

02 – Bagi tujuan memberi amaran kepada pemandu kenderaan lain, hidupkan lampu kecemasan supaya mereka dapat melihat anda dari jauh. Kemudian letakkan ‘Amaran Segi Tiga’ lebih kurang 10 meter dari kenderaan anda.

03 – Keluarkan tayar simpanan dari bonet belakang  dengan membuka skru yang menguncinya menggunakan spanar.

04 – Letakkan alat tuas di bawah kereta pada kedudukan sisi berhampiran  tayar pancit yang akan ditukar. Pastikan alat tuas masuk ke tulang kereta  menyelusuri  lurah yang tersedia.

05 – Jika tayar yang pancit itu dilengkapi dengan penutup rim, gunakan penuil atau pemutar skru untuk mengumpilnya. Buka dengan berhati-hati supaya tidak merosakkan penutup rim.

06 – Sebelum menjongketkan kereta, longgarkan semua nat pada rim tayar terlebih dahulu menggunakan spanar melawan arah jam, tetapi tidak perlu membuka sepenuhnya.

07 – Selepas nat dilonggarkan, jongketkan kereta anda menggunakan alat tuas dengan memusingkan pemutar mengikut arah jam.

08 – Selepas kereta diangkat ke paras secukupnya (tayar yang akan diganti tidak lagi mencecah permukaan jalan),  barulah buka semua nat sepenuhnya.

09 – Keluarkan tayar yang pancit dari gandar roda. Letakkannya di bawah kereta sebagai langkah keselamatan seandainya alat tuas terbalik atau gagal berfungsi. Pasang tayar simpanan dan ketatkan semua nat pada rim menggunakan tangan.

10 – Selepas alat tuas diturunkan, barulah ketatkan semula semua nat dengan kemas menggunakan spanar.

11 – Jangan lupa untuk menyimpan semula set peralatan ke dalam kereta. Kemudian pandulah ke kedai tayar berdekatan dan baiki tayar yang bocor itu.

Bagi menghindarkan sebarang kesulitan apabila menghadapi situasi tayar pancit, sila periksa tekanan angin tayar simpanan terutama sebelum perjalanan jarak jauh supaya tayar itu sedia untuk digunakan jika diperlukan.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

Budaya Kualiti dan Amalan Penambahbaikan Berterusan

Ruangan Perspektif kali ini memberi fokus mengenai pengukuhan budaya kualiti serta amalan penambahbaikan secara berterusan di SPANCO. Untuk itu, Encik Irwan Iskandar Haji Ismail,...

MaaS hubungkan semua sumber pengangkutan masa depan

TEKNOLOGI tidak akan terhenti sebaliknya terus berkembang menerusi inovasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) mahupun penambahbaikan dalam segenap aspek. Ketika mana perkhidmatan menerusi pelbagai aplikasi...

Penjagaan Sistem Brek

Pemanduan yang agresif seperti memecut dan membrek secara mengejut selain kerap terperangkap dalam kesesakan jalan raya adalah antara faktor yang mempercepatkan kehausan brek, demikian...

Imbasan 2019

Berikut adalah imbasan peristiwa yang berlaku sepanjang 2019. Februari 2019 – 10 perantis jalani Program SLDN Perantis program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) memulakan latihan praktikal...

Fleet Online Berwajah Baharu

Portal Fleet Online SPANCO sebagai kemudahan yang membolehkan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan memantau serta menguruskan kereta konsesi secara dalam talian, telah dikemaskini pada...