Utama Berita Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD 2018

Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD 2018

LIMA Pusat Servis Diiktiraf (PSD) dari lima wilayah dikalungkan Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD 2018 sebagai mengiktiraf serta menghargai sumbangan dan peranannya terhadap pelanggan dan penjagaan kenderaan milikan SPANCO.

PSD yang merangkul anugerah tahunan itu ialah Proton Edar Sibu bagi Zon Sarawak dengan markah keseluruhan 87%, Proton Edar Kota Kinabalu Inanam (Zon Sabah – 90%), Proton Edar Kota Bharu (Zon Pantai Timur – 90%), Wakil Servis Sah Proton Edar, Telecekap Sdn Bhd dari Seremban 2, Negeri Sembilan (Zon Selatan – 90%) serta Sam Soon Automobile Services dari Alor Setar, Kedah (Zon Utara – 90%).

Pemenang Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD 2018 diraikan pada majlis makan malam di Kuala Lumpur pada 22 Mac 2019 dan majlis penyampaian pada 23 Mac disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif, Encik Peter Lim.

Semua calon anugerah sebelum itu perlu melalui proses penilaian yang ketat iaitu Pelaksanaan Audit PSD & VOC/CSI dan Pengumpulan Data Penilai sebelum diserahkan kepada panel penilai untuk memilih pemenang.

Pemenang dipilih berdasarkan Penilaian Tahap Kepuasan Pelanggan (markah 80%) serta Penilaian Bengkel Berdasarkan Konsep 4M (Man, Machine, Method, Material)(markah 20%). Bagaimanapun 5% markah bulanan akan ditolak bagi setiap aduan diterima daripada pelanggan.

Sepanjang tempoh pertandingan, Pegawai Jabatan Audit SPANCO melakukan lawatan ke PSD bagi menilai tahap keupayaan pusat servis itu dari segi fasiliti & kemudahan asas, peralatan dimiliki, keterampilan serta layanan pekerja, selain pematuhan prosedur & etika kerja dan kondisi ruang kerja.

Namun, kelayakan sesebuah PSD terbatal sekiranya pihak Audit SPANCO menemui isu-isu ketidakpatuhan mengikut kelulusan kerja yang diluluskan oleh SPANCO.

PSD yang meraih markah keseluruhan lebih 90% menerima penghargaan berupa cenderahati serta sijil perkhidmatan cemerlang dari SPANCO.

Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD dianjurkan oleh SPANCO sejak tahun 2016.

Zon Utara: Mr Teoh Kling @ Ah Leong, Sam Soon Automobile Services

Zon Selatan: En Ridzuan Dato’ Hamzah, Wakil Servis Sah Proton Edar – Telecekap Sdn Bhd

Zon Pantai Timur: En Nor Azman Bin Zakaria, Proton Edar Kota Bharu

Zon Sabah: Wakil kepada Puan Theresa Simin, Proton Edar KK Inanam

Zon Sarawak: En Mohd Seli, Proton Edar Sibu

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

Mengimbau Sejarah CSR SPANCO

Melunaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) merupakan antara objektif teras SPANCO sejak ditubuhkan. Berikut serba sedikit inisiatif yang dilaksanakan: Ogos 1997 Menganjurkan seminar...

Panduan Servis Berjadual dan Pembaikan

Servis berjadual adalah rutin yang amat penting bagi mengekalkan prestasi kereta berada pada tahap terbaik. Mengabaikan penyenggaraan akan mengakibatkan kerosakan yang lebih serius berlaku...

Inisiatif Budaya Hijau SPANCO Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

Setiap individu dan organisasi perlu mempunyai komitmen untuk menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar. SPANCO tidak terkecuali untuk terpanggil dan melaksanakan tanggungjawab korporat menerusi...

Aplikasi Mobil SPANCO: Fungsi Ditambah, Dinaiktaraf

Seiring perkembangan teknologi, SPANCO pada Januari 2017 melancarkan Aplikasi Mobil SPANCO dari Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk iOS. Menerusi aplikasi...

Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

Putrajaya sememangnya tidak asing lagi kerana statusnya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Putrajaya juga merupakan antara pusat pelancongan yang menarik untuk...