Kemampuan SPANCO dalam Melaksanakan Perkhidmatan Pengurusan Fleet Kerajaan

SPANCO melaksanakan perkhidmatan pengurusan fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan sejak 1994 bersandarkan piawaian tertinggi demi memastikan kepuasan pelanggan. Ini merangkumi mutu servis, kecekapan mengurus fleet dan jaminan keselamatan pelanggan melalui kumpulan pekerja mahir di dua Pusat Servis Wilayah (PSW) serta lebih 200 Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO di seluruh negara.

Inilah matlamat utama SPANCO dalam mentransformasi pengurusan fleet kenderaan sekali gus meringankan beban Kerajaan Persekutuan.

Menerusi pengambilalihan operasi fleet yang dipertanggungjawabkan kepada SPANCO, Kerajaan Persekutuan tidak lagi perlu menyediakan perbelanjaan yang besar bagi memperolehi sebuah fleet yang cekap, sistematik dan selamat.

Melaksanakan amanah dengan kombinasi pekerja mahir, sistem berteknologi tinggi serta infrastruktur canggih, telah membolehkan SPANCO menerajui pengurusan fleet terbesar di Malaysia dengan jayanya.

Keupayaan SPANCO yang telah menguruskan lebih 35,000 unit kenderaan terkumpul secara keseluruhan sejak 1994 sehingga kini turut diperakukan pelbagai organisasi piawaian tempatan serta antarabangsa menerusi anugerah dan pengiktirafan yang diraih.

Bermula dengan 2,200 unit kenderaan, SPANCO ketika ini menguruskan lebih 12,000 kenderaan untuk Kerajaan Persekutuan. Sepanjang tempoh tersebut, SPANCO telah membina kepakaran dan pengalaman yang tiada tolok bandingnya.

Dua cabaran utama Kerajaan sebelum pengambilalihan fleet oleh SPANCO ialah kos senggaraan tidak terkawal dan kekangan kewangan.

Model pelaksanaan SPANCO adalah dengan menetapkan kos pembiayaan dan kos senggaraan pada kadar tertentu sepanjang tempoh pajakan kenderaan.

Kemampuan dan keupayaan dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan fleet terbaik dalam kelasnya adalah berpandukan kepada empat faktor utama yang unik dan hanya dimiliki oleh SPANCO.

Pembaikan dan Penyenggaraan Tanpa Had

Pertama, kerja-kerja baik pulih, penyenggaraan dan perkhidmatan sampingan lain yang dijalankan oleh SPANCO adalah tanpa had pada kos yang tetap. Ia disesuaikan khusus mengikut keperluan pelanggan bagi membolehkan tempoh maksimum kenderaan bersiap sedia untuk digunakan (98% tahap kenderaan boleh gerak), dicapai.

Ini memberikan ketenangan fikiran (peace of mind) sepenuhnya kepada pengguna.

Ia turut merangkumi servis cegahan yang menyeluruh, bertujuan untuk meminimumkan kerosakan dan kemalangan, mengurangkan gangguan terhadap jadual penggunaan kenderaan selain memastikan keselamatan pemandu dan penumpang.

Konsep pembaikan dan penyenggaraan tanpa had ini turut memindahkan semua risiko dan ketidaktentuan kos berlebihan, daripada Kerajaan kepada SPANCO.

Tiada Kos Tersembunyi

Kedua, SPANCO menggunakan mekanisme caj yang tidak ditawarkan oleh mana-mana penyedia perkhidmatan pengurusan fleet lain.

Struktur kos yang telus dengan tiada kos lebihan ini memastikan bahawa tiada caj tersembunyi dikenakan kepada Kerajaan.

Ia menghapuskan ketidaktentuan dan risiko kos berlebihan yang perlu ditanggung oleh Kerajaan.

FMIS Penuhi Keperluan Fleet

Seterusnya, faktor ketiga yang unik kepada SPANCO adalah Sistem Maklumat Pengurusan Fleet (Fleet Management Information System – FMIS) yang dimilikinya. Sistem teknologi maklumat yang hak ciptanya dimiliki sepenuhnya oleh SPANCO ini dibangunkan oleh tenaga tempatan khusus untuk memenuhi keperluan fleet Kerajaan Malaysia.

FMIS disifatkan sebagai sistem maklumat bersepadu kelas dunia yang dibina sendiri secara dalaman oleh pasukan SPANCO hasil pengalaman yang ditimba sepanjang menguruskan fleet Kerajaan.

Secara keseluruhan, FMIS menyatukan maklumat pentadbiran dan operasi fleet, servis, kawalan penyenggaraan, insurans, pengurusan saman dengan ciri-ciri tambahan yang lain.

Di samping itu, bagi kemudahan pengguna untuk membuat temu janji servis dan melaporkan kerosakan kenderaan, SPANCO turut membangunkan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun daripada Google Play dan Apple App Store.

Kemampuan Tenaga Kerja Teknikal dan Rangkaian Perkhidmatan yang Komprehensif

Keupayaan tenaga kerja teknikal serta rangkaian perkhidmatan komprehensif meliputi dua PSW di Batu Caves dan Bangi serta lebih 200 PSD di seluruh negara adalah faktor unik keempat yang dimiliki SPANCO.

Ia membuktikan komitmen jangka panjang SPANCO dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada Kerajaan tanpa kompromi.

Kemampuan SPANCO dalam mengurus fleet dan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dizahirkan menerusi pelbagai inisiatif, pelaksanaan prosedur serta penerapan sistem yang berpiawaian tinggi membolehkan sebuah fleet yang cekap, sistematik serta selamat disediakan.

Kesimpulan

Pengalaman lebih 25 tahun dalam menyediakan penyelesaian pengurusan fleet yang eksklusif kepada Kerajaan Persekutuan merupakan satu testimoni unik kepada SPANCO yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana organisasi lain.

Bersandarkan keyakinan Kerajaan selama lebih 25 tahun ini, SPANCO seterusnya bersedia menggalas amanah serta tanggungjawab yang lebih mencabar untuk tahun-tahun mendatang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!