Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD 2018

LIMA Pusat Servis Diiktiraf (PSD) dari lima wilayah dikalungkan Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD 2018 sebagai mengiktiraf serta menghargai sumbangan dan peranannya terhadap pelanggan dan penjagaan kenderaan milikan SPANCO.

PSD yang merangkul anugerah tahunan itu ialah Proton Edar Sibu bagi Zon Sarawak dengan markah keseluruhan 87%, Proton Edar Kota Kinabalu Inanam (Zon Sabah – 90%), Proton Edar Kota Bharu (Zon Pantai Timur – 90%), Wakil Servis Sah Proton Edar, Telecekap Sdn Bhd dari Seremban 2, Negeri Sembilan (Zon Selatan – 90%) serta Sam Soon Automobile Services dari Alor Setar, Kedah (Zon Utara – 90%).

Pemenang Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD 2018 diraikan pada majlis makan malam di Kuala Lumpur pada 22 Mac 2019 dan majlis penyampaian pada 23 Mac disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif, Encik Peter Lim.

Semua calon anugerah sebelum itu perlu melalui proses penilaian yang ketat iaitu Pelaksanaan Audit PSD & VOC/CSI dan Pengumpulan Data Penilai sebelum diserahkan kepada panel penilai untuk memilih pemenang.

Pemenang dipilih berdasarkan Penilaian Tahap Kepuasan Pelanggan (markah 80%) serta Penilaian Bengkel Berdasarkan Konsep 4M (Man, Machine, Method, Material)(markah 20%). Bagaimanapun 5% markah bulanan akan ditolak bagi setiap aduan diterima daripada pelanggan.

Sepanjang tempoh pertandingan, Pegawai Jabatan Audit SPANCO melakukan lawatan ke PSD bagi menilai tahap keupayaan pusat servis itu dari segi fasiliti & kemudahan asas, peralatan dimiliki, keterampilan serta layanan pekerja, selain pematuhan prosedur & etika kerja dan kondisi ruang kerja.

Namun, kelayakan sesebuah PSD terbatal sekiranya pihak Audit SPANCO menemui isu-isu ketidakpatuhan mengikut kelulusan kerja yang diluluskan oleh SPANCO.

PSD yang meraih markah keseluruhan lebih 90% menerima penghargaan berupa cenderahati serta sijil perkhidmatan cemerlang dari SPANCO.

Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD dianjurkan oleh SPANCO sejak tahun 2016.

Zon Utara: Mr Teoh Kling @ Ah Leong, Sam Soon Automobile Services
Zon Selatan: En Ridzuan Dato’ Hamzah, Wakil Servis Sah Proton Edar – Telecekap Sdn Bhd
Zon Pantai Timur: En Nor Azman Bin Zakaria, Proton Edar Kota Bharu
Zon Sabah: Wakil kepada Puan Theresa Simin, Proton Edar KK Inanam
Zon Sarawak: En Mohd Seli, Proton Edar Sibu

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!