7 Manfaat Menakjubkan Berpuasa

Ramadan adalah bulan bagi umat Islam melunaskan ibadah puasa. Untuk tempoh lebih kurang 12 jam, seluruh anggota tubuh kita dilarang daripada melakukan sesuatu yang membatalkan atau mengurangkan pahala puasa. Berpuasa bukan sekadar satu kewajipan ke atas umat Islam malah menjanjikan manfaat dan hikmah untuk kesihatan tubuh, emosi mahupun rohaniah.  Berikut adalah tujuh manfaat dan hikmat berpuasa.

Menurunkan Berat Badan

Berpuasa mampu menurunkan berat badan. Beberapa kajian membuktikan hal ini termasuk pada  2015 apabila kajian oleh pakar pemakanan klinikal terkemuka, Dr. Josh Axe memperakukan bahawa berpuasa mampu menurunkan berat badan hingga 7%  dan membakar kira-kira 5.4 kilogram.

Pihak University of Southern California turut melakukan kajian terhadap sampel 71 orang dewasa. Mereka diminta berpuasa selama 5 hari dengan mengambil makanan berkalori sebanyak 750-1,100 kalori sehari. Hasil mendapati, mereka berjaya menurunkan berat badan kira-kira 2.7 kilogram.

Regenerasi Sel Punca Usus

Satu kajian Massachusetts Institute of Technology (MIT) menunjukkan, berpuasa dapat meningkatkan penghasilan sel punca usus yang lazimnya kehilangan kemampuan regenerasi seiring peningkatan usia. Sel ini memungkinkan lahirnya sel-sel usus baharu dan memperbaiki usus apabila terjadi jangkitan.

Eksperimen dilakukan pada tikus yang tidak diberi makan. Setelah diamati, saat tikus itu ‘berpuasa’,  sel mulai memecah asid lemak daripada glukosa.

“Kajian ini membuktikan, berpuasa mendorong perubahan metabolisme pada sel punca usus dengan menukar karbohidrat menjadi pembakar lemak,” kata David Sabatini, penulis, penyelidik kanan dan profesor biologi MIT.

Meningkatkan Fungsi Otak

Berpuasa terbukti meningkatkan fungsi otak dan mendorong produksi protein dikenali sebagai Brain-derived neurotrophic factor (BDNF) yang mengaktifkan sel punca otak untuk mengubah neuron baharu dan zat kimia lain yang menyihatkan saraf. BDNF juga membantu melindungi sel otak daripada perubahan yang berkaitan dengan alzheimer dan parkinson.

Cegah Jerawat

Berpuasa mendorong keadaan positif kepada kesihatan kulit. Individu yang berjerawat dapat mengurangi atau mencegah munculnya jerawat jika berpuasa secara rutin.

Berpuasa mampu mendetoksifikasi tubuh iaitu proses pembersihan diri dari pelbagai toksin dalam tubuh. Detoksifikasi baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Menormalkan Sensitiviti Insulin

Terlalu banyak mengambil karbohidrat dan gula menyebabkan insulin menjadi resisten sekaligus mendorong penyakit kronik termasuk diabetes Jenis 2. Berpuasa adalah antara cara terbaik untuk memulihkan semula sensitiviti insulin dalam tubuh.

Kajian Dr. Axe yang diterbitkan dalam World Journal of Diabetes menunjukkan, berpuasa pada orang dewasa yang menderita diabetes Jenis 2 mampu menurunkan kadar gula dalam darah.

Awet Muda

Hal ini sebenarnya belum terbukti pada manusia. Tetapi penyelidikan terhadap tikus menunjukkan, berpuasa berkaitan dengan melambatkan proses penuaan. Pada hasil kajian lain, sekumpulan tikus yang ‘berpuasa’ mampu hidup lebih lama berbanding yang ‘tidak berpuasa’.

Turunkan Kadar Gula Darah dan Kolesterol

Berpuasa mendorong seseorang mengawal makan berlebihan dan melatih hidup lebih sihat. Ketika  berpuasa, berlaku peningkatan HDL (kolesterol baik) dan penurunnan LDL (kolesterol jahat). Adanya kolesterol baik dapat meningkatkan kesihatan jantung dan pembuluh darah.

Berpuasa juga menurunkan kadar gula dalam darah. Bagi penderita diabetes Jenis 2, berpuasa dapat membawa manfaat, asalkan dirancang dengan baik disertai nasihat doktor.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!