6 Homestay villa untuk Percutian Musim Raya

Seruan takbir yang berkumandang di corong radio dan televisyen menjelang 1 Syawal pastinya menggamit perantau untuk pulang bersama keluarga ke kampung halaman. Namun, ada dalam kalangan kita yang mengambil kesempatan cuti umum sempena Aidilfitri ini untuk bercuti atau makan angin di destinasi menarik.

Kini berlaku kemunculan homestay yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan bagi memenuhi konsep percutian santai untuk sekeluarga atau keluarga besar termasuk sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

Sekiranya anda tidak pernah tinggal di homestay sebelum ini, mungkin sudah tiba masanya untuk anda pertimbangkan pilihan ini untuk sambutan hari raya kali ini.

The Dusun (Negeri Sembilan)

The Dusun  adalah rumah tamu (guest house)  yang diperbuat daripada kayu dengan gabungan rekaan moden dan  tradisional yang menampilkan sentuhan unik dan semula jadi. The Dusun Negeri Sembilan juga dilingkungi panorama hutan hujan tropika yang cukup indah dan menenangkan.

Harganya, serendah RM450 dan maksimum RM1,100 untuk satu malam. Pakej dan diskaun ditawarkan untuk penginapan lebih semalaman.

GPS: 2.800893, 102.015211

Chengal Hill Retreat (Janda Baik)

Keunikan Chengal Hill Retreat ini memang tidak dapat disangkal lagi kerana rata-rata tahu melalui tular.  Kawasan ini bertemakan suasana kampung dan pinggir hutan yang mendamaikan. Sangat sesuai untuk bercuti sempena musim perayaan selain lokasi berbulan madu, perkhemahan dan menganjurkan hari keluarga. Harga ditawarkan RM250 untuk dua orang hingga RM900 untuk sembilan orang semalaman bergantung jenis chalet yang disewa.

GPS: 3.306662, 101.87649

The Panoramic Seaview Cottage (Georgetown, Pulau Pinang)

Jika teringinkan percutian yang tidak pernah anda impikan maka Panoramic Seaview Cottage di Georgetown, Pulau Pinang mungkin adalah tempatnya.

Ruang tamu dikelilingi oleh tingkap kaca 180° tinggi yang menghadap laut.  Reka bentuk dalaman premis juga cantik dengan siling tinggi, dan lengkap dengan dapur.

Apartmen dupleks mewah ini boleh memuatkan tujuh tetamu, dengan kos setiap malam antara RM260 hingga RM330.

GPS: 5.466497, 100.274508

Agrofarmstay @ Skill-Tech (Durian Tunggal, Melaka)

Ini adalah tempat bercuti pencinta alam. Ia terletak di ladang yang dikelilingi ladang getah dan kelapa sawit, teratai berwarna-warni di dalam kolam yang tenang serta  dusun buah-buahan.

Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan seperti berenang, berjoging, berkayak, barbeku, karaoke, memancing, membelai haiwan dan banyak lagi.

Harga bermula daripada RM88 semalaman (bilik tidur berkembar) hingga RM1,090 setiap malam. (vila sembilan bilik).

GPS: 2.343383, 102.330548

Masbro Village Boutique Homestay (Melaka)

Terletak kira-kira 7 kilometer dari Air Keroh, Melaka, Masbro Village Boutique Homestay menawarkan tempat tinggal dengan seni bina unik.  Setiap rumah segi tiga di sini dilengkapi dengan dapur  kolam renang luaran untuk kedua-dua orang dewasa dan kanak-kanak.

Homestay ini dapat menampung sehingga enam tetamu setiap rumah, dengan harga  bermula  RM280 setiap malam.

GPS: 2.287561, 102.213187

RumahKebun (Hulu Langat, Selangor)

Terletak berhampiran Sungai Semungkis,  dan hanya beberapa kilometer jauhnya dari Kuala Lumpur, RumahKebun adalah lokasi percutian yang ideal untuk keluarga dan teman rapat.

Dengan empat bilik tidur dan 11 katil, ia boleh menampung sehingga 16 orang. Terdapat juga kolam air terjun yang mengalir dari punca air mata air semula jadi.

Harga bermula dari RM1,500 setiap malam.

GPS: 3.12508, 101.82325

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!