2 PSW Sedia Perkhidmatan Shuttle

Pusat Servis Wilayah (PSW) Batu Caves dan Bangi mewujudkan perkhidmatan shuttle sebagai khidmat tambahan khusus untuk pelanggan SPANCO. Inisiatif itu mula diperkenalkan pada Jun 2018.

Perkhidmatan bertujuan untuk memudahkan pelanggan yang menghantar kereta ke pusat servis dan tidak berhajat menunggu sebaliknya mahu pulang ke pejabat untuk meneruskan tugas. Begitu juga sebaliknya, bagi pelanggan yang mahu mengambil semula kereta dari pusat servis yang telah siap disenggarakan atau dibaiki.

Bagi PSW Batu Caves, ada tiga lokasi perkhidmatan shuttle disediakan iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh dengan jadual perjalanan pada jam 8.30 pagi, 10.30 pagi dan 3.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Di PSW Bangi, ada lima lokasi yang melibatkan Hospital Putrajaya, Hospital Kajang, Hospital Serdang, Kementerian/Jabatan bagi laluan Presint 2-5 di Putrajaya dan Kementerian/Jabatan bagi Parcel A-E serta laluan Presint 1, Putrajaya.

Susulan sambutan yang menggalakkan, jadual perjalanan untuk perkhidmatan shuttle di PSW Bangi ditambah bermula pada tahun 2019 iaitu jam 8.30 pagi, 10.30 pagi, 12.30 tengah hari dan 3.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.

Sistem Perkhidmatan Kiosk (QMS eKiosk)

Sistem Perkhidmatan Kiosk atau QMS eKiosk adalah sistem angka giliran yang turut menyediakan modul maklum balas pelanggan secara atas talian.

Bagi mempercepatkan lagi tempoh servis kereta disiapkan, QMS eKiosk disediakan di PSW Batu Caves dan PSW Bangi bermula November 2015. QMS eKiosk melalui beberapa peringkat penambahbaikan sejak dilancarkan dan akan terus diperbaharui dan dipertingkatkan pada masa akan datang.

Setiap pelanggan akan menggunakan eKiosk untuk mendapatkan angka giliran perkhidmatan. Selepas menerima semula kereta yang siap diservis atau dibaiki,  pelanggan boleh memberi penilaian kakitangan servis khususnya Penasihat Servis SPANCO.

Bagi mengoptimumkan lagi perkhidmatan yang disediakan untuk pelanggan, fungsi QMS eKiosk disusun dan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

  • Pelanggan yang membuat temu janji.
  • Pelanggan ‘walk-in’ dan kenderaan yang mengalami kemalangan.
  • Pelanggan yang mengambil kereta.

Manfaat QMS eKiosk kepada pelanggan:

  • Mempercepatkan masa menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan.
  • Angka giliran diberi kepada pelanggan secara automatik mengikut keutamaan kes berpandukan nombor pendaftaran kereta yang disemak oleh sistem.
  • Menyediakan saluran secara atas talian dan dalam masa sebenar untuk pelanggan memberi maklum balas terhadap tahap perkhidmatan yang diterima. Ini membantu SPANCO memastikan piawaian kualiti dipatuhi.

Inisiatif lain di PSW

Papan Pemberitahuan Status dan Pemberitahuan Kemajuan Kerja  untuk memaparkan status terkini kenderaan pelanggan yang disenggara atau dibaiki. Inisiatif ini dilancarkan di PSW Batu Caves dan Bangi pada November 2016.

Sementara itu, Fast Lane Service dan MPV Fastlane bertujuan memastikan kenderaan pelanggan kembali di jalan raya secepat mungkin, dilancarkan pada Januari 2017.

Aplikasi Mobil SPANCO pula boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play dan App Store yang dilancarkan pada Januari 2017. Ia menyediakan perkhidmatan di hujung jari pelanggan untuk mendapatkan bantuan servis kerosakan dari mana-mana lokasi di Malaysia, dengan hanya menekan beberapa klik pada aplikasi.

Peranti mudah alih mula digunakan oleh penasihat servis pada Oktober 2017 bagi melancarkan lagi tugasan di PSW melalui lembaran kerja elektronik dan modul perantaraan yang dihubungkan terus kepada Sistem Maklumat Pengurusan Fleet, FMIS.

SPANCO turut menyediakan Televisyen Paparan Berganda (Multiview TV) bagi memaparkan maklumat dalam bentuk video dan teks sebagai makluman atau panduan pelanggan sambil menonton siaran di kaca TV.  Makluman pada sudut kecil skrin TV itu tidak mengganggu siaran yang sedang dipertontonkan. Kemudahan ini dilancarkan di PSW Batu Caves dan Bangi pada Februari 2018.

Menambah jumlah kereta gantian sementara atau kereta tunggu sedia kepada 56 unit bermula 2019 bertujuan memberi lebih kemudahan kepada pelanggan sekiranya tempoh penyenggaraan atau pembaikan melebihi tempoh ditetapkan dalam Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA).

Sementara itu, memperbaharui sijil pengiktirafan ISO dilakukan dari masa ke semasa. PSW Batu Caves dan Bangi memperoleh pensijilan ISO 9001:2008 dalam bidang ‘Penyelenggaraan dan Servis Fleet Kenderaan’ dan dipertingkatkan kepada ISO 9001:2015 pada 2017.

PSW Batu Caves dan Bangi turut menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma kepada penjawat awam sempena musim perayaan setiap tahun. Bagi Sambutan Aidilfitri tahun ini, program pemeriksaan dan Hari Bersama Pelanggan itu akan dilaksanakan dari 28 Mei hingga 1 Jun.

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!