Masalah Mental Boleh Membahayakan Pemanduan

Kita pernah dikejutkan dengan kes pemandu yang memandu melawan arus dan memandu pada kelajuan tinggi. Hanya golongan bermasalah mental yang sanggup berbuat demikian tanpa menghiraukan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya lain. Pembuli jalan raya juga dikategorikan sebagai pesakit mental dan ianya semakin meruncing di negara kita. Hasil tinjauan mendapati 20 dari 100 pengguna jalan raya di negara ini berhadapan dengan masalah mental dan jumlah ini meningkat setiap tahun.

Kepenatan serta persekitaran yang tidak kondusif juga antara penyebab ramai di kalangan pemandu kenderaan di negara ini sering terjejas kewarasan dan pertimbangan. Personaliti yang kasar, sikap tidak sabar dan menjadikan jalan raya sebagai tempat melepaskan tekanan antara faktor yang menjadikan pemandu memandu dengan agresif.

Masyarakat perlu sedar tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental terutamanya apabila memandu di jalan raya. Apabila seseorang itu sukar menyesuaikan diri menangani tekanan, ia boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan boleh menyebabkan beliau bertindak di luar kawalan.

Malah, ramai di kalangan masyarakat yang mengalami sakit berkaitan mental namun sering mengabaikannya. Mereka juga tidak tahu bahawa diri mereka sakit dan jika tidak dirawat ianya boleh menular menjadi lebih serius seperti penyakit ‘schizophrenia’. Schizophrenia merupakan penyakit kecelaruan mental berpunca daripada tekanan hidup dan kemurungan berpanjangan.

Antara faktor penyumbang terjadinya penyakit mental

Faktor keturunan – Mereka yang mempunyai genetik atau ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental adalah berisiko lebih tinggi berbanding yang tiada sejarah penyakit ini.

Gangguan bahan kimia dalam otak – Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai ‘neurotransmitter’ tidak berfungsi dengan baik, gejala penyakit mental akan muncul. Contoh:

  • Schizophrenia iaitu penghasilan dopamin secara berlebihan.
  • Kemurungan di mana paras serotonin terlalu rendah.
  • Mania yang mana paras serotonin meningkat  secara melampau.
  • Kebimbangan apabila terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin.

Jangkitan virus – Menurut kajian terdapat penyakit mental disebabkan oleh jangkitan virus.

Sejarah hidup – Sebagai contoh, proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibubapa semasa kecil, atau mengalami cabaran hidup yang sukar.

Keadaan sosioekonomi yang rendah – faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

Jenis-Jenis penyakit mental

Secara umumnya ia boleh dibahagi kepada tiga kumpulan utama:

Neurosis

Ia dikaitkan dengan gangguan dalam pemikiran, perasan dan kelakuan tetapi tidak menjejaskan kewarasan mereka. Mereka sedar  keadaan kesihatan mereka yang mengakibatkan fungsi dan pergerakan harian mereka mungkin sedikit terganggu. Contoh: kemurungan dan kebimbangan.

Psikosis

Terdapat perubahan dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku serta kewarasan pesakit. Mereka akan merasa keliru dan berhalusinasi. Mereka juga mengalami delusi seperti percaya ada orang yang ingin menganiaya mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang tersebut. Mereka akan bercakap perkara-perkara mengarut, bercakap seorang diri, ketawa atau marah tanpa sebab.

Kecelaruan Personaliti

Mereka ini mempunyai kecacatan perwatakan dan masalah ini boleh memberi kesan buruk kepada perhubungan dengan orang sekeliling

Dapatkan Rawatan

Penyakit mental yang ringan boleh diubati. Terdapat ubat-ubatan berkesan dalam merawatnya dan yang penting ia harus diambil secara konsisten.

Pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan cara kerja dan pemulihan psiko-sosial adalah antara rawatan yang boleh diambil.

Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota terlatih dalam memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Untuk kes-kes yang rumit akan dirujuk kepada pakar psikiatri.

Rujukan dari: www.myhealth.gov.my

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!