Kereta Tamat Pajakan Harus Dipulangkan Dalam Keadaan Sempurna

Penting dan harus diingat bahawa Kereta Tamat Pajakan harus dipulangkan kepada SPANCO dalam keadaan sempurna dengan segala peralatan di dalamnya berada dalam keadaan baik dan seperti yang direkodkan. Pemulangan kereta yang tidak sempurna boleh mengganggu kelancaran urusan penyerahan kereta baharu bagi program penggantian.

Pelanggan perlu memberi kerjasama dengan mematuhi setiap peraturan yang telah digariskan oleh Perbendaharaan Malaysia dan SPANCO bagi melicinkan urusan pemulangan dan penggantian kereta. Sila rujuk Perkara 16, di dalam buku kecil ‘Panduan Penggunaan Kereta Rasmi’ yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan seperti di bawah:

16. Pemulangan Kereta ke SPANCO

(i) Kereta Rasmi hendaklah dipulangkan kepada SPANCO apabila:

  • pengguna bersara/meninggalkan perkhidmatan/gugur jawatan;
  • pengguna bertukar ke Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan; atau
  • atas permintaan Perbendaharaan untuk tujuan pembelian Kereta Rasmi ketika bersara oleh pegawai lain.

(ii) Semasa pemulangan, perkara-perkara berikut perlu dikembalikan dengan sempurna:

  • set kunci kereta/sistem alat penggera pertama;
  • set kunci kereta/sistem alat penggera pendua;
  • aksesori sedia ada (sila rujuk Borang Pemeriksaan Kenderaan bagi senarai aksesori yang dibekalkan); dan
  • set ‘tool box’ yang lengkap.

(iii) Pengguna dinasihatkan untuk terus memulangkan Kereta Rasmi sebaik sahaja bersara/meninggalkan perkhidmatan/bertukar ke Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan kerana sekiranya tidak dipulangkan dan berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas Kereta Rasmi berkenaan, ia akan dipertanggungjawabkan kepada pengguna.

Masalah yang kerap berlaku ketika pelanggan memulangkan kereta

  • Kunci pendua tidak dipulangkan
  • Tayar ditukar dengan jenis atau jenama lain.
  • Aksesori tidak lengkap seperti set peralatan SD mikro untuk GPS, radio, tempat duduk dan stereng hilang atau telah ditukar.
  • Buku Manual, set pembuka tayar, kit segi tiga keselamatan dan pencucuh api rokok hilang.
  • Kecacatan badan atau mengalami kemalangan yang tidak dilaporkan.
  • Bagi kemalangan yang tidak dimaklumkan, pelanggan dikehendaki membuat laporan polis supaya tuntutan insurans boleh dilakukan.

Untuk pengetahuan, sejumlah 3,100 unit  kereta dalam fleet Kerajaan Persekutuan terbabit di dalam program penggantian sepanjang 2018 manakala 3,022 unit lagi dijangka pada 2019.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!