Masalah Sukar Memandu Pada Waktu Malam

Silau, kabur dan rabun adalah antara masalah-masalah yang sering dihadapi pemandu yang memandu pada waktu malam. Ia memberi impak negatif kepada keupayaan pemanduan dan boleh mendatangkan bahaya. Mengapa ia terjadi? Terdapat banyak faktor mengapa penglihatan anda lemah semasa memandu pada waktu malam. Berikut adalah beberapa sebab yang memungkinkan perkara ini.

Mata Letih

Mata yang penat juga boleh memberi kesan sukar untuk memberi tumpuan kepada jalan raya. Ada yang lebih teruk apabila tidak dapat membezakan antara cahaya terang lampu jalan raya dan lampu kenderaan. Mata letih disebabkan oleh masalah silau, memandu untuk jangka masa yang lama atau memandu pada lewat malam.

Malah, cahaya dari skrin di papan pemuka atau panel meter juga boleh menyebabkan silau dan membuatkan mata pemandu cepat letih. Terdapat kereta yang boleh mengurangkan kadar keterangan lampu panel meter agar mata pemandu tidak penat memandu pada waktu malam.

Katarak

Katarak biasanya terjadi berikutan faktor usia apabila protein pada kanta terkumpul dan perlahan-lahan menjadikan kanta keruh dan berkabut sehingga cahaya tidak dapat menembusinya dan mengurangkan ketajaman objek yang dilihat.

Masalah katarak boleh diselesaikan dengan melakukan pembedahan menggantikan kanta ‘intraocular’ yang dapat memperbaiki penglihatan. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga adalah risiko utama perkembangan katarak. Selalulah memakai kaca mata  gelap apabila berada di bawah matahari untuk membantu mengelakkan masalah ini.

Retinopati

Masalah biasa yang dihidapi oleh penghidap kencing manis kerana kandungan gula yang tinggi di dalam pembuluh darah dan saraf dalam mata, menjadikan retina rosak. Tanda-tanda awal adalah penglihatan menjadi lemah dan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan sesuatu keadaan cahaya terang dan gelap. Mengawal kadar gula dalam darah boleh membantu menstabilkan kondisi ini dan mengelakkan ia menjadi bertambah buruk. Dapatkan nasihat pakar mata untuk mengatasi masalah ini.

Silau

Silau adalah disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus oleh permukaan kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja lalu membentuk imej yang kurang jelas. Ia boleh berlaku kepada semua peringkat usia.  Selain melihat imej yang kurang jelas, mata juga merasa perit, sakit kepala, mata berair, pandangan berlapis, imej dekat dan jauh menjadi kabur dan anda akan sensitif kepada cahaya. Masalah silau boleh diselesaikan dengan menggunakan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan kornea. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan ujian mata oleh pakar mata secepat mungkin.

Makanan berkhasiat boleh membantu kesihatan mata anda

Mata memerlukan antioksidan yang cukup untuk melindungi retina, kanta, makula dan lain-lain bahagian di dalam mata daripada diserang radikal bebas. Vitamin A dan zat zinc paling baik untuk kesihatan mata.

  • Lobak mengandungi vitamin A untuk membantu mengekalkan kesihatan kornea dan melindungi sel mata dan keseluruhan sel.
  • Bayam juga mengandungi vitamin A, ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’ yang diperlukan untuk mata sihat.
  • Minyak ikan sangat baik untuk mata yang kering. Kandungan asid lemak omega-3 membantu menganjalkan otot-otot di sekitar mata. Sumber terbaik adalah ikan Salmon.

Adalah disarankan agar anda mendapatkan nasihat pakar jika anda prihatin terhadap kesihatan mata anda. Kebanyakan pakar mata akan mengesyorkan agar anda membuat pemeriksaan mata yang komprehensif setiap satu hingga dua tahun bergantung kepada usia anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!