Gunakan Alat Ganti Tulen Demi Keselamatan Anda dan Penumpang

Apabila menghantar kereta untuk diservis atau dibaiki, mungkin terdapat pusat servis yang menggunakan alat ganti yang tidak tulen.

Bagaimanapun, penggunaan alat ganti yang tidak tulen adalah berisiko dan tidak disarankan sama sekali atas pelbagai sebab. Berikut disenaraikan faktor-faktor penting mengapa alat ganti yang tulen perlu digunakan bagi servis dan pembaikan kereta anda.

Keselamatan

alat ganti tulen dibuat mengikut piawaian pengeluar kenderaan bagi memberikan perlindungan di samping mematuhi undang-undang kawalan keselamatan kenderaan. Penggunaan alat ganti yang tidak menepati spesifikasi bukan sahaja melupuskan jaminan pengeluar malah boleh menyebabkan kerosakan dan kecederaan.

Kualiti

alat ganti tulen telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan yang sama seperti kereta, bermula dari peringkat ia direka sehinggakan kepada bahan yang digunakan untuk membuatnya.

Zon remuk

komponen tulen seperti hud dan bampar direka dengan zon remuk yang boleh menyerap kesan hentaman bagi menjauhkan impak pelanggaran dari pemandu mahupun penumpang.

Tahan lama

alat ganti tulen tidak cepat rosak berbanding dengan yang tiruan dan prestasinya terbukti lebih konsisten bagi tempoh yang lama. Penggunaan komponen tulen sebenarnya lebih menjimatkan untuk jangka masa panjang kerana anda tidak perlu kerap menggantikannya.

Keupayaan struktur

setiap komponen sekecil mana sekalipun menyumbang kepada kekuatan struktur kenderaan secara keseluruhan. Bahagian yang walaupun nampak remeh seperti cermin hadapan, cermin tingkap dan pintu sebenarnya menyokong keutuhan kenderaan semasa kemalangan. Tahap perlindungan yang disediakan alat ganti tulen terhadap struktur kenderaan telah diuji di peringkat pembikinan.

Adalah menjadi tanggungjawab pusat servis untuk memastikan setiap kereta dikembalikan dalam keadaan baik setelah diservis ataupun dibaiki. Justeru semasa mengambil kereta anda, periksa dan pastikan kerja-kerja pembaikan disiapkan dengan sempurna serta alat ganti yang digunakan adalah tulen.

Anda disarankan untuk membuat aduan melalui Aplikasi Mobil SPANCO atau Pusat Panggilan 1-800-88-6999 jika anda dapati kerja-kerja penyenggaraan atau pembaikan yang dilakukan oleh mana-mana Pusat Servis Diiktiraf (PSD) adalah tidak memuaskan, kurang berkualiti atau tidak menggunakan alat ganti yang tulen.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!