Menu-Menu Viral di Ampang

Di sebalik realiti kesesakan jalan-jalan di Ampang dan kepadatan kediaman kawasan di pinggir Kuala Lumpur itu sebenarnya turut menjadi tumpuan warga kota menikmati pelbagai makanan yang sedap-sedap.

Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan berikut sekiranya ada berkunjung ke Ampang atau anda memang warga Ampang.

Burger Bakar Abang Burn

Jika anda peminat burger, inilah tempatnya menikmati makanan western itu dengan keju yang meleleh. Dijual pada harga serendah RM7.90, burger Abang Burn ternyata menggamit anda untuk datang lagi. Premis ini turut terdapat hidangan lain yang enak-enak yang ditawarkan oleh lebih 10 gerai lain seperti cendawan goreng rangup.

Lokasi: Jalan Ampang Putra, Taman Nirwana, Kuala Lumpur.

Nasi Kak Wok Cikgu Sue

Ringkas tapi sedap – nikmati Nasi Kak Wok iaitu nasi panas yang dihidangkan bersama ketulan kecil ayam goreng garing dan disiram gulai kari yang sedap. Menu nasi dari Kota Bharu ini dijual bersama pelbagai jenis kuih-muih seperti akok, pulut pagi, kuih cara, nasi himpit dan satay.

Lokasi: Jalan Kolam Air Lama, Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang.

 

 

Restoran Q Thai Village Steamboat

Tidak cukup sekali, tetapi anda akan datang lagi berkali-kali selepas kali pertama merasa hidangan steamboat dan grill di restoran ini. Hidangkan makanan laut yang segar menjadi faktor pelanggan tidak putus-putus ke restoran ini. Cuba hirup sup tomyam – hidangan istimewa wajib dicuba di restoran ini. Selain steamboat dan grill, cubalah nasi gorengnya!

Lokasi: No 22, Jalan Dagang B/3A Taman Dagang, Ampang, Selangor.

Kafe Insta-friendly

Premis ini menawarkan menu yang cukup menarik. Sambil menikmati menu hidangan utama seperti pasta dan burger, pelanggan boleh menghirup pelbagai jenis dan perisa milkshake. Jangan lupa memesan segelas Darth Vader Oreo Shake – antara milkshake yang cukup popular ini!

Lokasi: The Garage, No. 841, Jalan Hulu Kelang, Hillview

Donut Panas Ampang

Kalau tidak gebu, sedap dan menyelerakan itu maka itu bukan Donut Panas Ampang! Premis itu menjual donut gebu saiz gergasi dan donut pelbagai perasa tambahan lain hanya RM1.50 sebiji. Datang awal jika anda tidak mahu beratur panjang.

Lokasi: Berhadapan Klinik Maamur, Kampung Tasik Tambahan, Ampang Jaya.

Wak Popia Sri Watan

Sebut saja Wak Popia Sri Watan maka premis itu sudah sinonim dengan popia basah kegemaran ramai walaupun intinya ringkas sahaja – sengkuang dan timun. Lantaran sangat laris, pastikan anda datang awal atau terpaksa mungkin pulang tangan kosong.

Lokasi: Jalan 2 Taman Putra, Ampang, Selangor.

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!