Pembaharuan dan Pencapaian SPANCO 25 Tahun

SPANCO telah beroperasi lebih 25 tahun dan berjaya menguruskan fleet Kerajaan Persekutuan dengan cekap dan cemerlang melalui pelbagai inisiatif, pelaksanaan prosedur mahupun penerapan sistem yang berjaya meningkatkan kecekapan mahupun keberkesanan perkhidmatannya. Pembaharuan dan langkah meningkatkan tahap perkhidmatan serta memperkasakan kemahiran anggota pekerja adalah komitmen SPANCO yang dilakukan sepanjang masa dalam menyediakan fleet yang cekap, selamat serta selesa.

Berikut adalah wawancara Prihatin bersama Dato’ Hamzah Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO Sdn Bhd, mengenai pembaharuan dan pencapaian SPANCO sepanjang 25 tahun operasinya.

Boleh Dato’ ceritakan serba sedikit latar belakang pelaksanaan pengurusan fleet Kenderaan Kerajaan Persekutuan oleh SPANCO?

Pada tahun 1990-an, Kerajaan Persekutuan dibebani dengan fleet kenderaan yang kian usang dan kos penyenggaraan yang tinggi. Kekangan bajet dan kekurangan dari segi sumber kemahiran utama adalah faktor penyumbang masalah itu.

Merupakan konsep yang masih baharu ketika itu, SPANCO mencadangkan satu model pelaksanaan yang membolehkan Kerajaan Malaysia mendapatkan kepakaran daripada pihak ketiga untuk menguruskan fleetnya pada caj yang tetap bagi tempoh kitaran selama lima tahun.

Pada 1 Januari 1994, SPANCO mengambil alih pengurusan fleet kerajaan dan kami diberi tanggungjawab untuk membekal, menyenggara dan membaiki kereta-kereta saloon Kerajaan Persekutuan bagi tempoh selama 25 tahun.

Sepanjang tempoh itu, kami berjaya memperbaharui tahap perkhidmatan kami dari masa ke masa dengan membangun dan memanfaatkan sistem pengurusan fleet yang komprehensif serta berdaya maju.

Komprehensif

Mutu perkhidmatan SPANCO sentiasa diperbaiki dan dipertingkatkan dengan menumpukan kepada pembangunan modal insan, infrastruktur dan pengurusan khidmat pelanggan, di samping memantau prestasi rangkaian Pusat Servis Diiktiraf (PSD) kami di seluruh negara.

Kelengkapan dan peralatan pusat servis sentiasa dinaiktaraf seiring perkembangan teknologi automotif. Peta taburan PSD pula dikaji dan disusun semula secara berkala mengikut keperluan pelanggan dan taburan populasi kenderaan konsesi.

SPANCO telah memindahkan operasi Pusat Servis Wilayah (PSW) dari Segambut ke Batu Caves pada 2005. PSW Bangi yang baharu bagi menggantikan cawangan di Puchong pula dibuka pada 2012 bagi memenuhi keperluan pelanggan di sekitar Putrajaya. Kemahiran mekanik dan juruteknik kami dipertingkatkan secara berkala melalui pelbagai program pembangunan kemahiran teknikal.

Diiktiraf

SPANCO juga telah memperolehi persijilan ISO 9001:2015 untuk Penyelenggaraan dan Servis Fleet Kenderaan. Ini adalah pengiktirafan piawaian antarabangsa berprestij untuk kedua-dua pusat servis utama kami.

Turut diraih ialah Anugerah BrandLaureate dalam kategori SMEs Chapter Awards 2010 for Corporate Branding – Best Brand in Logistic – Fleet Management Solutions.

SPANCO juga adalah ahli Persatuan Pengurusan Fleet Australasia (AfMA) yang menjadi rujukan piagam antarabangsa dan sebagai penanda aras perkhidmatan profesional kepada pelanggan.

Sistem Pengurusan Fleet Bersepadu

SPANCO juga telah melabur dalam membangunkan sendiri sistem maklumat pengurusan fleet (Fleet Management Information System — FMIS) dalam talian yang bersepadu untuk mengawal selia aspek fleet yang kompleks meliputi pengurusan maklumat kenderaan, pengurusan pengguna dan pemandu, pesanan dan penggantian kenderaan, kemalangan, pengurusan dan pelupusan kereta terpakai, rangkaian pusat servis yang diiktiraf, stok alat ganti dan pengurusan akaun.

SPANCO turut memperkenalkan aplikasi mudah alih sebagai satu khidmat nilai tambah kami bagi memudahkan lagi pelanggan mendapatkan perkhidmatan serta maklumat kenderaan mereka dengan lebih cekap dan pantas.

Apakah manfaat yang diperolehi Kerajaan Malaysia daripada perjanjian konsesi ini?

Pengambilalihan fleet oleh SPANCO telah berjaya mentransformasikan pengurusan kenderaan sekaligus meringankan beban kerajaan.

Kerajaan menikmati pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung yang disediakan SPANCO.

Kerajaan tidak perlu menyediakan perbelanjaan modal yang besar untuk perolehan fleet. Malah dengan caj yang tetap, kos penyenggaraan dapat dikawal secara berkesan dan kerajaan tidak perlu menanggung masalah kos berlebihan seperti kerap dialami sebelum itu.

Fleet sentiasa bersedia untuk digunakan

Kenderaan diganti setiap lima tahun bagi Kereta Jabatan (kenderaan yang diperuntukkan untuk kegunaan bersama sesebuah jabatan kerajaan) dan empat tahun bagi Kereta Rasmi Jawatan (kenderaan yang diperuntukkan khas mengikut kelayakan jawatan anggota pentadbiran kerajaan). Ini memastikan pegawai dan semua jabatan kerajaan dapat menggunakan kenderaan yang baharu dan diyakini prestasinya.

Paling utama, melalui sistem pengurusan fleet profesional yang dibangunkan oleh SPANCO, tahap ketersediaan fleet mencapai 98 peratus iaitu melebihi tahap yang dipersetujui di dalam perjanjian. Ini membolehkan pegawai dan kakitangan kerajaan menjalankan tugas dengan lebih fokus tanpa dibimbangi masalah kerosakan dan terkandas dalam perjalanan atau kemungkinan tiada kereta untuk digunakan.

Apakah keunikan SPANCO berbanding syarikat pengurusan kenderaan lain?

Model operasi kami melibatkan lima elemen teras iaitu pembekalan kenderaan, pentadbiran fleet, servis, kawalan penyenggaraan dan perkhidmatan insurans. Kelima-lima elemen ini telah berjaya dibangunkan dan berkembang menjadi satu perkhidmatan pengurusan fleet menyeluruh yang unik.

Dari sudut pembekalan, berbanding syarikat lain, SPANCO melaksanakan kitaran penggantian kenderaan yang ditetapkan terlebih dahulu iaitu empat hingga lima tahun.

Dari sudut pentadbiran fleet, perkhidmatan kami meliputi sistem pengurusan untuk kenderaan di seluruh negara, pengurusan pangkalan data, penetapan kos dan maklumat sejarah penyenggaraan kenderaan, pengurusan cukai jalan selain insurans.

Bagi menyokong dan melancarkan lagi pengurusan fleet, kami melaksanakan pelbagai program taklimat, kursus dan latihan untuk pemandu serta pengguna sebagai antara satu khidmat nilai tambah kami.

Servis Seluruh Negara

Untuk servis pula, kami menyediakan khidmat sokongan di seluruh negara untuk fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan. Servis ini merangkumi penyenggaraan cegahan berjadual, pengurusan stok alat ganti serta khidmat pemasangan dan pengubahsuaian mengikut tempahan pelanggan.

Sementara itu, Jabatan Kawalan Penyenggaraan SPANCO menyediakan Pusat Panggilan 24 jam serta perkhidmatan bantuan kemalangan dan kerosakan. Perkhidmatan insurans pula merangkumi pengurusan tuntutan dan litigasi.

Hari ini, SPANCO diiktiraf atas keupayaan yang tiada tandingnya dari segi operasi sokongan fleet yang melangkaui 12,000 unit kenderaan, yang dilaksanakan melalui rangkaian perkhidmatan kami terdiri daripada dua pusat servis utama yang dibantu lebih 200 PSD di seluruh negara.

Melalui caj yang tetap dan pakej perkhidmatan menyeluruh yang kami percaya tidak ditawarkan oleh mana-mana syarikat pesaing lain di negara ini, kami yakin SPANCO terus bersedia untuk menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan oleh Kerajaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!