Portal, Aplikasi, Pusat Panggilan Bantu Pelanggan

Portal Fleet Online, maklumat dalam masa sebenar

SPANCO dalam proses mempertingkatkan Portal Fleet Online untuk menjadikannya lebih mesra pelanggan. Antara ciri-ciri tambahan yang sedang dikemaskini adalah:

  • Halaman log masuk (login) Fleet Online yang diperbaharui.
  • Pemberitahuan segera secara mingguan kepada pengguna fleet bagi memaklumkan status kereta dan memudahkan pemantauan kenderaan mereka.
  • Menyerlahkan lagi reka bentuk portal supaya lebih ceria dan menarik.
  • Memaparkan carta saman pada sudut yang jelas supaya pegawai berkenaan boleh melihat status kemajuan saman masing-masing dengan lebih mudah.

Portal Fleet Online juga membolehkan pelanggan melihat maklumat terkini kenderaan masing-masing seperti status pembaikan, tarikh servis berikutnya, jumlah saman tertunggak, status pesanan dan tahap ketersediaan dalam masa sebenar. Segala maklumat boleh dicapai pada bila-bila masa secara terperinci atau disaring mengikut keperluan melalui pautan skrin ke skrin yang dihubungkan terus ke sumber.

Aplikasi Mobil SPANCO, lebih mudah di hujung jari

Dilancarkan pada Januari 2017, pelanggan boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Playstore dan App Store. Ia membolehkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dengan lebih pantas serta menikmati pelbagai faedah seperti mendapatkan bantuan kerosakan, mengetahui status terkini bantuan yang diminta, memohon temu janji servis dan mengemaskinikan profil mereka. Terkini,  pelanggan boleh membuat temu janji servis di Pusat Servis Proton Edar di seluruh negara melalui Aplikasi Mobil SPANCO.

Pusat Panggilan 1-800-88-6999

Talian bebas tol 24 jam ini boleh dihubungi pelanggan untuk mendapatkan bantuan kecemasan, perkhidmatan menunda kereta dan khidmat nasihat berkaitan kenderaan fleet mereka.

Carta Garis Masa Khidmat Pelanggan

Julai 2005

SPANCO Fleet Online dilancarkan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan menguruskan fleet secara dalam talian.

April 2009

Customer’s Dashboard dan Portal Fleet Online yang baharu diperkenalkan kepada pelanggan bagi mengetahui prestasi fleet mereka melalui Internet dalam masa sebenar.

Januari 2017

SPANCO Mobile App dilancarkan bagi membolehkan pengguna menikmati pelbagai faedah seperti mendapatkan bantuan kerosakan, mengetahui status terkini bantuan yang diminta, memohon temu janji servis dan mengemaskini profil  mereka.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!