‘Me time’, Waktu Tanpa Gajet, Elak Fikir Soal Kerja atau Masalah

Jadual harian semakin padat dari hari ke sehari sehingga akhirnya anda tiada masa untuk diri sendiri. Jadi, apakah yang dikatakan masa untuk diri sendiri? Ke gym, menonton wayang, minum di kopitiam, memancing atau merapi rambut dan kuku di salun kecantikan? Aktiviti tersebut mungkin benar tetapi untuk beberapa tahun dahulu dan bukan lagi sekarang!

Dalam konteks kita sebagai Muslim, maksud masa untuk diri sendiri antara lain ialah anda berehat, mendekatkan diri kepada Allah SWT serta bermuhasabah diri untuk kebaikan tanpa terlibat dalam sebarang aktiviti atau tugas. Setiap individu perlu masa untuk diri sendiri yang menggembirakan bukan membebankan.

Justeru, kenal pasti masa untuk diri atau popular dengan sebutan ‘Me Time’ dan bergembiralah apabila melakukannya secara berkala.

Bagaimana anda melakukannya? Mudah! Tutup pintu pejabat atau bilik tidur selama 30 minit, tinggalkan telefon anda di luar atau tutup seketika. Jangan libatkan diri dengan apa-apa tugas sebaliknya duduk tenang seketika.

‘Me Time’ memberi  banyak manfaat. Contohnya, memberi anda tumpuan yang lebih kepada situasi penting yang dihadapi. Fikiran turut menjadi lebih jelas dan lebih kreatif. ‘Me Time’ boleh menggunakan untuk bertindak balas terhadap matlamat yang telah ditetapkan untuk diri sendiri atau mengubahnya.

Anda boleh mencuba tip ini:

  • Bangun pagi 15 minit lebih awal dan duduk tenang sebelum memulakan sesuatu pada hari tersebut. Jangan hidupkan gajet atau peralatan elektronik seperti radio.
  • Kenal pasti cuaca yang menyenangkan kerana itulah detik terbaik sebagai ‘Me Time’.
  • Keluar rumah dan menghirup udara segar di bawah pancaran matahari pagi. Jalan di sekitar perjiranan atau di halaman rumah anda.
  • Masuk bilik tidur lebih awal dan anda boleh melakukan senaman pernafasan atau duduk di sisi tingkap dan menikmati panorama malam dengan kerlipan bintang dan cahaya bulan.
  • Kembali kepada alam dan lihat persekitaran hijau – pokok, bunga, tumbuhan, serangga dan hayati bunyi-bunyian serangga atau burung di sekitar.
  • Elakkan menghantar mesej atau menyemak e-mel atau memeriksa tugasan pejabat.
  • Pastinya sebagai seorang Muslim – amalkan wirid dan zikir, solat sunat dan membaca al-Quran untuk mendapatkan limpah rahmat, ketenangan serta kebahagiaan daripada Allah SWT jua.
  • Mudah bukan? Lakukan ‘Me Time’ dan anda akan dapat rasakan perbezaannya!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!