Proton X70 – Premium dan Termoden

TAMPIL memasuki pasaran dengan penuh bergaya serta memiliki pelbagai ciri premium dan termoden, Proton SUV pertama iaitu Proton X70 berjaya melakar rekod malah sejarah tersendiri. Model kereta Proton terkini dan terbaharu hasil kerjasama dengan syarikat Geely dari China itu mencatatkan pendaftaran SUV paling banyak di pasaran Malaysia pada bulan ia dilancarkan.

Proton X70 dilancarkan pada 12 Disember 2018 dan rekod itu berterusan sehingga masuk tahun baru 2019 apabila mencatatkan 2,777 unit telah didaftarkan pada Januari lalu.

Proton X7 ditawarkan dengan lima pilihan warna – putih, perak, kelabu, merah dan coklat. SUV ini ditawarkan dalam empat varian iaitu  standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD.

Ia dikuasakan dengan enjin yang sama bagi kesemua varian iaitu 1.8 liter turbo TGDi empat-silinder petrol dengan hamburan kuasa 181hp dan tork 285Nm dari 1,700 hingga 4,400rpm, bersama padanan kotak gear automatik enam-kelajuan dengan mod manual, dan boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 10.5 saat.

Dengan tawaran harga permulaan yang cukup menarik, Proton X7 dilengkapi ciri-ciri premium termasuk 6 beg udara pada keempat-empat varian SUV ini yang dimasukkan dalam Segmen C (kompak).

Dengan memperolehi rating 5 bintang melalui Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu Asia Tenggara (Asean NCAP), ini sekaligus melayakkan Proton X7 sebagai SUV yang berada kedudukan tertinggi bagi segmen SUV dalam aspek keselamatan penumpang. Proton X7 turut meraih penarafan kereta cekap tenaga EEV.

Antara ciri menarik Proton X70 ialah turut dilengkapi infotainment skrin sentuh 18 inci dengan kamera pandang belakang, dan 6 slot USB sebagai ciri standard pada semua varian.

Arahan suara (voice command) dinamakan Geely Smart Ecosystem (GKUI), dengan platform Android diberikan sebagai standard untuk semua varian X70 sekaligus merupakan ciri termoden pada SUV ini.

GKUI adalah Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu yang dibangunkan bersama oleh Geely dan PROTON.

Dengan ada GKUI, ia membolehkan pengguna menyebut beberapa ayat asas untuk melakukan operasi kereta seperti radio atas talian, muzik atas talian, navigasi, ramalan cuaca serta pengecaman suara.

Ciri standard lain pada Proton X70 ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Brek Pegun Automatik (ABH), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!