SPANCO Lahirkan Perantis Mahir

SEMUA industri dan perkhidmatan memerlukan kelompok tenaga kerja mahir untuk menggerakkan operasi bagi mendapatkan hasil kerja terbaik. Justeru,  SPANCO turut mengambil inisiatif membantu melahirkan bakat sumber manusia berketerampilan dalam bidang automatif untuk mencapai matlamat sama melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Sebagai sebuah syarikat SLDN yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), SPANCO menjalin kerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) untuk melaksanakan program SLDN bagi menawarkan Kursus Automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

Kerjasama SPANCO dan ILPKL melaksanakan SLDN adalah satu kaedah latihan bercorak perantisan (apprenticeship) yang diinspirasikan dari Jerman.

Melalui kerjasama itu, ILPKL menyediakan tempat latihan dan tenaga pengajar manakala SPANCO menyediakan latihan di tempat kerja serta tenaga pengajar berpengalaman daripada industri. Latihan meliputi 70 hingga 80 peratus di ILPKL  manakala selebihnya – 20 hingga 30 peratus di SPANCO.

Encik Zulfika Hamidon, Ketua Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran berkata,  program SLDN ini adalah yang kali pertama dianjurkan oleh SPANCO.

Kesungguhan

Beliau berkata, sepanjang tempoh pembelajaran iaitu peringkat teori  dan amali selama lima bulan di ILPKL, semua  10 perantis menunjukkan  kesungguhan, disiplin  dan kemampuan mereka sekaligus mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan.

Seterusnya bermula Februari 2019, semua perantis memulakan latihan praktikal di SPANCO – masing-masing lima di Pusat Servis Wilayah (PSW) Batu Caves  dan lima lagi di PSW Bangi selama tiga bulan di bawah bimbingan jurulatih yang diiktiraf JPK.

Katanya, bagi menyediakan diri sebelum menceburi dunia sebenar automotif, setiap dua minggu selama lima bulan di ILPKL, pasukan SPANCO membuat lawatan ke ILPKL bagi memberi motivasi dan khidmat nasihat kepada mereka. Ini bagi memastikan semangat mereka  berterusan dan sedia menempuh dunia industri sebenar nanti.

Seorang perantis yang ditemui, Muhammad Hilman Mohd Rosli, 19, dari Rawang, Selangor berkata, dia menyertai SLDN selepas mengetahui program itu daripada bapa saudaranya.

Dia mengambil  Kursus Automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.

“Yang menarik minat saya untuk menyertai program SLDN  kerana kursus ini mengambil jangka masa yang pendek. Selain itu, program SLDN turut menawarkan tawaran bekerja dengan SPANCO selama 2 tahun,” katanya.

Muhammad Hilman berkata, dia telah menyertai program ini sejak September 2018 dan dijangka  menamatkannya pada Jun 2019.

“Pengalaman saya setelah menjalani latihan praktikal di SPANCO ialah saya dapat menghadapi situasi sebenar berada dalam alam pekerjaan. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kakitangan SPANCO, fomen dan mekanik kerana mereka amat mesra dan bertoleransi. Pengalaman ini juga dapat mendisiplinkan saya dari segi masa, etika bekerja dan sebagainya,” katanya.

Pusat Servis Terbaik

Ditanya pendapatnya mengenai SPANCO, Muhammad Hilman berkata, ia adalah syarikat yang sangat berjaya dari segi perkhidmatan dan baik pulih kenderaan kerajaan. SPANCO juga satu pusat servis yang terbaik bagi membaik pulih kenderaan kerajaan.

Seorang lagi perantis, Muhammad Khairil Hazim Kosim, 19, dari Cheras, Kuala Lumpur yang terpilih mengikuti Kursus Automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 di bawah program SLDN mengetahuinya daripada Internet.

Katanya, selama  lima bulan (bermula September) di ILPKL,  dia telah menjalani pembelajaran secara teori dan amali. Sepanjang latihan, pihak penganjur iaitu SPANCO turut menyediakan buku dan menjalankan peperiksaan.

“Setelah tamat lima bulan di ILPKL, kini saya sambung praktikal di SPANCO Batu Caves. Di sini, saya dapat merasai situasi pekerjaan yang sebenar, malahan dapat menambah pengalaman dan pengetahuan dalam bidang automotif,” katanya yang turut tertarik dengan tawaran kerja di SPANCO selepas tamat kursus.

Dia berpendapat, syarikat SPANCO adalah  pusat servis yang terbaik dengan jaminan servis yang berkualiti dan meyakinkan di samping turut dikenali kerana menyediakan perkhidmatan khidmat tunda di seluruh Lembah Klang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!