Utama Santai 10 Lokasi Hiking Menarik Di KL/Selangor

10 Lokasi Hiking Menarik Di KL/Selangor

Anda kaki hiking? Bosan tiada aktiviti menarik hujung minggu ini.

Apa kata anda cuba mencabar kemampuan diri dengan mendaki beberapa bukit di kawasan berhampiran. Kata orang, bila tengok keindahan alam kadangkala kita boleh menenangkan fikiran dan melupakan masalah.

Kali ini Prihatin berkongsi beberapa lokasi hiking menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Bukit Tabur

Ini antara lokasi yang sering menjadi pilihan kaki hiking kerana anda boleh melihat Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) secara jelas dari puncak bukit tersebut. Bukit berketinggian 1,300 kaki ini juga dikenali sebagai Bukit Hangus.

Bukit Broga

Ingin berswafoto  berlatarbelakangkan pemandangan yang menarik? Jom ke Bukit Broga. Ini antara lokasi yang menjadi tumpuan penggemar fotografi. Tinggi Bukit Broga hanya 400 meter dan sesuai untuk mereka yang baharu berjinak-jinak dalam dunia hiking.

Bukit Gasing

Bagi yang baharu melibatkan diri dalam dunia hiking, anda digalakkan untuk mendaki di kawasan ini kerana laluannya agak mudah. Tarikan utama di sini, anda bakal menempuhi jambatan gantung yang merentasi sungai. Lokasinya hanya di Petaling Jaya dan tempoh pendakian dianggarkan kira-kira dua jam sahaja.

Bukit Kiara Park: Kuala Lumpur

Selain hiking lokasi ini juga sesuai untuk mereka yang ingin berbasikal, motosikal lasak atau menunggang kuda. Laluannya tidak mencabar malah hanya memerlukan kira-kira satu jam untuk sampai ke puncak.

Lata Medang: Kuala Kubu Bharu

Selepas hiking, boleh mandi air terjun. Menarik kan? Tapi ingat, anda perlu berhati-hati kerana laluan di sini agak licin. Bagi yang tidak pernah ke sana, anda digalakkan untuk pergi bersama rakan yang pernah sampai di lokasi tersebut. Laluan  yang  mencabar malah jika tersilap anda boleh tersesat. Ha, bahaya tu. Tempoh pendakian dua hingga tiga jam sahaja.

Gunung Nuang: Hulu Langat, Selangor

Ingin mencabar diri? Apa kata anda ke sini kerana laluannya agak sukar malah memerlukan kira-kira empat hingga lima jam untuk ke puncak. Agak jauh tetapi amat berbaloi kerana lokasinya cantik dan mendamaikan. Malah terdapat dua tapak perkhemahan di sini – Kem Lolo dan Kem Pacat.

Bukit Jugra: Kuala Langat, Selangor

Terdapat pelbagai sejarah di sini antaranya Rumah Api di kawasan tersebut pernah dijadikan panduan pedagang ke pelabuhan. Bukit ini menghadap ke arah Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat.

Canopy Walk: FRIM Kepong

Lokasi ini sesuai untuk menghilangkan rasa gayat. Namun anda akan dikenakan bayaran mengikut laluan yang dipilih. Tempoh masa di antara 30 minit hingga satu jam. Juga terdapat air terjun di kawasan tersebut.

Air Terjun Chiling: Kuala Kubu Bharu

Hanya dengan membayar yuran pendaftaran serendah RM1, anda boleh melihat keindahan alam sekitar dan mandi-manda air terjun. Jika inginkan ‘privacy’ boleh ke bahagian atas kerana kebiasaannya ia kurang sesak.

Bukit Kutu: Selangor

Dahulu dikenali sebagai ‘Treacher’s Hill’ dengan ketinggian 3,456 kaki. Seawal perjalanan, anda akan menemui bekas tapak banglo yang telah runtuh. Lebih menarik sisa-sisa bangunan masih ada di kawasan tersebut. Nak tahu lebih lanjut mengenai banglo tersebut bolehlah ke sana dan rasai sendiri pengalamannya.

Ok, setakat ini perkongsian kali ini, pilih lokasi anda dan jangan lupa kongsi artikel ini.

Artikel sebelum iniElakkan Kegagalan Bateri
Artikel seterusnyaMenu-Menu Viral di Ampang

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

Kekalkan Prestasi Enjin Kereta Pada Kecekapan Tinggi

Enjin umpama jantung kenderaan yang perlu beroperasi dengan baik, justeru perlu dijaga dan diperiksa dengan kerap untuk memastikan ia berjalan lancar. Pemeriksaan umum boleh dilakukan...

Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal: Latar Belakang dan Sejarah

SATU pasukan iaitu Unit Kawalan Senggaraan ditubuhkan sebaik sahaja SPANCO memulakan operasi untuk mengambilalih pengurusan fleet Kerajaan Malaysia pada 1994 dan terus berkembang seiring...

Julang Negaraku Malaysia ke Podium Global

Merealisasikan aspirasi merdeka dengan menyumbang mengikut cara dan kemampuan sendiri bagi meletakkan nama baik Negara di persada kecemerlangan. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa...

VOLVO S90 T5 & XC90 T5

Syarikat Volvo memperkenalkan enjin petrol T5 terbaharu dalam keluarga model 90 terbesarnya iaitu S90, V90 dan XC90 berikutan langkah jenama Sweden itu untuk mengalihkan...

10 Lokasi Berbasikal Popular di Malaysia

Jauh perjalanan, luas pemandangan sekaligus riadah berbasikal adalah antara cara terbaik untuk mengenali sesuatu tempat – pemandangan alam, makanan istimewa mahupun ole-ole untuk dibawa...