Menu citarasa Malaysia di negeri orang

Menikmati menu halal kerap menjadi masalah setiap kali kita berada di luar negara. Jika tempoh di sana agak lama, ramai di antara kita mengambil jalan selamat dengan membawa bekalan makanan kegemaran dari Malaysia untuk keperluan sepanjang tempoh merantau itu.

Tetapi sebenarnya, anda tidak perlu cemas atau bimbang soal makan ini kerana ramai anak Malaysia yang membuka perniagaan makanan dan minuman (F&B) di luar negara.

Antara yang boleh anda kunjungi ialah:

Nasi ayam madu Paris   Restoran ini milik seorang wanita Malaysia yang menetap di di Drevail City, Paris dan popular kerana penangan nasi ayam madu Paris yang dijual mengikut tempahan. Jadi, kalau anda menuntut atau menetap di Paris, sila hubungi Puan Nurazimah Mohd Karim yang membuat tempahan dan penghantaran nasi ayam tersebut dari kediamannya ke Paris menerusi laman sosial miliknya.

Nasi lemak D’ Seoul Korea  Agak sukar mendapatkan menu yang serasi dengan kehendak selera kita apabila berada di Korea Selatan. Namun kini, Puan Sri Rahayu Baderi, menjadi penyelamat apabila menjual nasi lemak sepenuh masa di Seoul. Nasi lemak D’Seoul dibungkus kertas perang dan bermula dengan 30 bungkusan sehari, kini jualannya meningkat kepada lebih 400 bungkus sehari sekaligus membuktikan nasi lemak Puan Sri Rahayu turut menjadi kegemaran penduduk Seoul.

Laksa Sarawak di Melbourne  Jika anda ke Melbourne, Australia dan teringin makan laksa Sarawak, kunjungi premis Sarawak Kitchen untuk menikmati sajian dari Borneo itu. Di restoran itu, penggemar makanan Malaysia boleh menikmati lebih 70 jenis mi dan sup seperti mi kolo, mi sup Kampuna dan tentu sekali laksa Sarawak. Bagaimanapun menu itu tidak sesuai untuk Muslim kerana Sarawak Kitchen bukan pilihan makanan halal.

Nasi kerabu Tarmizee di Scotland  Nasi kerabu ayam madu yang terkenal di Kelantan kini turut dijual di Scotland. Taukenya, Encik Mohd Tarmizee Mohd Alwi, dari Bachok, Kelantan kini menetap di Edinburgh, Scotland. Beliau membuka tempahan melalui Facebook sebelum diedarkan kepada pelanggan terus ke rumah atau pelanggan mengambilnya di tempat dan masa yang ditetapkan.

Keropok lekor di luar negara  Sebut sahaja keropok lekor, anda pasti bayangkan Terengganu. Kini, keropok lekor turut dijual di London di bawah jenama Chicken Cottage dengan harga £3.50 (RM19) sebungkus selain turut dijual ialah nasi dagang. Chicken Cottage juga dijangka menjual produk itu di enam lokasi termasuk Dubai, Algeria, Jerman dan United Kingdom.

Burger jalanan di pasar NY  Jualan burger jalanan cukup lazim di Malaysia dan kini anda menikmati burger jalanan gaya Malaysia ini di Queens Night Market dekat New York menerusi The Malaysia Project (TMP). Menggunakan nama Ramly Burger kerana gelaran jenama yang berjiwa Malaysia, pengusahanya membuat sendiri produk itu menggunakan daging yang halal. Menarik mengenai burger ini ialah cara ia dibungkus menggunakan telur selain kepingan keju serta sos perisa.

Café Malacca di Hong Kong  Café Malacca bukan sahaja menawarkan makanan dari Melaka dari menu Malaysia dan Singapura di Hong Kong. Terletak di Hotel Jen (Traders Hotel) di Sai Wan, premis itu dibuka pada 2012 dan antara kafe yang menawarkan menu terbaik Malaysia seperti char kway teow, laksa asam, rojak dan satey. Kafe ini turut menghidangkan kari kepala ikan serta ketam bercili.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!