Kekalkan Berat Badan Ideal di Hari Raya Dengan 10 Tip ini

Berkumpul bersama keluarga sambil menikmati pelbagai juadah enak di Aidilfitri ini pasti mengujakan. Tetapi paling merunsingkan apabila berat badan tentu bertambah setiap kali tibanya musim perayaan. Cuba praktikkan 10 cara berikut bagi memastikan anda miliki berat badan yang ideal di Hari Raya ini.

1. Tetapkan Sasaran dan kira kalori yang diperlukan

Tetapkan berat ideal anda dan kira jumlah kalori yang diperlukan. Kemudian kawal kadar pengambilan kalori dalam makanan yang diambil. Paling penting, anda perlu sentiasa fokus untuk mengelak dari mengambil kadar kalori yang berlebihan.

2. Dapatkan ‘rakan baik’ yang boleh memantau berat anda

Menarik bukan, bila ada rakan yang sentiasa memantau jenis makanan yang diambil. Malah, lebih seronok bila dia juga bertindak seperti jurulatih peribadi anda atau lebih menarik lagi jika anda berdua boleh saling memantau diet dan berat badan masing-masing.

3. Elak dari terlebih makan

Inilah langkah paling kritikal yang perlu anda ikuti untuk memastikan berat anda sentiasa dikawal. Jika boleh, sentiasa rujuk fakta nutrisi pada label makanan sebelum makan.

4. Pilih majlis yang ingin disertai

Elakkan dari hadir ke pesta makanan yang boleh membuatkan anda teruja untuk makan. Pergilah ke majlis yang boleh mengeratkan silaturahim atau anda sendiri boleh menganjurkan acara yang lebih fokus kepada aktiviti berfaedah selain dari menumpukan kepada makanan sahaja.

5. Hadkan minuman bergula

Minuman manis mempunyai kalori yang tinggi dan ini akan mengakibatkan kadar gula di dalam darah turut meningkat. Oleh itu, hadkan minuman bergula dan banyakkan minum air suam atau kosong yang sangat bagus untuk kesihatan.

6. Pilih makanan dengan bijak

Makanlah makanan yang mempunyai diet seimbang. Buah-buahan dan sayuran segar antara makanan yang mempunyai vitamin dan zat yang diperlukan tubuh. Pilih makanan berdaging dengan jumlah kalori yang rendah agar anda dapat mengawal berat badan dengan lebih konsisten.

7. Sentiasa lakukan senaman

Bersenam seperti joging sememangnya terbukti dapat membakar lemak dan kalori di dalam tubuh. Senaman berterusan juga akan membakar lebih banyak kalori dan menyingkirkan toksik yang tidak diperlukan sekali gus mengawal berat badan anda.

8. Amalkan gaya hidup sihat

Kekalkan disiplin dan patuhi jadual harian anda. Tidur awal dan bangun awal pagi. Dengan mengamalkan disiplin dan gaya hidup sihat akan mengurangkan tekanan sekali gus memastikan anda dapat mengawal berat badan dalam jangka masa yang panjang.

9. Rancang hari anda

Jangan hanya berehat dan tidur di rumah jika anda sihat kerana ia boleh menambah berat badan. Ini kerana lemak akan terkumpul apabila tubuh tidak melakukan sebarang aktiviti. Pastikan hari anda sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan membolehkan anda sentiasa bergerak aktif.

10. Jadi lebih optimis dan positif

Sentiasa bersikap optimis dan positif kerana ia dapat membantu mengimbangkan keadaan mental dan fizikal anda. Malah, anda juga akan merasa lebih cekal dan yakin untuk meneruskan azam sekali gus dapat mencapai matlamat anda dengan cepat.

Sekarang anda sudah mempunyai idea bagaimana mendapatkan berat badan yang sesuai semasa perayaan nanti. Ingat! mengawal jumlah kalori makanan anda adalah faktor utama untuk membantu anda mengekalkan berat badan anda. Rancang percutian dengan sebaiknya dan bergembiralah di Hari Raya ini dengan gaya hidup yang lebih sihat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!