Utama Santai Sabah Terus Memukau

Sabah Terus Memukau

Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai-pantai memutih yang dikelilingi lautan membiru. Terokailah bumi indah ini melalui pengalaman percutian berkereta ke negeri di bawah bayu.

Eksplorasi Keindahan Alam Semula Jadi

Menyusuri keindahan alam Sabah, anda boleh ke Taman Kinabalu yang juga gerbang masuk ke Gunung Kinabalu sambil menyaksikan Gunung Kinabalu dari jarak dekat. Merentas hutan taman ini anda dapat menyaksikan keindahan flora serta pemandangan yang sangat mempesonakan. Lelah mendaki dan merentasi hutan anda boleh terus ke Poring Hot Spring terletak bersebelahan yang sangat terkenal dengan kepanasan airnya. Selain sesuai untuk merehatkan badan sambil merenggangkan otot, ia juga dikatakan bagus untuk mengubat penyakit kulit.

Bersantai di Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, di sinilah terletaknya Coral Flyer yang merupakan ‘zipline’ yang terpanjang di dunia iaitu dari Pulau Sapi ke Pulau Gaya. Pulau Manukan, pulau kedua terbesar di Taman Marin Tunku Abdul Rahman ini pula terkenal dengan aktiviti ‘snorkeling’ dan ‘scuba diving’. Airnya yang jernih dan tenang dengan keindahan terumbu karang menjadikan ia pilihan popular untuk keluarga berehat dan bersantai.

Menyelami Kehidupan Orang Utan

Gelagat orang utan sememangnya menarik untuk dilihat. Primat yang lembut dan pemalu ini boleh anda temui di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok yang terletak di Hutan Simpan Sepilok-Kabili, 24 km dari Bandar Sandakan. Dibuka pada 1964, kini terdapat 300 ekor orang utan yang anda boleh saksikan sendiri di dalam habitat mereka yang semula jadi.

Mendaki Gunung Kinabalu

Pendakian ke gunung yang tertinggi di Malaysia ini dimulakan dari Taman Kinabalu, yang mana di taman ini sahaja anda sudah boleh merasai suasana sejuk berkabus dengan panorama gunung-ganang menghijau yang sangat memukau. Sepanjang pendakian, anda boleh menikmati kehijauan alam semula jadi sambil mengalami pengalaman pendakian yang mencabar tetapi menyeronokkan.

Percutian Nyaman di Desa Cattle Dairy Farm

Juga digelar sebagai New Zealand kecil negeri Sabah kerana pemandangan sekeliling ladang lembu ini kelihatan seperti berada di New Zealand. Dengan ladang berumput hijau yang seluas mata memandang dikelilingi bukit bukau dan anda berpeluang melihat lembu hitam dan putih bersaiz besar yang jarang terdapat di tempat lain. Anda juga boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain berpeluang membeli susu segar terus dari ladang.

Pengalaman Memukau di Gua Gomantong

Gomantong Caves terletak di Sandakan ini memiliki keunikan dan keindahan yang cukup eksotik. Mempunyai dua buah gua yang boleh diterokai iaitu Simud Putih (Gua Putih) dan Simud Hitam (Gua Hitam). Gua-gua ini juga menjadi tempat pemeliharaan sarang burung layang-layang di mana sarang yang lebih mahal boleh didapati di Simud Putih manakala yang agak murah di Simud Hitam.

Menyingkap Sejarah Sabah dan Menikmati Hasilnya

Berkunjunglah ke Kampung Budaya Monsopiad sambil belajar mengenai sejarah kaum Kadazandusun. Anda juga boleh ke North Borneo Railway yang mempunyai stesen kereta api klasik dengan sejarah dan seni tersendiri. Bagi penggemar mutiara, anda boleh berkunjung ke Pasar Malam Sinsuran selain mendapatkan pelbagai barang cenderahati yang menarik. Nikmati juga makanan laut yang segar dan murah di Pasar Filipina.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

Kekalkan Prestasi Enjin Kereta Pada Kecekapan Tinggi

Enjin umpama jantung kenderaan yang perlu beroperasi dengan baik, justeru perlu dijaga dan diperiksa dengan kerap untuk memastikan ia berjalan lancar. Pemeriksaan umum boleh dilakukan...

Jabatan Kawalan Senggaraan dan Teknikal: Latar Belakang dan Sejarah

SATU pasukan iaitu Unit Kawalan Senggaraan ditubuhkan sebaik sahaja SPANCO memulakan operasi untuk mengambilalih pengurusan fleet Kerajaan Malaysia pada 1994 dan terus berkembang seiring...

Julang Negaraku Malaysia ke Podium Global

Merealisasikan aspirasi merdeka dengan menyumbang mengikut cara dan kemampuan sendiri bagi meletakkan nama baik Negara di persada kecemerlangan. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa...

VOLVO S90 T5 & XC90 T5

Syarikat Volvo memperkenalkan enjin petrol T5 terbaharu dalam keluarga model 90 terbesarnya iaitu S90, V90 dan XC90 berikutan langkah jenama Sweden itu untuk mengalihkan...

10 Lokasi Berbasikal Popular di Malaysia

Jauh perjalanan, luas pemandangan sekaligus riadah berbasikal adalah antara cara terbaik untuk mengenali sesuatu tempat – pemandangan alam, makanan istimewa mahupun ole-ole untuk dibawa...