Pemanduan Berhemah Selamatkan Nyawa Anda & Orang Tersayang

Berita kemalangan jalan raya hampir saban hari terpampang di dada akhbar. Banyak kajian mendapati punca kemalangan adalah dari kesilapan dan kecuaian pemandu. Kealpaan sesetengah pemandu bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri tetapi penumpang yang dibawa.

Sikap pemandu yang tidak bertimbang rasa pasti akan mengundang malapetaka sekali gus meragut nyawa insan-insan yang tersayang. Sentiasalah mengamalkan pemanduan berhemah setiap kali berada di jalan raya kerana ia mampu mengurangkan risiko kemalangan daripada berlaku.

Ketahui langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan:

Sebelum Memulakan Perjalanan

  • Dapatkan tidur yang cukup jika perlu melakukan perjalanan jauh.
  • Pastikan semua lampu berfungsi. Laraskan semua cermin dan tempat duduk apabila masuk ke dalam kereta.
  • Pastikan anda dan penumpang mengenakan tali pinggang keledar keselamatan.

Semasa Memandu

  • Semasa memandu, sentiasa berwaspada. Perhatikan apa yang berlaku di sisi dan di belakang dengan melihat cermin sekali sekala.
  • Tumpukan perhatian dan hindari sebarang gangguan terutama penggunaan telefon bimbit dan tablet.
  • Apabila lampu isyarat bertukar hijau, lihatlah ke kiri, kanan, hadapan dan kiri sekali lagi terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
  • Patuhi peraturan lalu lintas terutama had laju di jalan-jalan biasa dan lebuh raya.
  • 110kmj adalah kelajuan maksimum yang dibenarkan di Malaysia. Anda sebenarnya menyalahi undang-undang jika memandu melebihi had laju itu.

Jarak Semasa Membrek

  • Apabila brek ditekan, sesebuah kenderaan akan terus bergerak buat seketika pada jarak tertentu sebelum berhenti sepenuhnya. Lebih laju kenderaan bergerak, lebih jauh pula jarak yang diperlukan untuk berhenti.
  • Sekiranya kelajuan digandakan, jarak membrek bertambah sebanyak empat kali ganda.
  • Sekiranya berat muatan digandakan pula, jarak yang diperlukan untuk berhenti turut berganda.
  • Jarak berhenti turut berganda dalam cuaca hujan dan di atas permukaan jalan yang basah.

Perjalanan jauh

  • Jika anda ingin bercuti atau balik kampung, maklumkan kepada keluarga atau teman rapat tentang jadual perjalanan, masa yang dijangka tiba dan nombor yang boleh dihubungi. Pastikan anda memberitahu mereka sebelum menukar perancangan.
  • Elakkan laluan yang sesak dengan lori atau bas kerana kenderaan berat sukar untuk mengesan kenderaan yang lebih kecil.
  • Berjaga-jaga terhadap lori di selekoh kerana kenderaan yang panjang memerlukan lebih ruang untuk membelok.
  • Simpan nombor yang boleh dihubungi, maklumat diri dan maklumat perubatan anda di dalam kereta jika berlaku kecemasan.
  • Rancang perjalanan. Bertolak awal dan tiba 10 minit sebelum masa yang dijanjikan. Kelajuan bukan jaminan untuk sampai tepat pada waktunya malah boleh memungkinkan anda tidak akan sampai sama sekali.
  • Bagi pelanggan SPANCO, hubungi pusat panggilan 24 jam di 1-800-88-6999 atau melalui Aplikasi Mobil SPANCO jika berlaku sebarang kerosakan atau kecemasan di jalan raya.
Artikel sebelum iniSabah Terus Memukau
Artikel seterusnyaBalik Kampung dengan Riang & Selamat

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Kecuaian Yang Menyebabkan Kegagalan Bateri Kereta

Bateri adalah umpama nyawa bagi menghidupkan sesebuah kereta. Ia berfungsi sebagai komponen utama untuk permulaan sistem kereta. Adalah penting untuk menjaga bateri kereta yang...

Sumbangan Khairat SPANCO Kepada Waris Mangsa Kemalangan

Pada 15 Mei 2020 yang lalu, Pihak SPANCO telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris-waris mangsa kemalangan maut yang melibatkan kenderaan SPANCO baru-baru ini....

Elakkan Penyebaran Maklumat Tidak Sahih

Dalam suasana negara dilanda musibah COVID-19, penyebaran maklumat tidak sahih yang berlaku secara berleluasa adalah amat mendukacitakan. Di sebalik keghairahan dalam berkongsi maklumat, orang...

Warisan Loyang Cerana – Santunan Tetamu

Seni loyang merupakan warisan bangsa yang perlu kita pertahankan untuk tatapan generasi akan datang supaya ia tidak ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan. SPANCO...

Tonton Video Si Cilik Menyediakan Juadah Raya

Resipi mudah untuk dilakukan bersama anak-anak anda di dapur. Aktiviti bersama dapat merapatkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak. Jom! https://youtu.be/Xga2MNqqgH0 Bahan-bahan (untuk 50-60 biji): 4 cawan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!