Jadilah Pengguna Dan Pemandu Yang Kompeten

Penyenggaraan dan penyeliaan melalui servis berjadual yang dilakukan SPANCO ke atas kereta-kereta fleet Kerajaan amat penting bagi memastikan kenderaan tersebut selamat dan efisien untuk digunakan.

Namun begitu, pengguna dan pemandu sendiri merupakan tunjang dalam mengendalikan kenderaan malah memikul tanggungjawab utama dari segi keselamatan, operasi dan undang-undang termasuk wajib memiliki lesen memandu yang sah, berkelayakan serta mematuhi segala peraturan lalu lintas.

Ingat!

  1. Faktor utama keselamatan sesebuah fleet terletak pada bahu pemandunya.
  2. Pandulah secara berhemah, selamat dan sopan.
  3. Pemandu serta penumpang hadapan dan belakang wajib memakai tali pinggang keledar.
  4. Berikan isyarat sebelum memasuki laluan baru.
  5. Hidupkan lampu kecemasan apabila kenderaan rosak atau berhenti di tepi lebuh raya atau jalan-jalan awam yang lain.
  6. Patuhi semua undang-undang lalu lintas.
  7. Kesalahan trafik dan letak kereta adalah tanggungjawab individu yang menggunakan kereta tersebut pada tarikh dan masa saman dikeluarkan.
  8. Lakukan pemeriksaan 5 minit sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan anda memandu kenderaan yang selamat.
  9. Lindungi kereta daripada kerosakan, kecurian atau disalahguna.
  10. Jangan meredah banjir kerana tindakan itu boleh menyebabkan kerosakan enjin selain membahayakan diri dan penumpang.
  11. Kunci semua pintu dan simpan semua barangan berharga apabila meninggalkan kereta.
  12. Serahkan kunci apabila anda memulangkan kereta kepada jabatan atau pegawai atasan anda.
  13. Simpan kereta di kawasan letak kereta yang selamat.
  14. Buat laporan polis jika mengalami kemalangan walaupun kecil. Maklumkan kepada SPANCO melalui Aplikasi Mobil atau talian bebas tol 1-800-88-6999 supaya kemalangan dapat diuruskan segera dengan sebaik mungkin.
  15. Laporkan serta-merta kecurian kereta atau sebarang kehilangan peralatan di dalamnya kepada polis.
  16. Pastikan brek tangan ditarik sebelum meninggalkan kereta.
  17. Bawa lesen memandu yang asal.
  18. Sentiasa layak dan upaya untuk memandu.

Jangan!

  1. Memandu jika tidak sihat.
  2. Merokok ketika memandu kereta jabatan.
  3. Guna kereta jabatan untuk urusan peribadi. Elakkan sebarang perkara yang boleh menimbulkan salah anggap.
  4. Bawa sesiapa saja yang bukan penjawat awam dalam kereta jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan.
  5. Guna kereta jabatan untuk berulang alik ke rumah atau meletakkannya di kediaman tanpa kebenaran bertulis pegawai bertanggungjawab terlebih dahulu.
  6. Guna telefon bimbit ketika memandu. Ia menjejaskan tumpuan di samping menyalahi undang-undang.
  7. Guna telefon bimbit semasa berada di stesen minyak kerana caj yang dihasilkan boleh menyebabkan kebakaran.

Pastikan kereta dalam keadaan selamat

Pengguna dan pemandu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kereta yang digunakan. Sebelum memulakan perjalanan, pemandu harus melakukan pemeriksaan sepintas lalu terhadap kenderaannya. Laporkan segera kepada penyelia fleet sekiranya anda mengesan sebarang masalah.

Luangkan 5 minit untuk memeriksa:

  • Tekanan udara pada tayar sentiasa cukup.
  • Nat roda tidak longgar dan roda tidak rosak.
  • Tiada kerosakan serius yang boleh mendatangkan bahaya.
  • Semua petunjuk, lampu belakang dan brek menyala manakala cermin tidak tercalar atau pecah.
  • Lampu sorot depan berfungsi pada semua peringkat.
  • Penyembur air dan penggilap cermin berfungsi.
  • Hon berbunyi dengan jelas.
  • Cukai jalan dan pendaftaran kenderaan tidak lupus.
  • Tali pinggang keledar dalam keadaan baik.
  • Paras minyak enjin dan air pada tahap yang betul.

Cegah sebelum terjadi. Amalan 5 minit ini akan membantu anda mencegah kesulitan di kemudian hari sekali gus mengurangkan risiko kerosakan di tengah-tengah perjalanan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!