Balik Kampung dengan Riang & Selamat

Perjalanan pulang ke kampung seharusnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Sambil memandu anda boleh menikmati pemandangan persekitaran yang menghijau. Jika bersama keluarga, anda boleh memanfaatkan masa berkualiti perjalanan ini bersama anak-anak. Sebelum itu, luangkan masa untuk mengetahui tip memulakan perjalanan yang selamat untuk pulang berhari raya di kampung halaman.

1. PERIKSA KERETA ANDA

Servis kereta sebelum memulakan perjalanan. Periksa tayar dan tayar ganti, sistem penyejukan, brek, tahap cecair brek, tali sawat, minyak enjin, bateri, lampu dan pengilap cermin. Juga servis penghawa dingin kereta. Bagi pelanggan SPANCO, anda disarankan supaya menghantar kereta ke Pusat Servis SPANCO untuk pemeriksaan.

2. GUNAKAN NAVIGASI GPS

Perisian GPS, peta dan amaran trafik sudah sinonim dengan telefon pintar. Anda boleh memuat turun aplikasi seperti Google Map dan Waze untuk menunjukkan arah perjalanan dan menghindar kesesakan. Jangan lupa membawa ‘power bank’ sebagai persediaan jika berlaku sebarang kecemasan.

3. SENTIASA BERSEDIA

Pastikan minyak kenderaan anda mencukupi. Bawa SMART TAG dan tambah nilai kad Touch n Go serta jangan lupa wang kecil. Pastikan anda menyimpan nombor telefon insurans kereta sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau kemalangan. Bagi pelanggan SPANCO simpan nombor talian bebas tol 1-800-88-6999 dan muat turun Aplikasi Mobil SPANCO.

4. RANCANG MASA PERJALANAN

Lazimnya di musim perayaan, orang ramai akan berpusu-pusu ingin pulang ke kampung. Bagi mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, anda boleh merancang perjalanan berdasarkan jadual perjalanan lebuh raya yang telah disediakan. Dapatkan maklumat terkini ini melalui laman web rasmi lebuh raya berkenaan seperti PLUS dan anda juga boleh merancang jalan alternatif bagi menghindar kesesakan.

5. KETAHUI PERATURAN JALAN RAYA

Patuhi had laju selamat dan kekalkan pemanduan pada had kelajuan yang dibenarkan dalam apa juga keadaan. Kekalkan jarak selamat dan pandulah dengan berhemah. Jangan guna lorong kecemasan kecuali jika anda benar-benar dalam kecemasan. Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kerana kelalaian walaupun hanya satu saat boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Sentiasa memakai tali pinggang keledar dan fokus serta peka apabila memandu. Jika letih dan mengantuk, berhenti di mana-mana kawasan perhentian R & R dan berehat seketika.

6. SNEK RINGAN

Memandu untuk tempoh yang panjang amat memenatkan. Snek ringan boleh membantu mengisi masa semasa memandu tetapi pastikan anda membawa snek yang sihat dan tidak mempunyai kandungan garam berlebihan.

Pastikan perjalanan pulang ke kampung sesuatu yang menyeronokkan dan bukan memberi tekanan. Semoga anda selamat sampai ke kampung halaman dan meraikan Aidilfitri ini dengan gembira bersama keluarga tersayang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Warisan Loyang Cerana – Santunan Tetamu

Seni loyang merupakan warisan bangsa yang perlu kita pertahankan untuk tatapan generasi akan datang supaya ia tidak ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan. SPANCO...

Tonton Video Si Cilik Menyediakan Juadah Raya

Resipi mudah untuk dilakukan bersama anak-anak anda di dapur. Aktiviti bersama dapat merapatkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak. Jom! https://youtu.be/Xga2MNqqgH0 Bahan-bahan (untuk 50-60 biji): 4 cawan...

Pasukan Bantuan Kerosakan SPANCO – Sentiasa Bersama Mu

Kerosakan kenderaan boleh berlaku secara tiba-tiba dan di mana-mana sahaja. Walaupun pemeriksaan secara berjadual dilakukan, kerosakan tetap boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca. Walau...
00:04:04

Video Korporat SPANCO 2020

Bermula dengan 2,200 kenderaan pada tahun 1994, fleet yang diuruskan oleh SPANCO ketika ini telah mencecah hampir 13,000 kenderaan. Sepanjang tempoh itu, pelbagai cabaran...

Penggunaan dan Manfaat E-Dompet

Zaman beralih musim berubah, kini dunia amat bergantung kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Dunia digital telah dikuasai masyarakat dari segi sosial, ekonomi, pendidikan dan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!