Utama Santai 5 Amalan Untuk Buah Pinggang Sihat

5 Amalan Untuk Buah Pinggang Sihat

Amalan yang terbaik dalam menjaga diri daripada penyakit buah pinggang adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan dan pengambilan diet seimbang.

Dalam mengelakkan penyakit buah pinggang, terdapat beberapa jenis diet yang sesuai diamalkan oleh semua orang terutama mereka yang berisiko untuk menghidap penyakit ini. Disini Butterkicap kongsikan diet yang anda boleh amalkan dalam kehidupan seharian anda demi menjaga kesihatan yang lebih baik dan sihat.

Masakan berasaskan ikan

Dalam diet pemakanan untuk mengelak daripada penyakit buah pinggang, anda disarankan mengambil ikan dalam menu harian anda. Ini kerana ikan diperkaya dengan tinggi protein dan kandungan lemaknya bersifat anti-radangan, iaitu kandungan Omega-3. Omega-3 berupaya juga melawan penyakit kronik lain seperti penyakit kanser dan jantung.

Sekaligus, ia juga mampu menurunkan kadar kolestrol yang tidak baik (LDL-Low Density Lipiprotein) dan meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL-High Density Lipoprotein). Kadar nutrisi dalam 3 auns ikan salmon dinilaikan bersamaan dengan 50mg sodium, 368mg potassium, dan 274mg phosphorus.

Dengan mengamalkan diet ikan bagi mencegah penyakit buah pinggang sangat membantu dan ia juga sesuai diamalkan oleh ibu hamil. Selain itu, Persatuan Jantung Amerika dan Persatuan Diabetes Amerika sangat menyarankan pengambilan ikan sekurangnya dua kali seminggu. Pengambilan minyak ikan yang mengandungi Omega-3 yang baik juga boleh diamalkan sebagai makanan tambahan.

Pemakanan buah-buahan beri

Buah beri juga mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita termasuklah sesuai dijadikan menu diet yang baik untuk mengelak penyakit buah pinggang. Terdapat pelbagai jenis beri yang boleh anda temui, antaranya raspberry, blueberry, strawberry dan lain-lain jenis buah beri lagi.

Bagi pengambilan buah raspberry, ia mengandungi sejenis sebatian asid ellagic yang dapat membantukan anda meneutralkan bakian radikal bebas dalam badan. Pewarna merah asli yang ada pada raspberry kaya dengan anti-oksida dikenali sebagai anthocyanins. Nutrient yang ada pada buah ini dengan kandungan serat, vitamin C, B dan mangan serta asid folik yang tinggi.

Selain mengelakkan penyakit buah pinggang, ia juga mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu pembiakan sel kanser dan pembentukan tumor yang pantas. Cadangan hidangan yang baik untuk raspberry, ia boleh dicampurkan bersama buah-buahan lain dalam sajian salad, bijiran dan minuman smoothies tanpa menambahkan gula atau manisan lain.

Buah strawberi juga diperkaya dengan 2 jenis anti-oksida dan mempunyai kadar vitamin C, mangan dan serat yang tinggi. Ia bersifat anti-keradangan, anti-kanser dan juga berupaya merawat penyakit jantung. Sajian yang sesuai disediakan untuk elakkan penyakit buah pinggang dengan penggunaan strawberi ialah bijiran dan minuman smoothie bersama campuran beri yang lain serta sebagai hidangan pencuci mulut dengan menggunakan jem strawberi tanpa gula tambahan.

Blueberry mempunyai sebatian anti-oksida yang sama dengan raspberry dan mampu mengurangkan keradangan dalam tubuh anda. Ia kaya dengan vitamin C dan serat serta nutrient mangan yang dapat menyihatkan tulang anda. Penyediaan bijiran untuk sarapan pagi atau boleh dijadikan bahan dalam kek muffin, ia tentu lebih enak dan dalam masa yang sama menyihatkan tubuh anda.

Kerap melakukan senaman fizikal dan pengambilan sayuran segar

Amalkan gaya hidup yang sihat juga antara kunci kepada diet yang sesuai supaya dapat mengelakkan penyakit buah pinggang. Anda perlu kerap melakukan senaman fizikal dan ia berpotensi mengurangkan risiko penyakit buah pinggang. Hal ini kerana, aktiviti ini dapat membantu dalam penurunan tekanan darah dan sekaligus membantu mengelakkan risiko berbahaya untuk menghidapi penyakit kronik lain.

Proses rembesan bahan kumuhan oleh buah pinggang juga akan berfungsi dengan baik dengan pengambilan kadar air yang mencukupi. Untuk hasil yang baik untuk penjagaan kesihatan, anda disarankan untuk melakukan senaman fizikal sekurangnya selama 30 minit setiap hari. Senaman ini termasuklah berbasikal, berjogging dan lain-lain aktiviti sukan yang dapat membantu fungsi organ dalaman bekerja dengan baik dan sempurna.

Selain penjagaan diri dengan bersenam dan aktiviti sukan, anda juga digalakkan mengambil sayur-sayuran segar seperti cili benggala dan kobis. Ini kerana, cili benggala mengandungi kadar natrium sebanyak 1mg, kalium sebanyak 88mg dan 10mg fosforus. Sumber vitamin A dan C yang baik, vitamin B6, asid folik serta serat yang diperlukan oleh badan. Kandungan lycopene dan anti-oksida juga boleh melindungi badan daripada penyakit kanser.

Bagi sayur kobis pula, ia diperkaya dengan fitokimia, sebatian kimia dalam buah-buahan atau sayur-sayuran yang memecahkan radikal bebas sebelum ia dapat melakukan kerosakan. Bahan fitokimia juga dapat melindungi dan melawan kanser, serta memupuk kesihatan kardiovaskular. Kadar kandungan yang tinggi dengan vitamin K, vitamin C dan serat, kubis juga merupakan sumber vitamin B6 dan asid folik yang baik.

Elakkan pengambilan garam yang berlebihan

Bagi memastikan diet yang diamalkan tersebut benar-benar berkesan dan baik untuk kesihatan tubuh anda, anda perlu memastikan setiap sajian yang anda sediakan tidak menggunakan kadar garam yang tinggi. Justeru, pengambilan garam yang berlebihan dan makanan yang mengandungi natrium yang harus dikawal kerana sekiranya ia diambil secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

Tetapi jangan buang terus pengambilan garam dalam diet harian kerana sedikit garam masih diperlukan untuk mengekalkan fungsi badan. Dalam menu harian, anda hanya perlu elakkan dan kurangkan kebiasaan menambah perisa tambahan seperti kicap atau sos yang sememangnya mempunyai kandungan garam yang tinggi. Jika masakan anda sudah meletakkan garam, jika anda masukkan perisa lain.

Amalkan pengambilan herba dan rempah ratus bagi menggantikan perasa tambahan yang mempunyai kadar garam yang tinggi seperti lada hitam, kulit kayu manis, dan lain lain rempah. Kalau anda gemar makan di luar sama ada restoran atau gerai, seeloknya pesan makanan atau cari makanan yang disediakan tanpa meletakkan kuantiti garam yang banyak atau penambah perasa MSG.

Jika makanan perlu disediakan dengan sos atau apa-apa perasa tambahan, minta peniaga letakkan dalam bekas berasingan. Dengan itu, anda boleh tentukan kadar yang minimum seperti yang anda mahukan. Untuk kurangkan kadar penggunaan sodium dalam makanan, kurangkan pengambilan kiub perasa, MSG, sos (cili, tomato atau tiram), asam jawa proses, serbuk penaik, makanan pencicah seperti belacan, budu, dan taucu.

Makanan yang telah diperap dengan garam seperti telur masin, ikan masin, sayur masin,sotong kering, udang kering, ikan bilis, jeruk buah-buahan dan lain-lain makanan yang anda sedia maklum penggunaan garam yang banyak dalam proses pembuatannya dilakukan.

Berhenti merokok

Tabiat merokok dan pengambilan alkohol perlu dikurangkan jika anda tidak mahu berisiko untuk menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, jantung, radang paru-paru dan sebagainya yang melibatkan organ dalaman. Tabiat ini sangatlah berbahaya dan pengambilan yang berlebihan akan membawa kepada penyakit dan penyumbang tertinggi kepada kadar kematian.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, terdapat lebih daripada 4,000 kandungan kimia yang ada dalam rokok dan 250 daripadanya berisiko merosakkan kesihatan manusia. Kadar 1.3-Butadine, iaitu bahan kimia dalam pembuatan getah, ia akan meningkatkan risiko kanser perut, darah dan juga kanser limfa.

Selain itu, kandungan Acrolein, formaldehida dan kromium VI (bahan utama dalam pembuatan logam padu, cat dan pewarna) yang tinggi berisiko kepada kanser paru-paru dan penghalang utama kepada penghasilan DNA dalam tubuh anda. Kandungan arsenic (bahan pengawet kayu) yang tinggi juga menjadi penyumbang utama kepada pelbagai jenis kanser dan leukemia yang berpunca daripada bahan benzene yang tinggi serta kerosakan pada buah pinggang yang teruk dan pelbagai penyakit lain lagi yang boleh dihidapi oleh perokok dan juga mereka yang berada disekitarnya.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

Artikel terkini

Mengimbau Sejarah CSR SPANCO

Melunaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) merupakan antara objektif teras SPANCO sejak ditubuhkan. Berikut serba sedikit inisiatif yang dilaksanakan: Ogos 1997 Menganjurkan seminar...

Panduan Servis Berjadual dan Pembaikan

Servis berjadual adalah rutin yang amat penting bagi mengekalkan prestasi kereta berada pada tahap terbaik. Mengabaikan penyenggaraan akan mengakibatkan kerosakan yang lebih serius berlaku...

Inisiatif Budaya Hijau SPANCO Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

Setiap individu dan organisasi perlu mempunyai komitmen untuk menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar. SPANCO tidak terkecuali untuk terpanggil dan melaksanakan tanggungjawab korporat menerusi...

Aplikasi Mobil SPANCO: Fungsi Ditambah, Dinaiktaraf

Seiring perkembangan teknologi, SPANCO pada Januari 2017 melancarkan Aplikasi Mobil SPANCO dari Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk iOS. Menerusi aplikasi...

Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

Putrajaya sememangnya tidak asing lagi kerana statusnya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Putrajaya juga merupakan antara pusat pelancongan yang menarik untuk...