8 Ciri Teknologi Keselamatan Kereta

Teknologi sentiasa merubah industri pemotoran. Pada satu ketika dahulu ciri keselamatan seperti brek anti-kunci, beg udara, kawalan haluan, kawalan cengkaman bahkan tali pinggang keledar sekali pun hanya terdapat pada kereta mewah tetapi kini sudah menjadi peralatan standard pada kebanyakan kenderaan.

Menurut Jim Clifford, Pengarah Program Keselamatan dan Pencegahan Nahas serta Kerugian Harta Benda di United Services Automobile Association (USAA), Amerika Syarikat, “Pembangunan di dalam industri automotif terutama kereta tanpa pemandu mencetus pelbagai teknologi baharu yang telah berjaya menjadikan kenderaan lebih selamat hari ini.”

Beliau menyarankan ciri-ciri teknologi keselamatan berikut bagi pemandu yang mempunyai kekurangan atau kesukaran dari segi tahap pemanduan mereka:

  • Bantuan penetapan lorong dan pengesan titik buta (blind spot) bagi mereka yang berusia atau memiliki masalah pergerakan anggota badan.
  • Teknologi kawalan kestabilan elektronik, kawalan kruis adaptif dan sistem amaran pelanggaran bagi golongan muda dan kurang berpengalaman.
  • Pengesan kelesuan dan penyesuai lampu hadapan automatik untuk pemandu-pemandu yang kerap memandu pada waktu malam.

Paling utama, pemandu-pemandu perlulah memilih ciri keselamatan yang bersesuaian dengan bajet dan gaya hidup mereka.


8 Teknologi Utama Yang Telah Memajukan Sistem Pemanduan Keselamatan Pada Kereta

1. Bantuan Penetapan Lorong

Mengesan haluan lorong dan mengemudikan kereta kembali ke laluan yang betul.

2. Penyesuai Kawalan Kelajuan

Memantau kelajuan yang telah ditetapkan oleh pemandu dan jarak dengan kenderaan di hadapan.

3. Penyesuai Lampu Hadapan

Memperbaiki suluhan lampu di hadapan dengan lebih terang berdasarkan keadaan jalan raya.

4. Pengawal Kestabilan Elektronik

Memperlahankan putaran tayar-tayar secara berasingan semasa membelok untuk menstabilkan kereta.

5. Sistem Amaran Pelanggaran

Mengesan dan memberi amaran kepada pemandu supaya berwaspada sebelum berlaku perlanggaran.

6. Bantuan Parkir Aktif

 

Membantu meletakkan kenderaan tanpa memerlukan pemandu mengendalikan stereng.

7. Kamera 360-Darjah

Membantu pemandu melihat dengan lebih jelas semasa mengundur atau meletakkan kereta.

8. Pengesan Kelesuan

Menggunakan data kereta dan pemandu bagi mengesan sama ada pemandu perlukan rehat.

(sumber: USAA, sebuah kumpulan syarikat perkhidmatan kewangan terkemuka yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat)

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!