Teknologi Terkini Bebaskan Tekanan Pemandu

Memandu dalam keadaan penat dan tertekan boleh menyebabkan hilang daya tumpuan sekali gus mampu menyebabkan kemalangan. Apatah lagi apabila memandu dalam kesesakan bandar atau untuk perjalanan jauh. Namun, teknologi hari ini telah membantu para pemandu memandu dengan lebih relaks. Berikut adalah beberapa teknologi canggih hari ini yang dicipta untuk keselesaan pemandu.

Sensor Biometrik

Dijangka menjadi satu alat standard kereta tidak lama lagi, sensor ini boleh mengesan keadaan fizikal dan mental pemandu semasa memandu. Malah, ia dapat memantau tahap kesihatan pemandu dari postur badan hinggalah kepada kadar pernafasan. Ternyata hebat kerana dengannya, pemandu akan lebih relaks dan fokus pemanduan dapat ditingkatkan.

Ciri Kalis Bunyi

Bunyi enjin, gegaran angin, penghawa dingin, kondisi jalan dan gaya pemanduan itu sendiri. Semua ini adalah penyumbang kepada bunyi bising yang anda alami di dalam kereta. Ia boleh memberi tekanan terhadap pemanduan. Tetapi dengan teknologi binaan kereta hari ini pada enjin dan tayar serta ruang pemandu dan penumpang yang kalis bunyi, kereta kini jauh lebih senyap berbanding dahulu.

Ruang Kabin Ergonomik

Kereta-kereta baharu hari ini dicipta secara ergonomik di mana reka bentuk kabin, stereng, ruang kaki dan tempat duduk semuanya diambil kira semasa di peringkat pembangunan. Malah, kebolehubahsuaian tempat duduk dan sokongan untuk tulang belakang serta posisi punat-punat pada papan pemuka (dashboard) turut diteliti bagi memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang di dalamnya.

Tempat Duduk Kawalan Iklim

Tempat duduk yang terlalu panas atau sejuk tentu sekali merimaskan. Namun, pemandu dan penumpang kini boleh menyesuaikan suhu pada tempat duduk dan stereng mereka melalui sistem kawalan iklim yang terdapat pada sesetengah kereta.

Penghubung Telefon

Agak menjengkelkan apabila menerima panggilan atau mesej telefon semasa memandu. Ia boleh menjadi gangguan utama sekali gus menambahkan tekanan. Tetapi dengan perisian seperti ‘Google CarPlay’, pemandu boleh menyambungkan telefon pintar mereka kepada sistem konsol kereta. Apabila diselaraskan, pemandu boleh menjawab panggilan dan mesej serta mengakses aplikasi hiburan dan Google Maps melalui skrin sesentuh pada dashboard. Malah, ia boleh membacakan mesej yang masuk dan menaip mesej jawapan anda hanya melalui arahan suara.

Sistem Navigasi Pemanduan

Tidak biasa atau tidak tahu arah jalan boleh memberi masalah serta tekanan kepada pemandu. Hari ini, kebanyakan kereta siap dipasang dengan sistem navigasi yang terbina di dalam atau pemandu juga boleh menggunakan aplikasi peta yang terdapat pada telefon pintar. Semua ini memberi keselesaan untuk mencari destinasi yang ingin dituju.

Pemanduan Sendiri

Kelak, kita mungkin tidak perlu lagi menyentuh stereng tetapi cuma duduk santai dan menyerahkan tugas memandu sepenuhnya kepada kereta kita. Jika teknologi pemanduan sendiri ini menjadi kenyataan, bermakna ia akan menjadi penyelesaian muktamad kepada masalah kesesakan lalu lintas, lantas membebaskan pemandu dari tekanan. Sama-samalah kita nantikan!

Kamera Belakang

Parkir kereta secara mengundur boleh memberi tekanan kepada pemandu terutama bagi kenderaan berat atau besar. Tetapi kini dengan adanya kamera belakang yang dibantu pula dengan audio amaran pemberitahuan pelanggaran, tugas meletakkan kereta menjadi lebih mudah.

Pengesan Titik Buta

Alat sensor ‘blind spot’ ini dapat mengesan objek yang datang dari arah belakang dan sisi kereta seterusnya akan memaklumkan pemandu melalui visual atau audio atau gegaran lembut pada stereng. Ini dapat membantu pemandu lebih fokus kepada jalan di hadapan.

‘Cruise Control’

Sistem kawalan kelajuan automatik (cruise control) ini menyesuai kelajuan kereta mengikut keadaan trafik. Dengan ini pemandu tidak perlu menekan pedal minyak atau brek bagi mengekalkan kelajuan yang diinginkan sepanjang perjalanan. Ia bukan sahaja mengurangkan keletihan terutama bagi perjalanan jauh malah mampu menjimatkan minyak.

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!