Kalau Ke ‘Ganu’ Ini 12 Tempat Wajib Dikunjungi

PRIHATIN memilih Terengganu sebagai destinasi percutian hujung bulan ini. Apa yang ‘best’ di Terengganu? Selalu dengar cerita, orang cakap Terengganu ‘best’ sebab banyak pantai dan pulau menarik. Tetapi yang paling penting, keropok lekor dan makanan laut yang segar. Jom, kita jalan-jalan ke Terengganu.

Pasar Besar Kedai Payang

Di sinilah ‘syurga’ membeli-belah paling popular kepada pelancong. Kalau nak beli sutera, songket, batik, periuk belanga, makanan hasil laut dan macam-macam lagi… di sinilah tempatnya.

Bazar Warisan

Kedudukannya dekat dengan Pasar Payang. Reka bentuk bangunannya sangat unik dengan rekaan tradisional rumah Terengganu. Di sini terdapat banyak kraftangan dan seni tradisional Terengganu.

Kampung Losong

Pusat Perniagaan Keropok Lekor di Terengganu atau lokasi membeli keropok lekor. Banyak pilihan gerai keropok lekor yang sedap-sedap semuanya.

Kampung Bukit Tok Beng

Katanya, ramai orang sanggup beratur di sini kerana keropok lekornya sedap dengan isi ikan yang banyak dan berbeza dengan tempat lain. Mungkin sebab itulah tempat ini mendapat gelaran ‘Keropok Lekor Nombor atau beratur…’.

Taman Tamadun Islam

Taman ini mempunyai 21 replika bangunan yang terkenal dalam dunia Islam. Lokasi menarik untuk menambah ilmu anak-anak.

River Cruise TTI

Bila dah ke Taman Tamadun Islam, kita juga boleh melakukan aktiviti menyusuri sungai di Pulau Wan Man dalam masa 45 minit sahaja sambil menikmati pemandangan indah termasuk Masjid Kristal dan replika Taj Mahal.

Bukit Puteri

Salah satu lokasi sejarah yang dijadikan kubu pertahanan satu ketika dahulu. Dapat dilihat dengan jelas meriam, rumah genta dan loceng antik. Terdapat kemudahan eskalator untuk yang tidak gemar mendaki.

Desa Murni

Nak membeli pakaian? Di sini bermacam-macam jenis rekaan kain batik, kain pasang, baju melayu, telekung, kain pelekat dan tudung. Ya, inilah ‘syurga’ tudung muslimah!

China Town

Memang wajib singgah ke sini. Berjalan di setiap lorong deretan bangunan kedai pasti terpegun dengan lukisan mural berwarna-warni. Sambil itu, bolehlah membeli-belah pelbagai barangan unik dan kreatif.

Tasik Kenyir

Banyak aktiviti boleh dilakukan di tasik buatan manusia ini. Sewa saja bot dan boleh melawat tempat-tempat menarik di sini. Di dalam Tasik Kenyir sendiri terdapat Santuari Kelah Sungai Petang, Air Terjun, Gua-gua menarik, Taman Herba dan lain-lain.

Berehat di Pantai

Penat berjalan di bandar, jom tenangkan diri dan berkenalan dengan alam semula jadi. Memang Terengganu punya pantai yang cantik dan menenangkan. Antaranya Pantai Penarik, Pantai batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang, Pantai Chendering, Pantai Bukit Keluang, Pantai Teluk Bidara dan banyak lagi.

Percutian Pulau

Apa lagi yang mendamaikan kalau tidak ke pulau-pulau eksotik di sini malah tercantik di Terengganu seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol dan Pulau Lang Tengah. Pantai yang bersih, berpasir putih, air laut yang jernih dan aktiviti snorkeling dan menyelam skuba boleh dilakukan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!