Kereta Tamat Pajak Harus Dipulangkan Dalam Keadaan Sempurna

Penting dan harus diingat bahawa Kereta Tamat Pajak harus dipulangkan kepada SPANCO dalam keadaan sempurna dengan segala peralatan di dalamnya berada dalam keadaan baik dan seperti yang direkodkan. Pemulangan kereta yang tidak sempurna boleh mengganggu kelancaran urusan penyerahan kereta baharu bagi program penggantian.

Masalah yang kerap berlaku ketika pelanggan memulangkan kereta:

  • Kunci pendua tidak dipulangkan
  • Tayar ditukar dengan jenis atau jenama lain.
  • Aksesori tidak lengkap seperti set peralatan SD mikro untuk GPS, radio, tempat duduk dan stereng hilang atau telah ditukar.
  • Pencucuh api rokok dan kit segi tiga keselamatan hilang.
  • Kecacatan badan atau mengalami kemalangan yang tidak dilaporkan.
  • Bagi kemalangan yang tidak dimaklumkan, pelanggan dikehendaki membuat laporan polis supaya tuntutan insurans boleh dilakukan.

Pelanggan perlu memberi kerjasama dengan mematuhi setiap peraturan yang telah digariskan oleh Perbendaharaan Malaysia dan SPANCO bagi melicinkan urusan pemulangan dan penggantian kereta. Sila rujuk Perkara 16, di dalam buku kecil ‘Panduan Penggunaan Kereta Rasmi’ yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan seperti di bawah:

Pemulangan Kereta ke SPANCO

Kereta Rasmi hendaklah dipulangkan kepada SPANCO apabila:

  1. pengguna bersara/meninggalkan perkhidmatan/gugur jawatan;
  2. pengguna bertukar ke Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan; atau
  3. atas permintaan Perbendaharaan untuk tujuan pembelian Kereta Rasmi ketika bersara oleh pegawai lain.

Semasa pemulangan, perkara-perkara berikut perlu dikembalikan dengan sempurna:

  1. set kunci kereta/sistem alat penggera pertama;
  2. set kunci kereta/sistem alat penggera pendua;
  3. aksesori sedia ada (sila rujuk Borang Pemeriksaan Kenderaan bagi senarai aksesori yang dibekalkan); dan
  4. set ‘tool box’ yang lengkap.

Pengguna dinasihatkan untuk terus memulangkan Kereta Rasmi sebaik sahaja bersara/meninggalkan perkhidmatan/bertukar ke Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan kerana sekiranya tidak dipulangkan dan berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas Kereta Rasmi berkenaan, ia akan dipertanggungjawabkan kepada pengguna.

Untuk pengetahuan, sejumlah 3,100 unit kereta dalam fleet Kerajaan Persekutuan terbabit di dalam program penggantian sepanjang 2018 manakala 3,022 unit lagi dijangka pada 2019.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!