‘Skim Perantisan SPANCO’ Bina Tenaga Automotif Mahir Tempatan

Pada 1 Oktober 2018 yang lalu, satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perasmian Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di antara SPANCO dan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia telah diadakan di Auditorium Peru Mohamed, ILPKL.

Objektif utama MoU ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam melaksanakan program SLDN berorientasikan industri yang menggabungkan latihan di pusat latihan dan di tempat kerja. Dengan terjalinnya kerjasama ini, SPANCO yang telah diakreditasi sebagai Syarikat SLDN bersedia menyediakan penajaan dan latihan di tempat kerja kepada perantis program manakala ILPKL sebagai pusat latihan akan menyediakan tenaga pengajar dan kemudahan latihan.

“Setelah mendapat pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai pusat bagi menjalankan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk Sijil Kemahiran Tahap 2, kami merasakan ini merupakan peluang terbaik buat SPANCO untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja mahir tempatan bagi mendokong aspirasi pembangunan negara pada masa hadapan terutamanya dalam bidang automotif. Ia juga selaras dengan agenda negara untuk mencapai sasaran 35 peratus pekerja berkemahiran menjelang tahun 2020,” jelas Dato’ Azman Haji Idris, Ketua Pegawai Operasi SPANCO di majlis tersebut.

Program yang dinamakan sebagai Skim Perantisan SPANCO ini akan dijalankan selama sembilan bulan bermula dari September 2018 sehingga Jun 2019 iaitu lima bulan kursus di ILPKL dan empat bulan latihan di SPANCO. Seramai 10 orang perantis telah terpilih bagi mengikuti Kursus Automotif Servis Selepas Jualan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 ini.

Mereka turut menerima elaun bulanan, insurans, makan dan minum serta penginapan percuma yang dibiayai oleh SPANCO sepanjang tempoh latihan di ILPKL. Setelah menjalani kursus selama sembilan bulan, perantis akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Program kerjasama ini akan melahirkan pekerja berkemahiran menerusi kaedah latihan komprehensif dan terkini merangkumi tiga kompetensi iaitu teknikal, pembelajaran dan metodologi serta kemahiran sosial dan kemanusiaan. Perantis juga dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja serta berdaya saing.

Program SLDN berkonsep latihan industri yang mengambil model dari negara Jerman membabitkan 70 peratus latihan praktikal manakala 30 peratus lagi teori dan pembelajaran dalam kelas. Sejak diperkenalkan pada 2005, SLDN telah berjaya melatih 106,769 perantis membabitkan pentauliahan sebanyak 5,479 syarikat dan 2,679 pusat latihan.

Majlis menandatangani MoU di antara SPANCO dan ILPKL ini merupakan satu simbol kesepakatan di dalam melahirkan tenaga mahir negara selaras dengan visi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia iaitu menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Encik Zaihan Shukri; Pengarah ILPKL, Encik Abd Halim Ali Mohammed; Pengarah Eksekutif SPANCO Services Sdn Bhd, Encik Peter Lim; dan Pengurus Besar, Khidmat Selepas Jualan, SPANCO Services Sdn Bhd, Encik Irwan Iskandar Haji Ismail.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!