Kakitangan Teknikal SPANCO Kendali Cabaran Cara Profesional

Mengutamakan standard profesional dalam mutu perkhidmatan kepada pelanggan, SPANCO sentiasa memastikan kakitangan teknikal dan mekanik yang berkualiti dari segi ilmu dan pengalaman. Mereka ini dilatih sepenuhnya dengan pengetahuan teknikal dan teknologi automotif terkini selain dilengkapi dengan skil pengurusan pelanggan dan komputer.

Malah, kemahiran kakitangan teknikal SPANCO telah pun diiktiraf oleh pengeluar kenderaan, Proton Edar.

Setakat hari ini, jumlah kakitangan teknikal di SPANCO berjumlah 48 orang yang terdiri daripada 9 orang juruteknik dan 39 orang mekanik. Juruteknik akan mengagihkan kerja kepada mekanik dan menyemak semula kerja-kerja yang telah dilakukan oleh mekanik melalui Pemeriksaan Kualiti (Quality Check). Mekanik bertanggungjawab terhadap tugasan penyenggaraan berjadual dan kerja-kerja pembaikan kenderaan dari aduan yang dibuat oleh pelanggan.

Sejajar menyediakan kakitangan yang profesional dan berkemahiran, para mekanik di SPANCO akan dibekalkan dengan latihan dalaman di mana wakil-wakil mekanik atau juruteknik akan menyampaikan semula apa yang telah dipelajari mereka semasa latihan di Proton. Sekiranya terdapat masalah ke atas sesebuah kereta SPANCO, juruteknik dan mekanik akan berkongsi pandangan dan idea untuk mendapatkan jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Kakitangan teknikal ini turut diberi latihan dari luar seperti menghadiri kelas-kelas teknikal yang disediakan oleh Proton Edar seperti latihan ‘Chasis Electrical and Proton Diagnose Tool’ dan ‘Test Engine Mechanical and Engine Management System (EMS)’. Malah, mereka juga diberi peluang menyertai Pertandingan Kemahiran Proton 2018 untuk menyerlahkan bakat dan pengetahuan mereka mengenai enjin.

Untuk menjadi mekanik di SPANCO, seorang itu perlu memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM atau SPMV. Juga perlu mempunyai SKM Tahap 2 serta satu tahun pengalaman dalam bidang automotif. Manakala juruteknik memerlukan SPM/SPMV, SKM tahap 3 dan lima tahun pengalaman dalam bidang automotif.

Selain itu untuk meningkatkan lagi kemahiran, mereka juga berpeluang mengikuti program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi tahap 2 dan 3 dalam bidang Automotif Servis Selepas Jualan.

Kakitangan teknikal SPANCO turut berhadapan dengan beberapa cabaran dalam menjalani tugasan harian. Di samping masalah teknikal kenderaan bagi sesuatu model kereta, masalah ketiadaan alat ganti turut akan menyebabkan kerja-kerja pembaikan terbengkalai. Sementara itu, pelanggan yang tidak mematuhi servis berjadual pula boleh mengakibatkan kerosakan yang lebih kritikal ke atas kenderaan terutamanya di bahagian brek, stereng dan suspensi, sehingga mampu membahayakan pemandu dan juga penumpang.

Bagi melicinkan pergerakan aliran kerja di pusat servis dan supaya tidak mengganggu tugasan pelanggan, SPANCO menasihatkan pelanggan untuk membuat temu janji terutamanya untuk kerja-kerja pembaikan kerosakan. Dengan adanya temu janji ini, pihak kakitangan dapat melakukan persiapan dalam menyediakan alat ganti lebih awal dan merancang jadual kerja untuk para mekanik.

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!