Sekilas Imbas Program Latihan SPANCO Untuk Kakitangan Teknikal

Sebagai syarikat pembekal pengurusan fleet untuk Kerajaan Malaysia, SPANCO sentiasa memastikan kakitangannya dilengkapi kemahiran yang tinggi dalam memikul tanggungjawab mereka menjalankan tugas. Pembangunan Modal Insan sentiasa dititikberat dan diberi keutamaan bagi melahirkan kakitangan profesional berkualiti.

Sejak beroperasi, pelbagai program latihan telah dianjurkan demi memantapkan kemahiran dan kepakaran khususnya kakitangan teknikal agar mereka dapat meningkatkan mutu servis dan kecemerlangan perkhidmatan kepada pelanggan.

Antara program-program utama yang telah dijalankan sepanjang penubuhan SPANCO adalah:

  • 2000 Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) melantik SPANCO sebagai Pusat Latihan Bertauliah untuk mengendalikan Kursus Pensijilan Kemahiran Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1.
  • 2001 Dilantik sebagai Pusat Latihan Bertauliah bagi Kursus Pensijilan Kemahiran Mekanik Kenderaan Motor Tahap II.
  • 2013 Penasihat Servis di Pusat Servis Wilayah (PSW) Batu Caves dan Bangi menjalani ‘Red Carpet Training’ anjuran Castrol Malaysia.
  • 2014 Sembilan fomen dan seorang juruteknik telah lulus dengan cemerlang di dalam Program Kecekapan dan Analisis Jurang Teknikal anjuran PROTON.
  • 2015 Program Penilaian Kemahiran melalui PPT (Pentauliahan Pencapaian Terdahulu) dimulakan melibatkan 20 kakitangan teknikal.
  • 2016 Program Verifikasi Sijil Kemahiran Malaysia berlangsung di PSW Batu Caves pada 4 November.
  • 2017 Melaksanakan Program SPANCO Peneraju Skil Iltizam Automobil dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB).

Pada Februari 2017, SPANCO turut menggunakan khidmat kepakaran dari VADS, sebuah anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia bagi melatih 29 orang jurutekniknya. Program latihan jangka panjang ini merangkumi beberapa fasa yang melibatkan latihan dan latihan semula bertujuan mempertingkatkan lagi khidmat pelanggan melalui sinergi manusia, proses dan teknologi.

Pada Mac 2017 pula, Program Cabaran Kepimpinan dan Pasukan telah berlangsung dan disertai 19 kakitangan. Program membina semangat berpasukan ini bertujuan membentuk ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa dan pasukan yang mantap.

Manakala pada Disember 2017, SPANCO telah dipilih oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai sebuah pusat bagi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2. Ini merupakan satu lagi langkah ke arah melahirkan lebih ramai juruteknik yang cekap.

Pembabitan dalam program seperti SLDN di bawah penyeliaan JPK ini jelas membuktikan SPANCO mampu menghasil dan menyumbangkan tenaga mahir kepada negara di samping pada masa yang sama, meningkatkan imej syarikat sebagai pengeluar K-Pekerja bagi melaksanakan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat.

Sememangnya program-program yang dianjurkan adalah bertujuan bagi meningkatkan mutu Modal Insan yang berilmu pengetahuan lagi berdaya saing dalam menerajui pembangunan tenaga kerja mahir, setaraf dengan keperluan industri masa kini. Ia juga untuk meningkatkan produktiviti kerja sesuai dengan tahap yang dikehendaki oleh industri automotif. Malahan, para juruteknik juga didedahkan dengan penggunaan teknologi baharu yang lebih efisien melalui program-program tersebut.

SPANCO juga membantu kakitangannya dengan mewujudkan satu mekanisme tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan kemahiran mereka iaitu melalui Program Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT) yang mana kakitangan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap pengalaman kakitangan itu sendiri.

Hasil dari peningkatan kemahiran melalui program-program latihan yang dikendalikan, pelanggan akan dapat menikmati servis yang lebih berkualiti. Pelanggan juga akan lebih berpuas hati dengan penerangan dan bantuan yang diberikan oleh kakitangan yang mahir sekali gus mewujudkan komunikasi dan hubungan yang lebih baik antara pelanggan dan kakitangan teknikal.

Selaras dengan arus kepesatan pembangunan teknologi automotif, SPANCO akan sentiasa memastikan setiap kakitangannya tidak ketinggalan dalam mengemaskini ilmu pengetahuan mereka. Bagi tujuan itu, usaha akan diteruskan dalam mendapatkan maklumat dari pihak pengeluar dan pelanggan sendiri bagi sebarang maklum balas berkaitan aspek teknikal kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!